Friday, March 30

ANWAR KENA BUAT POSTER MACAM NIE DIPERMATANG PAUH?


Jika insan bernama Anwar Ibrahim ingin menang di kubu kuatnya iatu Permatang Pauh terpaksalah poster berani mati ini dinaikan sekitar Permatang Pauh kali nie....Pemimpin Umno menyifatkan kenya­taan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa Pakatan haram (PR) akan menyebelahi golongan berpendapatan rendah hanya retorik, populis dan terdesak untuk meraih simpati menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan tersebut tidak benar kerana selama ini Barisan Nasional (BN) telah lama berjuang membantu rakyat.Menurutnya, usaha membasmi kemiskinan di negara ini dilakukan melalui pelbagai bantuan untuk membantu rakyat melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Usaha tersebut bermula 1970 lagi melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membasmi kemiskinan dan menyusun semula rak yat. Kini usaha kerajaan diteruskan dengan melaksanakan pelbagai transformasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Anwar hanya bercakap, sedangkan kerajaan terlebih dahulu merancang dan membantu rakyat.

Kerajaan merancang dengan teliti dan melaksanakan pelbagai transformasi, antaranya tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu pendidikan, membasmi rasuah, pengangkutan awam, jenayah dan dua program untuk meningkatkan golongan berpendapatan rendah meningkatkan taraf hidup mereka.Anwar hanya retorik untuk populis walaupun sebenarnya bertentangan dengan apa diucapkan.Datuk Ahmad Maslan berharap rakyat tidak menerima segala tuduhan dilemparkan pembangkang tanpa berfikir panjang.

MKP Ayat Sempoi ; Kalau tak pasang poster macam nie sure kalah pada PRU 13 nanti.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive