Thursday, June 30

#LEPRapidKL Tranformasi Pengangkutan Awam @NajibRazak @AzmiAziz60


Bermula hari ini tercipta satu lagi lembaran baru dalam sejarah pengangkutan awam Malaysia di mana kemudahan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat iaitu projek sambungan jajaran LRT bagi laluan Kelana Jaya dan Ampang akan dibuka sepenuhnya.

Putra Heights ke KLCC hanya mengambil masa sejam dengan kadar tambang RM3.40 bagi setiap perjalanan.


Dari stesen bersepadu Putra Heights ke Gombak, penumpang hanya perlu membayar tambang RM4.40, Putra Heights ke KL Sentral RM3.20 dan dari Putra Heights ke Plaza Rakyat pula hanya RM3.20

Laluan sambungan itu diyakini dapat memenuhi permintaan penduduk yang semakin bertambah di Lembah Klang, yang dijangka mencapai 10 juta menjelang 2020.


Penduduk Putra Heights, USJ, Subang Jaya, Puchong, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil boleh berulang alik setiap hari ke Kuala Lumpur dengan menggunakan LRT - satu daripada inisiatif pembangunan negara oleh kerajaan bagi memantapkan dan mengintegrasikan perkhidmatan pengangkutan awam bandar, yang merupakan satu daripada bidang keberhasilan utama negara di bawah program transformasi kerajaan.


Paling penting adalah dengan penyambungan laluan ini pengguna di sekitar laluan akan melihat kebaikan antara menggunakan LRT dan memandu. Penggunaan LRT secara langsung akan menjimatkan bayaran tol, bahan bakar dan paling penting, masa kerana ia tidak perlu menempuh kesesakan trafik pada waktu puncak.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive