Jabatan Audit yang dilantik oleh kerajaan negeri sebelum ini mencadangkan supaya Ilham dan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor ditamatkan kontrak ekoran kegagalan mengurus yayasan terbabit sehingga mengalami defisit RM7.41 juta tahun lalu.
Namun Ilham bagi menutup kesalahannya baru-baru ini pada sesi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mendakwa ketirisan sebanyak RM500 juta sejak 1991 hingga 2008 itu berlaku pada era pentadbiran Barisan Nasional dan tidak wajar dibebankan ke atas beliau sepenuhnya.
“Kalau pun saya silap 50 peratus, Yayasan Selangor tak mungkin hilang RM250 juta,”Ilham dipetik sebagai berkata di hadapan jawatankuasa Selcat, yang dipengerusikan oleh Adun DAP Sg Pinang, Datuk Teng Chang Kim
Bagaimanapun pengakuan Ilham itu tidak disusuli oleh sebarang tindakan oleh kerajaan negeri kata Adun Kuang, Syukor Idrus.
"Yang anehnya Selcat yang dipengerusikan oleh Adun Sg Pinang Datuk Teng Chang Kim menerima segala penjelasan Pengurus Besar Yayasan Selangor kerana ada pengakuan dan tindakan susulan yang menunjukkan usaha positif bagi memperbaiki kelemahan dan kepincangan," katanya .
"Dalam pendengaran Selcat, Ilham telah mengaku kesalahannya. Kita tengah menunggu daripada Selcat sama ada tindakan diambil ke atas Ilham ini.. sepatutnya dipecat, nampaknya belum ada apa-apa tindakan ke atas Ilham," katanya di dewan sidang DUN, hari ini.
"Sebaliknya (apabila) perkara ini timbul, pengurus besar mahu menutup kesalahannya, kononnya ada ketirisan berlaku ke atas Menteri Besar terdahulu, pengerusi yayasan dan juga COO yang dulu melakukan penyelewengan. Kita tunggu (katanya) Yayasan Selangor mahu membawa perkara ini ke mahkamah, kita tunggu sehingga hari ini (namun) belum bawa ke mahkamah," ujar beliau.
Syukor kemudiannya memberikan contoh pembangunan tanah seluas 16.5 ekar di Klang yang didakwa sebagai bukti ketirisan aset Yayasan Selangor oleh Ilham.
Tanah berkenaan ditawarkan kepada Yayasan Selangor oleh Pentadbir Tanah Daerah Klang namun bayaran premium belum dilaksanakan ketika pentadbiran BN.
Namun selepas pilihan raya umum ke-12, terdapat permohonan baru ke atas tanah itu oleh pihak lain untuk membangunkan sebuah pusat kebudayaan.
Yayasan Selangor telah membayar premium terlebih dahulu sekaligus mendapat pemilikan ke atas tanah berkenaan.
Tindakan itu dakwa beliau menyebabkan kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan Pegawai Daerah dan Pengurus Besar Yayasan Selangor ketika itu, Takril Tasuki.
Dakwanya, pegawai terlibat dikecam hebat ketika sesi pendengaran Selcat sehingga Takril ditamatkan perkhidmatannya sebagai Pengurus Besar, Yayasan Selangor ketika itu.
"Mengikut laporan yang kami terima, walaupun Yayasan Selangor telah terlebih dahulu membayar premium dan mendapat hak milik tanah itu namun difahamkan tanah ini sekarang telah diambil balik oleh kerajaan negeri,"ujar beliau.
MKP Ayat Sempoi ;PKR patut tukar nama lepaih nie Parti Ranjau Wayang Kulit
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment