Monday, March 12

Pegawai Kanan NFC DiDakwa Hari ini,Sapa Muka Tak Malu?



Dua puluh empat jam selepas Datuk Sharizat Abdul Jalil mengumumkan akan melepaskan jawatan kabinetnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilapor akan mendakwa seorang pegawai kanan Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) di mahkamah.
 
Pegawai berkenaan dilaporkan akan ditahan sebelum dibawa ke mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur untuk menghadapi tuduhan.

Sharizat akan meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh senatornya berakhir April 8.
 
NFC yang dimiliki oleh suami beliau terpalit dengan tuduhan menyalah guna pinaman RM250 juta kerajaan untuk membeli kondominium di Malaysia dan Singapura selain membiayai perniagaan yang diluar terma pinjaman itu.
 
Shahrizat akan terus kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional namun sudah hampir pasti beliau tidak akan dipilih menjadi calon untuk pilhanraya umum ke 13. 

anwar-eskay513
N Surendran yang dapat kerusi Naib Presiden PKR secara percuma berkokok lagi.
Peguam ini tidak puashati kerana Datuk Seri Shahrizat Jalil hanya nak letak jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Lakonan terbarunya konon terkejut mengapa Shahrizat tidak melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO sekali.
Dakwanya ini membuktikan UMNO tidak ada kesungguhan untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin yang terlibat salahlaku.
Nak kata Surendran ini peguam bodoh dia peguam yang ada nama.Cuma mungkin sebagai ahli politik yang dilantik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dia kena berkokok macam orang yang kelabu mata.
Sebagai perbandingan Surendran patut bertanya kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Dr Azizah Ismail kenapa beliau masih sanggup tampil 'buat muka tak malu'.
Atas apa alasan sekalipun Shahrizat sudah umum akan letak jawatannya sebagai menteri pada 8 April ini.Dan...dari segi teknikal beliau tidak didakwa atau dihukum oleh mana-mana mahkamah.
Orang cuma bercakap dari segi moral kerana Pengerusi NFC,Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail  ialah suaminya.
Dari sudut politik beliau kini seri 0-0 dengan Wan Azizah yang masih terus pegang jawatan Presiden PKR.
Surendran mungkin buat-buat lupa tapi satu dunia masih ingat dan tetap ingat Anwar masih berdepan dengan dakwaan isu moral dan kemungkaran skandal video seks yang 99.9 peratus disahkan tulen oleh pakar luar negara.
Dakwaan ini belum selesai.Di Youtube video seks itu masih segar hangat.
Kalau nak cakap bab jawatan politik,maka Wan Azizah sebagai isteri Anwar juga patut letak jawatan selagi nama Anwar tidak dibersihkan.
Sebenarnya cabaran ini pernah disuarakan oleh Shahrizat sendiri terhadap Wan Azizah dalam ucapan beliau di perhimpunan Wanita UMNO.
Bayangkan seorang yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri didakwa terjebak dengan kemungkaran sejijik semua orang tengok dalam video seks itu.
Ia bukan satu dakwaan kosong tetapi lengkap dengan video aksi,CCTV naik turun lif dan beberapa bukti lain.
MKP Ayat Sempoi : Anwar lagi harami dari pemimpin UMNO

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive