Showing posts with label BN Kedah. Show all posts
Showing posts with label BN Kedah. Show all posts

Saturday, June 8

@MukhrizMahathir BUAT HAL LAGI KAT KEDIAMAN RASMI SRI MENTALOON.......


Apa dah jadi baru saja ditabalkan menjadi Menteri Besar Kedah dan mula nak buat hal dengan buat kuliah mengikut acuan PAS sebelum nie. Kenapa nak ikut seperti PAS? MKP diberitahu bahawa ini adalah amanat dari Tan Sri Azizan Razak mantan MB Kedah supaya Program Kuliah diteruskan untuk rakyat Kedah. 

Tersebar fitnah kuliah agama di Sri Mentaloon, telah diharamkan oleh Menteri Besar Kedah, Dato Paduka Mukhriz oleh orang yang mengaku Islam didalam Blog penyokong PAS Taksub nak mampus. Padahal yang berlaku adalah sebaliknya.


Berikut adalah Tweet dari MB Kedah sendiri. Kuliah pagi ini dengan tazkirah oleh YBhg Sahibul Samahah Dato Mufti Kedah sendiri. Tentunya tazkirah keagamaan tanpa unsur politik seperti yang telah diamalkan oleh PAS sebelum ini.

Bagi MKP ini dalah Program yang bagus untuk Rakyat Kedah, Disamping program kearah keilmuan rakyat Kedah berpeluang berjumpa dengan MB Kedah dan ini bakal mengeratkan hubungan Rakyat Kedah dengan DS Mukhriz.

Bagi yang tak berpeluang untuk hadir atau was-was korang boleh tengok siaran secara langsung melalui wartarakyat LiveTV kat bawah nie..


Thursday, July 26

Mukhriz Mahathir MB,Kedah BN Punya Betoi Ka?


Umno dan Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan merampas kembali beberapa negeri yang ditadbir pembangkang, demikian menurut kajian yang dilakukan beberapa ahli akademik.

Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata kajian itu, yang dilakukan terhadap 1,400 responden di Kedah dan Selangor pada Mac hingga Mei tahun ini, menyimpulkan bahawa rakyat Malaysia setakat ini memilih BN.

"Di Selangor, pengundi cenderung untuk memilih BN manakala di Kedah kedudukannya 50-50 tetapi ia mungkin berubah," katanya pada Perbincangan Meja Bulat 'PRU 13: Malaysia Pilih Siapa' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) di sini hari ini.

Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran UKM itu berkata PRU 13 merupakan satu kemuncak kepada penilaian prestasi bagi BN dan pakatan pembangkang di empat negeri sama ada mereka boleh kekal memerintah ataupun BN berjaya merampas kembali keempat-empat negeri berkenaan.

Secara keseluruhannya, beliau berkata 69.6 peratus responden menyatakan bahawa BN akan memenangi PRU 13 iaitu 37.5 peratus menyatakan bahawa BN akan menang dengan 2/3 majoriti manakala 32.1 peratus pula menang dengan majoriti mudah.

"Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), 54.1 peratus responden akan memilih BN, 14.4 peratus (PAS), tiga peratus (PKR) dan selebihnya tidak pasti, manakala di peringkat Parlimen, 57 peratus memilih BN, 20.6 peratus (PR) dan 22.4 peratus tidak pasti," katanya.

Di Selangor, Dr Fuad berkata kajian simulasi berdasarkan kepada keputusan PRU 11 dan PRU 12, profil pemilih berdaftar terkini dan reputasi BN mendapati bahawa BN akan menang di 40 kerusi DUN.

Di Kedah, seramai 50.7 peratus responden memilih PAS untuk menang di peringkat DUN, 49.3 peratus (BN) dan selebihnya tidak pasti, katanya.

Beliau berkata kepimpinan dan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diterima dan terus mendapat sokongan juga menjadi antara faktor kelebihan BN untuk memenangi PRU 13.

"Purata 87.4 peratus mereka yang berumur 21 hingga 60 tahun menyokong kepimpinan Najib. Tujuh puluh enam peratus menyatakan imej Najib amat baik berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.

Beliau berkata sokongan golongan muda pada tahun 2008 agak merosot, justeru, Najib membuat pendekatan 'modul magnet' bagi menarik semula sokongan dengan melakukan pembaharuan yang bersifat populis dan praktikal menerusi media sosial dan transformasi politik.

Profesor Madya Dr Rohana Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menjalankan kajian ke atas 10,800 responden di Kedah pada November 2011 sehingga Februari 2012 menunjukkan bahawa rakyat Kedah menolak kerajaan PAS Kedah kerana gagal menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum lalu.

"Sebanyak 54 peratus responden menyatakan bahawa kerajaan PAS sedia ada tidak wajar dikekalkan manakala 58 peratus mengatakan bahawa kerajaan BN di peringkat persekutuan perlu dikekalkan," katanya.

Rakyat Kedah kini lebih menerima dasar-dasar kerajaan persekutuan berbanding kerajaan negeri dan cara terbaik ialah dengan memberi ruang kepada BN untuk kembali memerintah Kedah, katanya.

Rohana berkata mereka juga memerlukan seorang Menteri Besar yang mampu menyelesaikan masalah rakyat, mudah dihubungi dan rajin turun padang bertemu rakyat dan ini memberi gambaran terhadap ketidakupayaan Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Azizan Abdul Razak melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh rakyat.

"Calon Menteri Besar Kedah yang dipilih sekiranya Umno berjaya merampas Kedah ialah rata-rata memilih Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir.

Ini menunjukkan bahawa mereka perlukan muka baru yang lebih muda untuk mentadbir negeri," katanya.

Sunday, March 18

PENYOKONG PAS BAKAR BENDERA BN.


 
 
 

 

 

Rakan seperjuangan telah melaporkan bahawa di Taman Malinja ada kes bakar bendera UMNO/BN. Baca artikel yang Mc ambil dari Media Kedah. Memang lahanat puak Pas ni..

Pakatan Haram dengan bersikap kurang ajar telah membakar 14 bendera BN dan 6 bendera UMNO, kesemua bendera di bakar selepas ceramah Mat Sabu yang di adakan di Padang Taman Malinja Semeling semalam.

Dari sumber saksi berkata bendera berkenaan di bakar dalam pukul 2 pagi, setelah selesai ceramah Mat Sabu, ini menunjukan Pakatan Haram telah melanggar sistem demokrasi di negara ini.

Kami diberi tahu, Pakatan Haram sudah mula goyah di kawasan berkenaan kerana di Taman berkenaan dahulunya merupakan kubu kuat Pakatan Haram namun kini UMNO bahagian Merbok sudah berjaya menembusinya.

Di sebabkan pengaruh UMNO kian kuat di kawasan itu, ini telah membuat sikap penyokong Pakatan Haram dikawasan itu tidak senang duduk. Ini menunjukan bahawa Pakatan Haram sudah kalah dari segi emosi.

Laporan Polis telah di lakukan oleh Timbalan Pengerusi Pemuda UMNO Bahagian Merbok pada pukul 11.52 pagi.di Balai Polis Merbok. 

MKP Ayat Sempoi : Terdesak sangatkah depa nie sampai boleh buat kelaku macam nie?

Tuesday, March 6

AWAT PULAK PM MENGAMUK?



Kali pertama MKP tengok PM kata macam nie dekat Pemimpin UMNO,Bukan apa tue semua peringatan kepada semua,Jangan dok lena diulit bantai mahal.Nanti yang terima natijahnya adalah rakyat Kedah Jugak...Matlamat perjuangan pada PRU 13 adalah untuk kembalai merampas Kedah dari PAS.Jika teguran itu  membina patutlah diterima dengan hati yang terbuka.Tak salah merendahkan diri,tak rugi pun....

Sunday, March 4

ANWAR TAK MAMPU CAKAP MACAM NIE?


Dalam ucapan yang menzahirkan iltizamnya untuk “memperbetulkan keadaan”  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf diatas kesilapan lalu Barisan Nasional yang membawa kepada kehilangan banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum 2008.
Najib berkata Barisan Nasional tunduk kepada kuasa rakyat dan akur bahawa ada kesilapan lalu yang menyebabkan ia ditolak oleh pengundi pada PRU ke 12.
"Kita jangan angkuh dan bongkak. Kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita. Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," katanya pada Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat sini hari ini.
Justeru kata Perdana Menteri, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.
"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita. kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.
"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula," katanya.
Beliau berkata hanya BN sahaja yang dapat memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat.
"Kita ada perancangan yang jelas, kita ada agenda yang tersusun rapi, kita ada peta jalan, kita ada fakta dan ada angka. Perangkaan yang cukup lengkap untuk memacu perubahan, membawa negara ke arah wawasan menobatkan negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Ini bukan macam Buku Jingga," katanya.
Najib berkata kerajaan mahu memberi isyarat dan gambaran jelas bahawa kerajaan sudah hampir untuk melakukan transfomasi perubahan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Thursday, January 26

Pas Nak Jual Gunung Pulak!! #SaveKedah

Kerajaan Kedah di bawah Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya meningkatkan hasil balak hampir 205 peratus berbanding hasil yang dikutip oleh Barisan Nasional (BN) semasa pemerintahan mereka sebelum ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengulas mengenai pencapaian memberansangkan ini berkata, hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah PR berjaya memberi pulangan yang menggalakkan kepada negeri.



Itu propaganda Ostaz Zizan untuk mengaburkan mata rakyat Kedah,Depa dok pukul canang kata depa baguih,Akan tetapi inilah hakikat rakyat kedah perlu ambil tau.Depa kata telus sampai Gunung Pulai kat baling pun PAS bagi kat Pemaju. 

Gunung Pulai terkenal dengan batu-batu berkualiti dan mempunyai beberapa Gua asli yang begitu berharga. 
Cubaan menjual Gunung untuk dijadikan kuari batu dengan harga rm50 juta telah dibantah oleh penduduk kampung disekeliling Gunung tersebut, termasuklah penduduk di Kampung Paya Lama.

Pemaju kuari yang disokong oleh kerajaan negeri, mengunakan pelbagai cara untuk memujuk penduduk kampung, termasuklah dengan merasuah lembu bagi mengadakan korban pada hari raya yang lepas.

Bancian penduduk terhadap kuari itu telah 3 kali dilakukan, namun penduduk semuanya sepakat untuk menolak projek kuari batu yang mereka khuatiri akan menjejaskan kehidupan mereka.

Baca surat bantahan dari penduduk dibawah,











Tuesday, January 24

TERKINI!! Pejabat DUN Datuk Bashah Terima Ugutan BOM!!



Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, menerima panggilan kononnya sebuah bom diletakkan di bawah pentas di dewan terbuka pusat khidmat berkenaan.

Panggilan itu diterima menerusi nombor telefon pejabat pusat khidmat berkenaan antara 4.45 hingga 5 petang.

Petugas di pejabat itu Shamsul Anuar Aziz, 30, menerima panggilan daripada lelaki berkenaan yang memberitahu "aku letak bom bawah pentas".

Selepas menerima panggilan berkenaan, Shamsul Anuar menghubungi Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar Kadir Mohamad yang kemudian mengarahkan beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada pukul 6.30 petang.

Unit Pemusnah Bom Polis yang menjalankan pemeriksaan tidak menjumpai sebarang bahan berbahaya di bawah pentas berkenaan.

Siasatan polis juga mendapati panggilan berkenaan lebih berupa satu panggilan palsu.MC

Monday, January 23

Gempur !!! 1Juta Anak Muda Kedah.

Barisan Nasional (BN) Kedah akan melancarkan program turun padang untuk menemui lebih 967,000 pengundi baru di negeri ini melalui Program 1Juta Pengundi bermula Februari ini.

Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata melalui program itu BN akan menggerakkan semua jentera parti komponennya terdiri daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di setiap kawasan bagi mengenal pasti tahap sokongan pengundi baru terhadap BN.

Katanya program ini bertujuan mengenal pasti kehendak pengundi baru agar mereka menyokong BN dalam usaha merampas kembali Kedah daripada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Beliau berkata kira-kira 40 peratus pengundi muda yang dikenal pasti sebagai majoriti senyap menjadi keutamaan selain mendekatkan diri dengan penyokong-penyokong BN.

"Golongan ini memiliki ilmu pengetahuan yang amat luas dan mereka dapat menilai sama ada BN atau pembangkang yang dapat memberi menjaga kebajikan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Parti Gerakan negeri di sini Isnin.

Ahmad Bashah berkata beliau yakin masyarakat Cina di negeri ini akan kembali menyokong BN berdasarkan sokongan dan komitmen yang diberikan melalui program-program anjuran BN.

Pengerusi Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai pula berkata Gerakan telah bersedia sepenuhnya dan menguatkan jentera parti di kawasan yang dimenanginya.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew dan turut dihadiri lebih 3,000 tetamu pelbagai kaum.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive