Pengendali Pengangkutan awam terbesar di Malaysia hari ini telah melancarkan tren baharu bagi laluan kelana jaya. Tren serba moden ini bertujuan memberikan keselesaan serta kemudahan terkini kepada pengguna #RapidKL.
CEO Rapid Rail Sdn Bhd Dato' Zohari Sulaiman meraikan penumpang terawal yang menaiki tren baharu Rapid KL Laluan Kelana Jaya.
Tren generasi baru ini bukan saja bersaiz lebih luas untuk meningkatkan kapasiti dan tahap keselesaan; tetapi juga dipermantapkan dengan ciri-ciri tambahan dari aspek keselamatan dan sistem maklumat penumpang eletronik.
Berbeza dengan tren-tren yang digunakan untuk LRT Laluan Kelana Jaya sekarang, setiap gerabak tren dipasang empat unit kamera litar tertutup atau CCTV; sekali gus menyediakan 16 unit kamera CCTV yang boleh membuat rakaman untuk satu tren.
Setiap gerabak juga dipasang dengan kemudahan Sistem Informasi Penumpang atau ‘Passenger Information System (PIS)’, yang boleh menyediakan kemudahan infortainment untuk hiburan dan maklumat kepada para penumpang.
Setiap gerabak turut dilengkapi dengan kemudahan ‘intercom’ penumpang untuk komunikasi audio dengan Pusat Kawalan dengan ruang khas untuk kerusi roda untuk golongan kelainan upaya atau OKU.
Sebelum ini kapasiti penumpang dianggarkan sekitar 200 penumpang setiap tren dan pihak Prasarana mensasarkan kapasiti penumpang bakal bertambah ke 240 penumpang setiap tren. Apa yang pasti nanti, Kelana Jaya line akan beroperasi dengan tren empat gerabak saja sekaligus mengurangkan tempoh waktu menunggu para penumpang.
Penyediaan 14 set tren empat gerabak baharu untuk Prasarana Malaysia Berhad adalah bawah projek Kuala Lumpur Additional Vehicle (KLAV).
No comments:
Post a Comment