exponegaraku

Monday, January 20

TUNTUTAN TIDAK MUNASABAH SRJK CASTLEFIELD @ShahrilMokhtar @MyRapidKL


Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Projek Prasarana Zulkifli Mohd Yusof memaklumkan bahawa meskipun pihaknya mempunyai perintah mahkamah dan kelulusan berkaitan daripada pihak berkuasa, kumpulan itu yang terdiri daripada anggota lembaga sekolah berkenaan, masih enggan membenarkan kerja pembinaan dilakukan.

Beberapa orang, termasuk anggota polis tambahan dan Naib Presiden Kanan Jabatan Keselamatan Prasarana Abdul Rahim Shariff, cedera dalam pergelutan yang berlaku, menyebabkan mereka membuat laporan  polis.

Sikap pihak dari CASTLEFIELD ini boleh dianggap sebagai sikap tamak haloba dan “selfish” dengan hanya memikirkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan dan kesenangan penduduk kawasan sekitar.

Untuk memudahkan pembaca, MKP akan ceritakan “chronology of event” rundingan syarikat PRASARANA dengan SRJK CASTLEFIELD:

RUNDINGAN PERTAMA PRASARANA & CASTLEFIELD

Antara “demand” dari pihak CASTLEFIELD adalah untuk PRASARANA memasang perkara berikut:

1. Sound proof barriers

2.Hawa Dingin disetiap bilik darjah.

3. Membaiki kemudahan sekolah

Ketiga demand diatas telah dipersetujui oleh pihak PRASARANA. Selain itu sebagai tanda “goodwill” kepada pihak sekolah, PRASARANA juga telah komited untuk mencantikkan landscape sekolah dengan menanam pelbagai jenis pokok dan bunga untuk kebaikan dan keselesaan para pelajar.

Rundingan pertama telah dipersetujui kedua belah pihak. Namun,

 CASTLEFIELD BUAT PUSINGAN – U, KELUARKAN DEMAND BARU

Setelah bersetuju dengan rundingan yang dilakukan oleh pihak PRASARANA,  CASTLEFIELD telah membuat U-Turn dengan menukar demand mereka. Kini mereka telah demand PRASARANA untuk membina untuk mereka satu sekolah baru yang berharga RM 20,000,000.00 (20 Juta). Ini merupakan satu demand yang tidak munasabah dimana pada artikel sebelum ini MKP telah menulis bahawa tanah yang diperlukan oleh PRASARANA hanya 20m2.

Selain itu, pihak CASTLEFIELD mahu project sekolah baru ini diuruskan oleh pihak sekolah sendiri. Mereka sendiri mahu memilih kontraktor, membeli barang dan segala pembayaran kepada kontraktor yang mereka pilih ini melalui pihak CASTLEFIELD dan bukan PRASARANA.  Dalam bahasa yang mudah mereka mahu PRASARANA beri kepada meraka RM 20 juta dan mereka akan urus sendiri pembinaan sekolah baru ini. Persoalan MKP:

1. Apa kemahiran yang pihak CASTLEFIELD ada untuk mereka menguruskan projek RM 20 juta ini?

2. Kenapa pihak CASTLEFIELD mahu memilih kontraktor mereka sendiri? Apa kelebihan kontraktor mereka berbanding kontraktor yang dipilih pihak PRASARANA?

3. Kenapa pihak CASTLEFIELD yang hendak buat procurement untuk construction? Bolehkah mereka mendapat diskaun dan harga yang lebih baik daripada PRASARANA?

4. Kenapa pihak CASTLEFIELD mahu segala pembayaran kepada kontraktor ini melalui mereka? Adakah mereka mahu “mark-up” invoice yang mereka terima daripada kontraktor dan charge PRASARANA lebih dari harga invoice?

5. Mengapa mereka tidak mahu pihak PRASARANA yang menguruskan pembinaan sekolah ini walhal PRASARANA mempunyai kebolehan untuk manage project infrastruktur yang bernilai berbillion ringgit?

6. Persoalan paling penting adalah kenapa Pihak CASTLEFIELD mahu pegang duit RM 20 juta sedangkan mereka tiada kebolehan, pengalaman dan kredibiliti untuk manage project yang sebesar ini?

Pendapat peribadi MKP adalah pihak Castlefield merupakan pihak yang sangat tamak yang hanya mahu membuat duit daripada Projek Jajaran LRT (LEP) ini.

BACA JUGAK DISINI REZQEEN HILL

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive