DSU Dr. Rais Yatim telah mengeluarkan kenyataan bertulis di laman Twitter-nya mengenai pembatalan konsert Erykah Badu yang dijadualkan berlangsung pada, 29 Februari 2012. Ouh, ingin diingatkan bukan semalam saja, masih kecoh sehingga hari ini.
Kesan dari kenyataan DSU Dr. Rais Yatim, ramai selebriti-selebriti tempatan melatah dan mempersoalkan kenapa konsert tersebut dibatalkan. Tidak cukup disitu, mereka turut mempersoalkan kenapa DSU Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia). Ini bererti mereka mempersoalkan kewibawaan seorang Menteri yang telah berkhidmat lebih dari 35 tahun dalam arena politik.
Untuk menjelaskan lagi keadaan, ini kenyataan pertama DSU di laman Twitter miliknya. Beliau memberitahu bahawa konsert Erykah Badu telah melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia. Anda jangan terlupa bahawa negara kita masih mempunyai majoriti penduduk Islam, dan inilah perkara yang harus dititikberatkan. Bukan kerana 5-6 orang selebriti melatah, konsert ini harus diteruskan.
kenyataan dari laman Twitter milik Daphne Iking, yang tegar membantah keputusan DSU.
Menyentuh isu sensitiviti, kenapa apabila ada orang yang melukis gambar Nabi Muhammad kita menindas sekerasnya tapi apabila ada orang yang melukis grafik “Allah” di badan, ramai pula mempersoalkan? Kenyataan Daphne benar-benar mengecewakan kami kerana hanya disebabkan Erykah Badu seorang yang “soft spoken” dan peramah, ini tidak bermaksud kita boleh menghalalkan perbuatan Erykah Badu yang sebelum ini melakar nama Allah di atas badannya.
Lagi kecewa dengan kenyataan Adibah Noor, seorang selebriti yang kami sangat hormati kerana ketegasan dan berpengetahuan, tetapi tidak sensitif dalam isu ini serta mempersoalkan tindakan DSU yang kami anggap relevan.
Untuk pengetahuan, di Malaysia ada berjuta penduduk dan berjuta penganut Islam, sensitiviti haruslah dijaga sesama kita. Bukan sesuka hati mahu dilepaskan ikut suka hati. Mungkin persekitaran kita ramai yang berfikiran terbuka dan boleh memandang isu grafik kalimah “Allah” pada suatu sudut yang lain, namun sekali lagi ingatlah, bukan anda saja penganut agama Islam, ada berjuta lagi di Malaysia ini. Kepada selebriti yang fikir mereka sangat “open-minded” dan sangat intelek, sila buka lagi minda anda seluas mungkin agar anda memahami audiens di seluruh Malaysia. Ingat, jangan jadi katak dibawah tempurung.
1 comment:
Oh adibah noor, it is not about whether we're gullible or not...it is about respect, and our sensitivity...it will not destruct our Iman and akidah, but we are sensitive when Allah name treated that way la....
Post a Comment