Thursday, June 30

PERJALANAN LEBIH MUDAH DENGAN PELANCARAN #LEPRapidKL @NajibRazak @AzmiAziz60


Penambahan laluan sebanyak 35km akan meliputi kawasan perumahan yang berkepadatan tinggi di Bandar Kinrara, Puchong, Subang Jaya dan USJ. Penduduk kini mempunyai pilihan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL untuk meningkatkan mobiliti mereka.

DS Najib Razak menggunakkan jam tangan yang mempunyai aplikasi TOUCH-AND-GO untuk masuk ke stesen LEP RapidKL 


Pemanjangan laluan sepanjang 27km bermula dari Stesen Sri Petaling bagi laluan Ampang, manakala bagi laluan Kelana Jaya sepanjang 29km dari Stesen Kelana Jaya. Kedua-dua rangkaian laluan ini akan bertemu di stesen integrasi Putra Heights. Perkhidmatan bas pengantara berjadual telah disusun oleh Rapid KL bagi menyediakan kemudahan kepada pengguna.


Sebagai alternatif, pengguna boleh memandu kereta persendirian mereka dan parkir di kemudahan “park-ride” yang boleh didapati di stesen-stesen utama dengan caj letak kereta nominal. Pilihan lain adalah dengan menggunakan perkhidmatan teksi yang terdapat di stesen LRT.

Pembukaan rasmi telah oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sebentar tadi. Lapan daripada stesen baharu telah dibuka lebih awal kerana pemintaan dan keperluan yang mendesak kepada perkhidmatan awam yang cepat, mudah dan selesa.


Stesen Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5 telah mula beroperasi pada 31 Oktober 2015 laluan dan stesen IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri telah beroperasi pada 31 Mac 2016.

Baki tiga lagi stesen Laluan Ampang akan dibuka sepenuhnya, iaitu Stesen Puchong Perdana, Puchong Prima, Putra Heights dan 12 stesen laluan Kelana Jaya.

#LEPRapidKL Tranformasi Pengangkutan Awam @NajibRazak @AzmiAziz60


Bermula hari ini tercipta satu lagi lembaran baru dalam sejarah pengangkutan awam Malaysia di mana kemudahan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat iaitu projek sambungan jajaran LRT bagi laluan Kelana Jaya dan Ampang akan dibuka sepenuhnya.

Putra Heights ke KLCC hanya mengambil masa sejam dengan kadar tambang RM3.40 bagi setiap perjalanan.


Dari stesen bersepadu Putra Heights ke Gombak, penumpang hanya perlu membayar tambang RM4.40, Putra Heights ke KL Sentral RM3.20 dan dari Putra Heights ke Plaza Rakyat pula hanya RM3.20

Laluan sambungan itu diyakini dapat memenuhi permintaan penduduk yang semakin bertambah di Lembah Klang, yang dijangka mencapai 10 juta menjelang 2020.


Penduduk Putra Heights, USJ, Subang Jaya, Puchong, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil boleh berulang alik setiap hari ke Kuala Lumpur dengan menggunakan LRT - satu daripada inisiatif pembangunan negara oleh kerajaan bagi memantapkan dan mengintegrasikan perkhidmatan pengangkutan awam bandar, yang merupakan satu daripada bidang keberhasilan utama negara di bawah program transformasi kerajaan.


Paling penting adalah dengan penyambungan laluan ini pengguna di sekitar laluan akan melihat kebaikan antara menggunakan LRT dan memandu. Penggunaan LRT secara langsung akan menjimatkan bayaran tol, bahan bakar dan paling penting, masa kerana ia tidak perlu menempuh kesesakan trafik pada waktu puncak.

Tuesday, June 28

600,000 Penumpang Setiap Hari, LRT Kelana Jaya & Ampang @AzmiAziz60 @NajibRazak


Projek Sambungan Laluan LRT (LEP) dari Kelana Jaya ke Ampang, yang melibatkan kawasan baharu, termasuk Putra Heights, Subang Jaya dan Puchong, dijangka mencatat tambahan 300,000 penumpang harian apabila ia mula beroperasi sepenuhnya Khamis ini.

Ketika ini, laluan lama yang turut melibatkan perkhidmatan monorel, digunakan 600,000 penumpang setiap hari, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Datuk Azmi Abdul Aziz.


Menurut beliau, dengan wujudnya landasan sambungan bagi laluan Kelana Jaya,  170,000 penumpang lagi dijangka menggunakan perkhidmatan itu setiap hari, manakala laluan Ampang pula akan menyaksikan tambahan 130,000 penumpang harian.

Kata Azmi, laluan sambungan itu, yang mempunyai 25 stesen baharu di kawasan yang tinggi kepadatan penduduk, diunjurkan mencapai peningkatan besar jumlah penumpang.

Beliau berkata laluan sambungan itu diharapkan dapat memenuhi permintaan penduduk yang semakin bertambah di Lembah Klang, yang dijangka mencapai 10 juta menjelang 2020.

"Objektif utama kami ialah untuk memenuhi keperluan sejuta penumpang setiap hari menjelang 2020, memandangkan bandar raya lain di Asia seperti Tokyo, sudah mencapai kadar lebih dua juta penumpang sehari dan kami sedang membuat persiapan ke arah itu," katanya.

Mulai Khamis ini, penduduk Putra Heights, USJ, Subang Jaya, Puchong, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil boleh berulang alik setiap hari ke Kuala Lumpur dengan menggunakan LRT - satu daripada inisiatif pembangunan negara oleh kerajaan bagi memantapkan dan mengintegrasikan perkhidmatan pengangkutan awam bandar, yang merupakan satu daripada bidang keberhasilan utama negara di bawah program transformasi kerajaan.

Dibina dengan peruntukan RM8 bilion, rangkaian sambungan ini meliputi jarak 46.4 kilometer, yang merentasi kawasan padat dengan penduduk.

Azmi berkata perkhidmatan sambungan baharu itu akan memberi kemudahan dan keselesaan pada kadar tambang yang tidak membebankan penumpang, sebagai contoh, perjalanan dari Putra Heights ke KLCC hanya mengambil masa sejam dengan kadar tambang RM3.40 bagi setiap perjalanan.

"Dari stesen bersepadu Putra Heights ke Gombak, penumpang hanya perlu membayar tambang RM4.40, Putra Heights ke KL Sentral (RM3.20) dan dari Putra Heights ke Plaza Rakyat pula hanya RM3.20," katanya.

"Sekiranya kita kaji kebaikan antara menggunakan LRT dan memandu, kita akan dapati penggunaan LRT akan menjimatkan bayaran tol, bahan bakar dan paling penting, masa kerana ia tidak akan menempuh kesesakan trafik," katanya.

Menurut beliau, sebagai langkah memantapkn lagi perkhidmatan LRT, Prasarana sedang menaik taraf sistem semboyan bagi Aliran Ampang untuk meningkatkan keutuhan dan kecekapannya.

Di samping itu, kata beliau, Prasarana menggantikan tren sedia ada bagi Aliran Ampang dengan 30 tren enam gerabak baharu dan akan menambah 20 tren enam gerabak lagi bagi laluan sambungan untuk meningkatkn keupayaannya.

"Apabila siap, projek LEP memberi kesan yang cukup besar. Ia akan menjadi pemangkin bagi pembangunan seterusnya, dan Malaysia, terutama Greater Klang Valley, akan menikmati sistem pengangkutan awam yang lancar serta bersepadu," katanya.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive