Saturday, April 23

@limkitsiang POLITIK MENGHASUT!!!! AKHIRNYA MAKAN DIRI...?


Lim Kit Siang pernah berkata, kembalikan hak autonomi kepada Sabah dan Sarawak yang sememangnya sedang giat dilakukan Perdana Menteri dan kerajaan Persekutuan.

Maka apabila kuasa autonomi itu dikuatkuasakan, pemimpin DAP membuat pelbagai tuduhan terhadap Ketua Menteri Sarawak.

"Saya sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Dr Ali Hamsa) untuk meneliti perkara ini, termasuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Sabah, begitu juga Sarawak.

"Berlaku banyak pertindihan kuasa ketika imi di peringkat Persekutuan dan negeri, namun saya yakin kita boleh mengatasinya dengan pemberian lebih banyak 'empowerment' kepada Sabah dan Sarawak," katanya Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 Ogos 2015.

Kuasa autonomi imigresen juga termaktub dalam Perkara 18/20 Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 dan kuasa ini sudah dikuatkuasakan sejak 53 tahun lalu.

Tiada isu mengenai hak autonomi imigresen di Sabah dan Sarawak dan pemimpin pembangkang tak perlulah mempolitikkan segala perkara dan Hannah Yeoh sebagai seorang wakil rakyat mengapa tidak tahu atau buat-buat tak tahu?

Mudah sahaja, tuan rumah tidak mahu membenarkan kita masuk rumah mereka, kita tak perlulah meroyan, merepek.

Wednesday, April 20

KESIAN IBUBAPA @rafiziramli DAPAT ANAK TIDAK DAPAT MENCIUM SYURGA....?


Kerana termakan dakyah dan fitnah pembangkang, 3,954 pendeposit menutup akaun mereka di Tabung Haji dan 3,105 daripadanya bertindak menolak giliran haji mereka dalam tempoh satu hingga empat tahun akan datang.

Di kala Rafizi Ramli meraih RM23,690 bagi simpanannya di Tabung Haji, pendeposit terbabit hilang giliran menunaikan rukun Islam kelima dan jika mendaftar semula, mereka akan dianggap sebagai pendeposit baharu dan perlu menunggu hingga 83 tahun untuk giliran mereka.

Pendeposit terbabit mungkin bukan ibubapa kita. Bukan saudara mara mereka untuk kita terasa akan hakikat ini. Tetapi mereka terpaksa mendepani hari hari mendatang bersama kekesalan kerana termakan dakyah dan fitnah.

Ini dunia akhir zaman. Zaman fitnah. Zaman fitnah dianggap benar manakala kebenaran pula diambil remeh.

Bertaubatlah Rafizi. Mereka mungkin bukan saudara mara anda. Mereka bukanlah ibubapa anda tetapi dek nafsu politik, anda sanggup.

Bertaubatlah Rafizi. Bertaubatlah selagi hayat masih lagi dikandung badan. Mohonlah maaf kepada mereka ini. Jika kita tidak mahu membantu, cukuplah jika kita tidak membinasakan. Bertaubatlah!!!

Kasihan pada pakcik makcik yang menabung bertahun-tahun. Kasihan mereka.


Tuesday, April 19

Malaysia Jadi Tuan Rumah ASC 2016 @Zahid_Hamidi @AzmiAziz60 @PetraJayaMP @MyRapidKL


Majlis pelancaran ASC 2016 disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Hadir pada majlis Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Majlis diadakan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang.


"Kita (kerajaan) mengharapkan banyak lagi penaja akan tampil untuk sama-sama terlibat dalam penganjuran ASC 2016 ini terutama di kalangan pihak swasta dan industri.

"Lebih ramai yang menaja akan memudahkan lagi urusan pihak penganjuran kerana kos menganjurkan ASC memerlukan peruntukan yan besar," ujarnya.


Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) buat kali kedua selepas yang pertama pada tahun 1995.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem berkata, penganjuran acara kemahiran terbesar itu melibatkan sembilan negara ASEAN termasuk Malaysia melibatkan belia di bawah umur 22 tahun.


"Proses pertandingan akan bermula dengan Mesyuarat Teknikal Jawatankuasa pada 25 hingga 28 April ini yang melibatkan 200 delegasi negara ASEAN untuk bersidang membentuk soalan dan skema pertandingan.

"Penyertaan yang telah disahkan adalah sebanyak 266 orang yang akan bertanding dalam 25 bidang berasaskan kemahiran.

"Tahun lalu, seorang peserta lelaki dari Malaysia berjaya mendapat pingat gangsa peringkat antarabangsa pada pertadingan dandanan rambut dan tahun ini, kita akan beri tumpuan penuh kepada 15 bidang dari 25 yang dipertandingkan," katanya.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive