Showing posts with label pemuda pas. Show all posts
Showing posts with label pemuda pas. Show all posts

Saturday, February 11

Pemuda PAS Bela DAPig?

Nampaknya ini yang terlepas pandang oleh Pemuda PAS.

Pemecatan Naib Presiden Pas yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kerana kelantangannya mempertahankan kesucian dan maruah umat Islam di Selangor membuatkan Jawatan Kuasa Pas Pusat kelihatan seperti mengkhianati perjuangan Islam yang diamanahkan oleh ahli mereka.

kepimpinan Pas sudah bersekongkol dengan DAP dan PKR dua parti sekular, maka tidak hairanlah, keputusan mereka pecat Dr. Hasan pasti dipengaruhi oleh dua parti sekular tersebut. Pas kini boleh dikatakan telah bercampur antara Islam dan sekular.

Pemuda PAS sekarang telah menjadi alat tunggangan DAP dengan membuat laporan polis terhadap Hassan Ali pula,

Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini membuat satu laporan polis terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ekoran kenyataan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, yang didakwa boleh mencetuskan suasana tegang dan mengancam keselamatan negara.
Laporan polis itu merujuk kepada kenyataan Hasan ketika berceramah di Bandar Baru Bangi, 31 Januari lalu.
Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, ucapan itu sangat bahaya dan boleh mengundang ketidakharmonian antara kaum.
"Ia juga satu kenyataan berniat jahat yang cuba menghasut masyarakat membenci Pas serta parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.
Hasan dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah negara republik. Pemuda Pas juga mendakwa Hasan berkata DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.
Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.
Raja Ahmad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.
"Kalau ia tidak benar, dia (Hasan) kena nafikanlah, namun sehingga hari ini belum ada sebarang penafian dari beliau.
"Jadi untuk permulaan kita serah kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan kita telah bersedia untuk mengambil tindakan lanjut selepas itu," kata Raja Ahmad dipetik organ Pas.

Wednesday, February 1

Pemuda PAS Bacul,Makin Tak Releven.?

Kebaculan idea pemuda PAS semakin hari semakin tumpul. Daripada gerakan orang muda yang boleh diharap untuk menjayakan agenda Pakatan Rakyat, pemuda PAS sudah semakin hilang kewibawaan apabila sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

Reaksi ini adalah lanjutan dari beberapa kenyataan oleh kepimpinan pemuda PAS mengenai negara berhubung dari temubual Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan The Wall Street Journal pada 26 Januari 2012.

Antara yang mendapat perhatian ialah kenyataan dari Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS disini, Riduan Mohd. Nor yang lantang berkata Israel wajib diperangi.

Ramai tidak faham, apa keperluannya Riduan mengeluarkan kenyataan keras seperti itu? Adakah dengan berkata demikian Riduan dan pemuda PAS akan kelihatan hebat?

kebanyakkan majoriti pemuda PAS perasan diri mereka sehebat pejuang-pejuang Islam zaman dahulu kala. Masing-masing berimpian untuk mati syahid demi mempertahankan Islam, dalam konteks ini negara Palestin yang dizalimi Israel, siapa yang tidak?

Tapi apa ada dengan itu semua kalau masing-masing hanya berani berkokok di tanah air sendiri?

Terimalah hakikat bahawa Israel adalah sebuah negara yang sah dan telah diterima menjadi anggota pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Banyak negara Islam telah mengadakan hubungan dengan Israel seperti Mesir, Turki dan sebagainya, tapi itu tidak sama sekali menghalang negara-negara tersebut dari mengecam Israel kerana tindakan zalimnya ke atas rakyat Palestin.

Seperti yang disebutkan Datuk Seri Anwar dalam temubual dengan TWSJ, soal mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel, sehingga ke tahap membuka pejabat kedutaannya disini. selagi Israel tidak menghormati hak-hak rakyat Palestin.

Itu sudah jelas. Sementara soal melindungi keselamatan Israel itu adalah selari dengan konsep Penyelesaian Dua Negara dan Inisiatif Dunia Arab,Jadi tindakan pemuda PAS mengeluarkan kenyataan-kenyataan sedemikian dalam mengulas isu temuramah Anwar dengan TWSJ itu, hanya memburukkan lagi keadaan yang sedia buruk.

Hanya pemuda PAS sahaja yang kelihatan begitu aktif mengulas isu ini walaupun sedar ia adalah perangkap yang dipasang oleh Anwar.

Tuesday, November 1

Antara Elton John dan video seks..


Saya mengikuti polimik ini sejak dari awal Pemuda PAS bersuara tidak mahu konsert itu diadakan di negara ini.
Kalau rajin selak balik sejarah kita akan dapati ia sudah semacam satu rutin bagi pergerakan itu membantah konsert artis barat diadakan di negara ini.
Elton John boleh dikira seorang penghibur yang ‘ tertib’  diatas pentas tidak melalak gila-gila macam kumpulan penyanyi rock black metal dan sebagainya.
‘ Dosa’ Elton John ialah beliau seorang yang confirm gay dan mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005.
Saya tidak berhajat nak berdebat dengan Pemuda PAS bab sifat gay Elton John.Ini kerana ia memang bertentangan dari sudut Islam dan  budaya hidup rakyat negara ini.
Kita juga tidak boleh salahkan Pemuda PAS jika merasa bimbang pada bab gay Elton John boleh cetus pengaruh kurang sihat pada rakyat negara ini.
Saya kata Dr Asri silap kaitkan Pemuda PAS macam Taliban dalam bab ini kerana saya rasa mereka lebih sesuai disebut ‘ tikus mondok’ saja.
Ini kerana Taliban garang.Apa yang dirasanya tak betul dibelasahnya.
Ikut pandangan sayalah,Pemuda PAS ini lain sikit.Ia main pilih pilih.Senang cakap kuman di sebarang laut nampak tapi gajah lalu lalang depan mata tak nampak.
Siapa lagi kalau bukan tokoh besar mereka yang mendapat gelaran Anugerah Tuhan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya tidak mahu menyentuh kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicara di mahkamah.Itu sama-sama kita tunggu keputusan hakim nanti.
Soalnya bagaimana tentang kes video seks yang didedahkan oleh trio Datuk T?
Juga tentang rakaman perbualan berahi antara Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dengan Normah.
Pemuda PAS pun tahu rakyat Malaysia umumnya masih tertunggu-tunggu jawapan pasti pada dua pendedahan ini.
Bagi saya kalau nak melalak tentang Elton John saja atau konsert-konsert lain...itu bukan Taliban namanya.
Kalau Taliban ia tidak wajar kecut dalam menuntut kebenaran dan bukan macam sekarang  diam membisu sejuk beku tidak berani sentuh langsung hal besar yang melibatkan moral dua pimpinan besarnya sendiri.
Cuba tanya setiap anggota Pemuda PAS apakah mereka ikhlas setuju dan boleh terima kenyataan Haji Hadi yang kata video itu besi dan tidak boleh jadi bukti.
Kita ada video aksi seks yang sudah disahkan pakar 99.9 peratus tulin dan kita juga sudah lihat video CCTV aktornya naik turun lif apartmen lokasi dimana didakwa aksi itu berlaku.
Saya sendiri mempunyai rakan-rakan di kalangan anggota Pemuda PAS .Bila ditanya bab itu ada yang tersenyum malu-malu nak cakap banyak.Maklum sajalah bos atas dah cakap begitu.
Rasanya reaksi itu sudah cukup untuk agak-agak pandangan mereka tentang bab video besi.
Jadi bagi saya Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan tidak payahlah nak bercakap bergegar membelah bumi bagaimana mereka menentang kemungkaran.
Ini bab dakwaan moral rumahtangga sendiri pun boleh beres.
Kalaulah betul bagai didakwa apalah sangat Elton John yang jengah sekali ke negara ini berbanding hari-hari kita semua kena berdepan dengan dua orang 'aktor' sensasi yang dok berceramah sana sini macam pijak semut tak mati.
Soalnya beranikah Pemuda PAS mendesak diadakan siasataan terperinci bagi membersihkan nama dua tokoh besar mereka itu.
Kita tidak fikir Nasrudin ada darah Taliban bukan saja untuk bersuara tetapi bersungut.
Berani setakat minta haram konsert tu ‘ tikus mondok ‘ mana pun anytime sanggup ke depan.
Itu pun belum dengar lagi bisikan Pemuda DAP atau PKR yang berani backing Pemuda PAS sekat Elton John ke sini.
Mat Indera Cyber
Shah Alam

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive