Friday, October 9

Kenyataan Majlis Raja-Raja Tentang 1MDB Selari Dengan Kerajaan – Rahman Dahlan


Kenyataan oleh Majlis Raja-Raja tentang siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini adalah selari dengan kemahuan kerajaan berkenaan siasatan terhadap syarikat itu.

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tiada percanggahan antara Majlis Raja-Raja dan kerajaan berkenaan siasatan terhadap 1MDB.

“Jikalau kita baca betul-betul (kenyataan Majlis Raja-Raja), tidak banyak yang bercanggah. Jikalau pihak Majlis Raja-Raja hendakkan penyiasatan dibuat dan satu kesimpulan dicapai, satu penyiasatan yang berjaya, satu keputusan mesti dicapai, maka pihak kerajaan memang itulah yang kita mahukan iaitu 1MDB diselesaikan.”


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)bersedia mengerah 1,200 pegawai dan anggotanya bagi membantu memadam kebakaran hutan di Indonesia. 

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun meminta masa selama enam bulan (untuk menyelesaikan 1MDB). Saya kira awal tahun hadapan, Januari boleh diselesaikan,” katanya Jumaat.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7) di sini.

Beliau bagaimanapun menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja itu.

Majlis Raja-Raja yang mengadakan mesyuarat ‘pre council’ pada Selasa lepas telah mengeluarkan kenyataan pada hari sama mahukan kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak terlibat.

Menurut Abdul Rahman, kenyataan Majlis Raja-Raja itu menunjukkan keprihatinannya terhadap isu-isu semasa sebagaimana kenyataannya pada 2010 menegur pihak tertentu berhubung isu peruntukan perlembagaan menyentuh bangsa Melayu, agama Islam dan kedudukan Raja-Raja.

Ditanya kenyataan Majlis Raja-Raja mahukan siasatan terhadap 1MDB terbuka, Abdul Rahman berkata, ia terpulang kepada pihak yang melakukan siasatan terbabit.

“Tetapi pada pandangan saya, tidak pernah pun kita menyiasat satu-satu kejadian di Malaysia ini mesti didedahkan kepada awam. Kalau kita buat begitu bayangkan jikalau orang itu tidak bersalah,” katanya.

Jika pihak tertentu didapati tidak bersalah selepas melalui proses penyiasatan secara terbuka, pihak terbabit bakal berhadapan dengan stigma negatif daripada masyarakat, menurut beliau.

Ia adalah sesuatu yang tidak adil kepada pihak-pihak yang tidak bersalah, katanya.

Sehubungan dengan itu beliau meminta pihak terbabit tidak hanya pandai meminta masalah 1MDB diselesaikan tetapi pada masa yang sama mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang merumitkan permasalahan dihadapi syarikat itu.

“Pada satu sudut (mereka) mahu 1MDB diselesaikan, tapi hari-hari mengutuk 1MDB. Bagaimana mahu selesaikan isu itu, tapi tidak bagi ruang kepada 1MDB untuk bernafas,” kata Abdul Rahman.

3 comments:

Anonymous said...

Rahman,

Stop bullshitting. Memalukan orang sabah seperti saya.

Anonymous said...

Memang malu ada orang Sabah macam awak 2:54. Bodoh dan bangang. Kena tipu hidup-hidup dengan Cina DAP.

Anonymous said...

Anjing memang taat pada tuannya.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive