TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kiri) bersama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman (kiri) dan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azhar Ibrahim beramah mesra dengan bekas Ketua Kampung Tenang, Abdul Rahim Othman, 74, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Iman Kampung Tenang ketika membuat lawatan ke kawasan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Labis, hari ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Malaysia diperakui sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar serta pemimpin mereka seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kemajuan ekonomi dan kestabilan politik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini hasil keberkesanan pemerintahan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN).
"Ketika saya melawat Amerika Syarikat baru-baru ini, Hillary Clinton sendiri menyatakan kekaguman di atas pencapaian Malaysia dari segi keberkesanan kerajaan, demokrasi yang segar dan pertumbuhan ekonomi yang pesat," katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian pada majlis
ramah mesra dengan penduduk Kampung Tenang, selepas menunaikan solat Jumaat di
Masjid Jamek Kampung Tenang, di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi.
Perakuan itu, kata beliau sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu yang
mengatakan kerajaan pimpinan BN tidak berkesan dalam melaksanakan dasar-dasar
untuk membantu dan meningkatkan kedudukan ekonomi rakyat.
"Jika ada pihak-pihak yang datang dan cerita perkara karut-marut, saya minta penduduk kampung jangan percaya," katanya.
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akan diadakan pada 30
Januari ini berikutan kematian penyandangnya, allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Proses penamaan calon pula akan diadakan esok.
Pada majlis sama yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman
dan calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Tenang Mohd Azahar Ibrahim.
Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM250,000 untuk memperbaiki kemudahan infrastruktur masjid.
Peruntukan yang diluluskan berikutan permohonan daripada jawatankuasa masjid
jamek itu termasuk untuk memperbaiki kemudahan tandas dan menurap jalan di
sekitar tadika yang terletak dalam kawasan masjid.
3 comments:
Salam Tuan,
Blog Tuan sangat membantu.
Teruskan perjuangan.
Blog ini sudah saya link.
salam..
minta lau ada info pasal pulau pinang untuk dikongsi.. terima kasih..
laksamana bentan,
terima kasih atasa jemputan.telah link blog tuan ke blog saya.
melayu bangkit,
apa saja info kita berkongsi tak kisah asal matlamat kita sama.
Post a Comment