exponegaraku

Wednesday, January 29

PIMPINAN PAS MASIH ADE TELOQ LAGI KE............?


Ini Natijahnya bila terlampau nak sangat berkuasa. Pepatah Melayu ada mengatakan jika terlalu gelojoh dan bernafsu serakah nanti bakal menjahanamkan diri dan negara. "Apa yang dikejar tak dapat Yang dikendong pulak berciciran"
“Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar. Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda” - AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi. 
“Perbalahan berterusan dan politiking dalaman yang berlaku hanya akan merugikan rakyat dan bakal memberi kesan buruk kepada kesinambungan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat” - Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat. 
“Sejarah PRU12 yang lalu telah menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggal parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat. Sejarah PRU13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan ADUN”  Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri 
“PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor” - Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzan 
“Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR” - Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzan. 
“Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat. PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan YB Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita” - Setiausaha PAS Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman 
“Pemuda PAS Selangor mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh PAS, PKR dan DAP. Tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara Pakatan Rakyat dan memberi imej negatif kepada rakyat” - Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim.

 Ketika ini wujud desas-desus yang kuat bahawa Sultan Selangor berkemungkinan tidak akan memberikan perkenan baginda jika wujud permintaan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar baru andai beliau menang kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang.

Sebaliknya, wujud kemungkinan calon PAS yang akan diperkenan oleh baginda.

Antara faktor adalah kerana Anwar bukan anak jati Selangor (walaupun Undang-Undang Tubuh Selangor 1959 membenarkan) dan keadaan bukan begitu terdesak sehingga perlu mengambil calon kelahiran negeri lain menjadi Menteri Besar.

PAS sebaliknya pula memiliki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lebih ramai berbanding PKR dan hampir kesemuanya berasal dari Selangor yang menimbulkan persoalan apa perlunya mengambil Anwar sebagai Menteri Besar.

Dengan PAS membuat bantahan secara terbuka apabila diperkudakan Anwar, kemungkinan besar perkenan tuanku tidak akan jatuh kepada Anwar, sumber memberitahu Mynewshub.

Tuanku juga dikatakan memahami sentimen rakyat yang sebahagian besar tidak mahu Anwar manakala sebahagian lagi mahu calon PAS mengantikan Khalid Ibrahim.

Kesilapan terbesar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu itu adalah kegagalan Khalid Ibrahim dan Anwar merafak sembah memaklumkan kepada Sultan Selangor akan rancangan parti itu.

Tindakan membelakangkan Sultan itu dikatakan tidak dapat diampunkan dengan mudah.

Sehingga semalam, baginda masih memperlihatkan kecenderungan menyokong Khalid dalam kemelut merebut jawatan Menteri Besar negeri berkenaan.

Walaupun laluan ke tahap sama ada Anwar berjaya menjadi Menteri Besar masih jauh dan belum tentu Anwar akan berjaya, namun tindakan istana Selangor perlu mula diberikan perhatian dari sekarang .

Kerana peranan istana rasanya yang akan menjadi kunci kepada penyelesaian di Selangor dalam masa beberapa minggu akan datang.

2 comments:

Sheikh Najib Wasatiyyah Al Tantuya said...

UMNO/BN lagi tak dak teloq bila PRK Kajang

Anonymous said...

Smpun tuanku...patek amat berharap jgnlah di lantik anwar ibrahim sbgai mb selangor.belisu terlalu sibuk dan terlalu bnyak jawatan yg dipegangnya...sbgai ketua umum pkr.. MP permatang pauh...ketua pembangkang...penasihat dan ahli lembaga pengarah ngo n yayasan antarabangsa..beliau kerap keluar negara menyampaikan syarahannya...macamnalah beliau nk tadbir negeri kslau dirinya dperlukan diseluruh negara dan dunia kecuali jepun..patik bimbang selangor akn lintangpukang ditadbir olehnya...dan lagi sanggupkah kita rakyat selangor fipimpin oleh bekas banduan dan terpalit dgn pelbagai dakwaan jenayah...nnt esok beliau akan turun naik mahkamah sb kes peribadi dan kes samannya terlalu bnyk....rakyst nk jumpa pun payah dan amat malang lagi jika beliau minta tuanku mengadap dia dimahkamah sekiranya ada perbincangan dan urusan sb kes dia terlalu bnyk d mahkamah dan amat malang bekas banduan dan tertuduh jenayah seksual berada dlm persidangan majlis raja2 melayu..bimbang nnt dlm mesyuarat raja2 melayu mb selangor mencadangkan agar plurisme dan liberasi agama dibenarkan..beliau boleh..beliau blh bawa usul pinda perlembagaan selangor mengenai.. kedudukan agama islam..pati bimbang belisu mampu lakukan kerana pkr dan dap akan sokong kuat dan wakilbpas akan jd pakturut sbgmana yg sudah berlaku di penang...pas sepi sb takut. Ampun tuanku

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive