Showing posts with label maya. Show all posts
Showing posts with label maya. Show all posts

Friday, June 29

MAYA KARIN MENANGIS JERMAN KALAH?


Ini adalah artikel yang pertama mengenai #EURO2012 dari MKP.Frust tertungging sebab MKP adalah peminat setia Jerman.Tapi apa nak buat sudah takdir menentukan segalanya walaupun kalah MKP tidak akan menjadi lalang dan menyokong pasukan lain.Yang sudah biarlah ianya berlalu.adat permainan mesti ada kalah dan pemenangnya.So tahniah kepada Itali melangkah ke perlawanan akhir.Maya Karin sabar ye?

Itali mengetepikan Jerman 2-1 untuk mara ke final bertemu dengan juara bertahan Sepanyol.

Dalam pertemuan yang mendebarkan, Itali mendahului Jerman 2-0 sebelum lawannya itu menjaringkan gol tunggal pada minit-minit terakhir pertemuan, menerusi tendangan penalti.

Kedua-dua gol Itali dijaringkan oleh Mario Balotelli pada minit ke-20 dan 36. Dua jaringan ini amat mengejutkan peminat-peminat Jerman dengan beberapa penonton di Stadium Warsaw menitiskan air mata.

Sementara Jerman bekerja keras mencari gol, Mesut Ozil menjaringkan gol pasukannya menerusi penalti.

Jerman dan Itali bekerja keras untuk mengisi satu slot ke final Euro 2012 di Stadium Warsaw.

Jerman selaku pilihan kedua Euro 2012 bukan sahaja turun untuk mengulangi sejarah mara ke final empat tahun lalu, sebaliknya mahu menamatkan badi kekalahan ke atas Itali.

Itali pula mahu meneruskan peningkatan prestasi selepas permulaan hambar pada awal saingan disamping memasang impian untuk mengulangi sejarah pada tahun 1968.

Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, Jerman belum pernah mengalahkan Itali dalam perlawanan kompetitif dimana tewas tiga kali dan seri tiga kali dalam kancah Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah.

Friday, June 22

SIAPA LELAKI MISTERI BERSAMA MAYA KARIN?

Gossip terbaru mengenai Maya Karin yang telah bergelar single.Apa tidaknya didalm satu majlis baru nie gelagat Maya mesra bersama Datuk itu telah tersebar.Maya menafikan sekeras-kerasnya apa yang telah diperkatakan.



Maya Karin menolak dakwaan terbaru kononnya dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang tokoh korporat berstatus Datuk.

Terbaru, bintang filem Ombak Rindu ini dilihat seolah-olah mempunyai hubungan mesra dengan individu yang merupakan cucu kepada ahli perniagaan ternama pada sebuah majlis makan malam dekat sini, malam Rabu lalu.

Gambar Maya bersama ahli perniagaan berusia sekitar 40-an itu dirakamkan oleh jurufoto M. Azhar Arif.

Mengulas mengenai gosip itu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 33, mengaku menghadiri majlis tersebut bersama lelaki berkenaan tetapi tidak mempunyai hubungan istimewa seperti didakwa.

“Benar saya menghadiri majlis makan malam itu dan duduk semeja dengan beliau tetapi saya hadir atas jemputan sebagai tetamu syarikatnya dan tiada apa-apa yang istimewa antara kami.

“Kalau hendak tahu, saya kerap berurusan dengan syarikat tersebut dalam projek-projek tertentu seperti kempen alam sekitar dan beberapa lagi. Hubungan kami memang baik sejak tiga hingga empat tahun lalu, sebab itu saya di undang sebagai tetamu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Khamis.

Maya berkata gosip itu adalah tidak berasas kerana dia masih solo sehingga hari ini sejak bercerai dengan bekas suami Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose pada 16 Julai 2010.sumber

Thursday, June 14

MAYA!!!KENAPA KAU PI STADIUM TAK AJAK MKP?





Ingat MKP aje minat Jerman pada Euro 2012 rupanya maya karin pun penyokong Jerman jugak.Apa kan daya MKP tak ada pulus nak pegi sana takkan nak suruh maya belanja pulak malu lah beb.Apa pun Maya terima kasih kerana berkongsi gambaq dengan peminat...terubat sudah rindu yang dipendam sebegitu lama.Bab gambar terakhir tue nama watak yang dilakonkan oleh Bront Palarae sebagai mail macam biasa dengaq nama tue akan tetapi dimana ek?

Monday, November 21

Dr MIM wakili Konvensyen Media Sosial 1Malaysia sampaikan resolusi kepada PM



MKP ingin mengucapkan tahniah kepada Dr Novandri Hassan Basri  ( penulis Blog Dr MIM )  kerana dipilih untuk membaca resolusi Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia  & menyampaikannya sendiri kepada PM Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC  kelmarin . 

Terima kasih juga kepada PM yang mengiktiraf peranan semua penyokong BN di media sosial iaitu di blog ,facebook , twittwer dalam membantu kerajaan menentang fitnah dan tohmahan pihak pembangkang .

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive