Sikap macam nie hanya penyamun saja yang buat,sikap yang tidak bertamadun ditunjukkan oleh penyokong tegar DAP.Baguih la buat selalu macam nie,Dah la pemimpin hampa penyamun anak buah pun ikut sekali buat macam tue.
BALIK PULAU – Sepasang suami isteri terpaksa menanggung malu berikutan kegagalan menghidangkan juadah sempurna kepada tetamu gara-gara seperiuk nasi hujan panas yang siap dimasak untuk majlis mereka, dilarikan individu yang tidak bertanggungjawab.
Md Saad Hasan, 68, mendakwa, nasi tersebut yang disediakan khusus pada hari eperkahwinan dua anaknya diambil tanpa kebenaran dan dibawa ke sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri di Kampung Terang pada 4 Mac lalu.
“Lebih menyedihkan apabila rombongan bas keluarga besan yang tiba dari Setiu, Terengganu terpaksa pulang kelaparan kerana tidak sempat menunggu nasi yang sedang ditanak memandangkan nasi sepatutnya dihidangkan sudah diambil orang. Kami sekeluarga sememangnya kecewa dan terkilan dengan kejadian yang berlaku dan diharapkan ia tidak akan berulang lagi,” katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Betong.
Menceritakan detik kejadian, Md Saad yang bekerja kampung memaklumkan bahawa dia diberitahu oleh tukang masak bahawa ada individu datang bertanyakan mengenai nasi yang telah siap dimasak.
Menurutnya, tukang masak menyangka, nasi itu akan dihidangkan kepada orang ramai, namun lain pula jadinya apabila periuk terbabit diangkat dan diletakkan di dalam sebuah lori lalu dibawa pergi.
“Saya sebagai tuan rumah sememangnya kecewa dengan sikap pemimpin tersebut kerana seperiuk nasi mampu menampung hidangan sekurang-kurangnya untuk 100 orang dan kira-kira 2,000 tetamu telah dijemput untuk memeriahkan majlis. Disebabkan tindakannya, makanan untuk tetamu tidak mencukupi, malah timbul pula suara-suara sumbang sehingga menyebabkan kami sekeluarga terpaksa menanggung malu sehingga hari ini,” katanya.
Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kelmarin untuk meleraikan kekusutan yang membelenggu keluarganya.
Md Saad berkata, dia membuat laporan polis untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa bukan niat keluarganya untuk membiarkan tetamu pulang kelaparan.
“Sepanjang 40 tahun tinggal di sini, inilah kali pertama maruah kami tercalar disebabkan kejadian tidak sepatutnya berlaku pada hari perkahwi-nan dua anak kami,” katanya.
Isterinya, Rosni Ahmad, 58, berkata, suaminya ada berjumpa dengan individu yang mengambil seperiuk nasi terbabit, namun hanya permohonan maaf yang dinyatakan sebagai tanda penyesalan.
“Katanya, dia terpaksa mengambil hidangan nasi kenduri kami kerana nasi yang dimasak di majlis tersebut mentah dan tidak boleh dimakan. Walau bagaimanapun, ia bukanlah jalan penyelesaian kerana kami sekeluarga yang terpaksa menanggung akibatnya,” katanya.MKP Ayat Sempoi : Apa nak jadi dengan Pulau Pinang lepas nie?
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment