Thursday, June 30

PERJALANAN LEBIH MUDAH DENGAN PELANCARAN #LEPRapidKL @NajibRazak @AzmiAziz60


Penambahan laluan sebanyak 35km akan meliputi kawasan perumahan yang berkepadatan tinggi di Bandar Kinrara, Puchong, Subang Jaya dan USJ. Penduduk kini mempunyai pilihan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL untuk meningkatkan mobiliti mereka.

DS Najib Razak menggunakkan jam tangan yang mempunyai aplikasi TOUCH-AND-GO untuk masuk ke stesen LEP RapidKL 


Pemanjangan laluan sepanjang 27km bermula dari Stesen Sri Petaling bagi laluan Ampang, manakala bagi laluan Kelana Jaya sepanjang 29km dari Stesen Kelana Jaya. Kedua-dua rangkaian laluan ini akan bertemu di stesen integrasi Putra Heights. Perkhidmatan bas pengantara berjadual telah disusun oleh Rapid KL bagi menyediakan kemudahan kepada pengguna.


Sebagai alternatif, pengguna boleh memandu kereta persendirian mereka dan parkir di kemudahan “park-ride” yang boleh didapati di stesen-stesen utama dengan caj letak kereta nominal. Pilihan lain adalah dengan menggunakan perkhidmatan teksi yang terdapat di stesen LRT.

Pembukaan rasmi telah oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sebentar tadi. Lapan daripada stesen baharu telah dibuka lebih awal kerana pemintaan dan keperluan yang mendesak kepada perkhidmatan awam yang cepat, mudah dan selesa.


Stesen Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5 telah mula beroperasi pada 31 Oktober 2015 laluan dan stesen IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri telah beroperasi pada 31 Mac 2016.

Baki tiga lagi stesen Laluan Ampang akan dibuka sepenuhnya, iaitu Stesen Puchong Perdana, Puchong Prima, Putra Heights dan 12 stesen laluan Kelana Jaya.

3 comments:

Raju said...

blog macam sampah.. PHUII~!

Anonymous said...

Ada hati Najib nak sindir Tun M kononnya Tun M tidak mengendahkan pengangkutan awam semasa di bawahnya. Hello!.. Siapanya yang initiate LRT di Malaysia? Siapa yang initiate bas Rapid? Siapa yang bina KLIA? Siapa yang merancang Keretapi Elektrik yang berkembar? Wahai Najib! Kamu hanya ambil peluang hendak nak dapat nama, sebenarnya kamu lebih banyak merugikan negara daripada membina. Jangan angkat bakul sendiri, riak sedangkan tak ada apa yang menguntungkan di bawah pentadbiran kamu. Rakyat tahu, rakyat dah jemu.. Masi tak sedar diri keputusan daripada PRU 13. Kesian..

Unknown said...

LAWAK PAGI JUMAAT:

Najib : ni semua salah madey ..

Mukhriz : Awat pak aku pulak.. pak hishammuddin la ni

Hishamuddin : bro, sebelum bapak aku... bapak siapa yg jadi PM..

Najib : .......

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive