Friday, June 17

Perkhidmatan LRT Ampang digantung 7,8 dan 16 Julai @MyRapidKL @azmiaziz60


Perkhidmatan LRT Ampang akan digantung sementara pada 7, 8 dan 16 Julai ini bagi kerja-kerja menaik taraf dan proses penghijrahan sistem semboyan tren.

Bagaimanapun, pada 17 Julai nanti pengguna boleh menikmati perjalanan secara terus dan lancar antara Stesen Putra Height dan Sentul Timur dengan tren enam gerabak.

"Kami memilih tarikh berkenaan yang dijangka Hari Raya kedua dan ketiga serta 16 Julai bagi mengurangkan kesan atau kesulitan kepada pengguna," kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd., Ahmad Nizam Mohamed Amin.

Sepanjang penggantungan itu, perkhidmatan bas perantara secara percuma akan disediakan dari pukul 6 pagi dan 12 tengah malam untuk membawa penumpang sepanjang stesen LRT laluan Ampang dan laluan Sri Petaling ke hab bas Rapid KL Pasar Seni.

Makluman mengenai bas akan dimaklumkan kelak.

Ahmad Nizam berkata, selepas kerja-kerja itu selesai, pengguna yang ingin ke pusat bandar Kuala Lumpur dari Putra Heights tidak perlu menukar tren lagi di stesen LRT Sri Petaling.

Sementara menunggu proses penggantian tren baru selesai pada Disember tahun ini, tren akan berpatah balik ke stesen Bandar Tasik Selatan secara berselang-seli ketika waktu puncak pagi dan petang antara pukul 7 pagi hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 7 petang bagi menampung permintaan tinggi pada waktu puncak.

Tambahnya, Rapid Rail akan memperkenalkan mod operasi baru iaitu LRT laluan Sri Petaling yang akan dikhususkan bagi perkhidmatan LRT antara laluan Putra Height dan Sentul Timur manakala LRT laluan Ampang dikhususkan bagi perkhidmatan LRT Ampang dan Chan Sow Lin.

Pengguna dari Ampang yang ingin ke Sentul Timur atau Putra Heights perlu menukar dan mengambil tren Sri Petaling di stesen Chan Sow Lin bermula 17 Julai ini.

Pengguna tang ingin ke Putra Heights dari Chan Sow Lin akan menaiki tren dari Platform 1 manakala bagi destinasi ke pusat bandar pula perlu naik dari Platform 2A dan 2B.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive