Showing posts with label utusan. Show all posts
Showing posts with label utusan. Show all posts

Tuesday, May 21

VIDEO : HATA WAHARI MELAYU TAK SEDAR DIRI TUNJUK "FUCK".............. @Amenoworld mana Bukti


Melayu tak sedaq diri!!! Itulah ayat terbaik buat Mohd Hata Wahari. Dulu tempat ini hang ulang alik cari makan untuk sara anak bini. Mau dok sedaq diri...! Kini setelah dibela oleh Anjing didalam DAP mula nak tunjuk jahat...... MKP nak habaq pi mampus dengan DAP yang dok bagi hang makan la nie entah duit haram mana depa bagi.

Bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) itu berkhidmat di Utusan sejak 1995 dan dipecat pada 2 Mei 2011 selepas panel siasatan dalaman Utusan Melayu (M) Bhd mendapati beliau bersalah atas tuduhan memburuk-burukkan nama syarikat itu melalui laporan yang disiarkan beberapa media.

Tak silap lagi memang tepat melayu macam nie patut dipecat. Dasar tak sedar diri. Mungkin nak balas dendam pada bekas majikan lamanya.

MKP heran dan ajaib bila tuduhan blogger Sundal umpama jalang AmenoWorld didalam artikelnya menyatakan bihun dilemparkan pada Hata Wahari?

Hello bro Suhaimi mana bukti yang nyata dan sahih. Kalau setakat gambar sapa pun boleh buat? Mungkin Hata Wahari nie yang ambil bihun dan lempar sendiri lepas tue tuduh wartawan utusan. 

Kalau dakwaan gampang macam nie sapa nak pecaya? Zaman dah berubah der,,, Dulu boleh lah menipu. Dah lah copy paste Malaysiakini punya berita lepas tue pakat gelak ramai-ramai.

Malaysiakini pun satu nak cover korang punya orang pun buat cerita yang bagus sikit lain kali. Macam nie tak boleh pakai der...

Tapi MKP puji wartawan dari MyNewsHub la dapat Video nie. Memang mantop gile pasal Hata Wahari sah kantoi tunjuk Fuck pada bekas teman sekerjanya dulu... Korang layanlah vidoe nie


MKP Ayat Sempoi : Video nie baru bukti..Amenoworld kantoi kali nie....KAH...KAH...KAH

Saturday, May 5

UTUSAN DIBAKAQ MUSLIMAH PAS YANG GADAI MARUAH DEMI ASSMIN?


Dewan Muslimat PAS Kelantan semalam membakar beberapa naskah akhbar Utusan Malaysia sebagai simbolik mengajak rakyat menolak akhbar itu yang sering membuat laporan lucah dan fitnah.

Ianya dibuat selepas selesai Muktamar Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan ke-39, di perkarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini.

Program itu turut disertai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan.

Tindakan membakar akhbar milik Umno itu dibuat selepas Ketua Ameerah Kelantan Ilvira Mohd Dhasuki mengemukakan usul tergempar yang kemudiannya diluluskan dalam muktamar itu.

Ilvira ketika membentangkan usul itu memberitahu, Utusan telah banyak menabur fitnah dan tidak mempamerkan akhbar yang mampu mendidik minda rakyat.


Zailah ketika ditemui selepas itu pula memberitahu tindakan membakar akhbar berkenaan sebagai memberi mesej kepada rakyat agar menolak akhbar penabur fitnah dan tidak bermoral itu.

Sebelum ini akhbar itu katanya pernah diboikot ekoran laporan karikatur yang menghina hukum hudud.

“Terbaru kes Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dikatakan terbabit dalam kes seks telah menyiarkan gambar lucah palsu untuk memburukkan imej Azmin dan PKR,”ujarnya.

Katanya, seharusnya perkara itu tidak berlaku terhadap sebuah akhbar yang didakwa sebagai akhbar arus perdana.

MKP Ayat Sempoi : Kesian sunggup sampai macam tue depa pecaya azmin tak buat dosa,,,Mangkuk hayun sungguh depa nie nampak sangat tak baca Harakah yang lagi kuat fitnahnya....atau merelakan apa saja demi fatwa Nik Aziz yang rela Islam di pergunakan demi mencapai maltlamat menghalalkan cara..? 

Thursday, June 23

UTUSAN HARUS DIPERTAHANKAN!ESOK PEMUDA PAS AKAN BERDEMO.





Pemuda Pas akan mengadakan demontrasi haram jalanan bagi bantahan karikatur yang didakwa menghina Islam.Itu yang depa dakwa padahal depa dok wat onar serta mempertahankan DAP buat macam-macam depa buat bodoh saja.Ini harus dipandang serius oleh pihak berkuasa bagi membenteras himpunan haram jalanan.Bagi MKP ini adalah permulaaan bagi pihak polis menjalankan latihan bagi menghadapi bershit pada bulan depan.


Kita tidak hairan dengan sikap sesetengah pihak terutamanya parti pembangkang yang terlalu hipokrit hanya nampak tindakan pihak lawan sahaja tetapi mereka buta dengan tindakan yang mereka sendiri lakukan.

Isu karikatur di dalam Utusan Malaysia turut diputarbelitkan oleh mereka.MKP
 pasti semua orang termasuk ahli-ahli PAS dan pembangkang tahu individu yang dikiaskan oleh kartun tersebut.
Dan content kartun itu adalah reflection dan echo daripada kenyataan Hadi Awang, Presiden PAS itu sendiri.Satu lagi, kenapakah Persatuan Ulama tidak menegur Mat Sabu, Timbalan PAS yang menyetujui bahawa agama merupakan candu bagi rakyat?







Monday, June 6

Haron Din Tampil Pertahan Utusan



Ketika Utusan Malaysia diserang kiri dan kanan sepanjang muktamar Pas, muncul Datuk Dr. Haron Din menentang arus apabila beliau mempertahankan akhbar itu yang difitnah akhbar Suara Keadilan.

Timbalan Mursyidul Am Pas itu berkata, Suara Keadilan sengaja memutar-belit kenyataannya bagi memburuk-burukkan Utusan Malaysia dengan menuduh kononnya, beliau mengeluarkan fatwa haram membaca akhbar berbahasa Melayu paling berpengaruh itu.

“Akhbar ini (Suara Keadilan) telah menyiarkan berita muka hadapan ‘Membaca Utusan Malaysia haram: Haron Din’. Bila keluar begitu, memanglah pihak Utusan tidak senang dan apabila mereka menghubungi, saya kata tidak.

“Tidak mungkin semudah itu bagi saya untuk mengeluarkan fatwa bahawa membaca Utusan haram. Akhirnya Utusan tanya adakah saya bercadang nak saman (Suara Keadilan) dan saya kata sedang dalam fikiran.

“Kemudian bertalu-talu telefon daripada Suara Keadilan, mereka minta maaf kerana silap lapor dan kemudiannya betulkan balik bahawa saya tidak pernah berkata demikian,” katanya semasa menyampaikan ucapan pengulungan sempena Muktamar Pas Ke-57 di sini, hari ini.

Pada 26 April lalu, Suara Keadilan memutar-belit kenyataan Haron dengan melaporkan kononnya hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram dengan alasan ia menyebarkan fitnah.

Sementara itu, menyentuh mengenai cadangan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu agar Majlis Syuara Ulama Pas diberi kuasa audit bagi menilai setiap pemimpin parti itu, Haron berkata, beliau menyambut baik cadangan tersebut.

Katanya, inilah kali pertama satu syor yang jelas disuarakan oleh pucuk pimpinan mengenai bagaimana hendak memperkasakan Dewan Ulama kerana sebelum ini para perwakilan hanya memberi pengharapan dan bukan cadangan.

“Sepanjang ini hanya perkataan itulah yang kita dengar, perkasakan Majlis Syura Ulama tetapi jarang kita dengar apakah cadangan daripada ahli, apa lagi yang perlu dibuat Majlis Syura ulama melainkan yang kita baru dengar sekejap ini,” jelasnya.

Friday, May 20

Pemuda Umno & Perkasa Berhimpun Pertahan Utusan



Kira-kira 200 penyokong Pemuda Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) meneruskan perarakan menyokong akhbar Utusan Malaysia di hadapan Ibu Pejabat akhbar tersebut walaupun tanpa kehadiran kumpulan ingin memprotes iaitu Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Perkasa yang diketuai Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali menyerahkan memorandum menyokong akhbar tersebut kepada Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat.
Sementara Pemuda Umno yang diketuai Penolong Setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid menyerahkan memorandum sokongan merekakepada individu yang sama 10 minit kemudian.
Suasana hujan renyai-renyai tidak memaksa penyokong kedua-dua pertubuhan berkenaan untuk berganjak daripada berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu itu yang terletak di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin dekat sini.
Ketika ditemui media selepas menyerahkan memorandum berkenaan Megat Firdouz berkata, Utusan sebagai akhbar berbahasa Melayu tertua di negara ini telah memainkan peranannya bukan sahaja bagi melaporkan berita malah dijadikan input pendidikan.
"Pemuda Umno akan mempertahankan Utusan, kami tak akan biarkan akhbar ini dipermain-mainkan oleh golongan muda yang buta sejarah.
"Utusan sebuah akhbar yang mempunyai input pendidikan...tidak seperti Suara Keadilan yang hanya tahu berpolitik dan membuat fitnah," katanya.

Sebelum ini, AMK yang diketuai ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dijadual mengadakan demonstrasi di tempat sama untuk memprotes laporan dan propaganda Utusan Malaysia ke atas beberapa isu berkaitan pembangkang sejak akhir-akhir ini.
Tindakan AMK itu telah mengundang reaksi daripada Perkasa dan Pemuda Umno untuk turut hadir bagi mempertahankan pendirian akhbar Kumpulan Utusan itu.
Bagaimanapun AMK telah membatalkan hasrat mereka awal pagi tadi.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Megat Firdouz berkata pihaknya tidak akan membiarkan kumpulan pembangkang itu berterusan bertindak melakukan kekecohan.
"Budaya biadab tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, mereka sudah buat kecoh di masjid, di mahkamah...sekarang di pejabat Utusan pula, kami tidak akan biarkan," katanya.

Tuesday, April 19

Cakap Salah,Apabila Diam Hati Memberontak!!!Melayu Oh Melayu.

ANUgerah tuhan patut sedar jika melayu berpecah yang untung DAPig


Sepatutnya sebelum pihak-pihak berkenaan membuat tafsiran atau andaian apatah lagi memutar belit fakta, mereka perlu mengkaji terlebih dahulu apa yang dimaksudkan oleh Awang Selamat dalam ruangan berkenaan. Awang Selamat tidak menyatakan BN perlu menolak undi Cina, sebaliknya mencadangkan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu.


Malahan Awang Selamat juga menegaskan, BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina, walaupun senario itu mahu dielakkan. Tetapi malangnya tulisan berkenaan tidak dibaca dalam konteks sebenar, maka wujud pelbagai tafsiran membuta-tuli yang boleh mengusutkan keadaan.


Persoalannya, apakah masyarakat Cina begitu istimewa sehinggakah tiada siapa pun boleh mengupas atau memberikan pandangan terhadap sebarang tindakan mereka?


Tetapi kenapakah apabila Awang Selamat hanya sekadar memberikan pandangan, ia dianggap tindakan perkauman dan perlu dikenakan tindakan.


Bagaimana pula dengan tulisan-tulisan di dalam akhbar-akhbar Cina. Sesiapa juga yang mengikut ruangan 'Dari akhbar Cina' dalam Utusan Malaysia akan mendapati betapa rasisnya sesetengah tulisan sehingga ada antara tulisan itu memperlekehkan usaha kerajaan, menyindir orang Melayu dan memburukkan bekas-bekas pemimpin negara.


Jangan lupa ada sesetengah tulisan memberi pandangan bagaimana kaum Cina bangkit menguasai politik, tetapi orang Melayu tidak marah atau melenting kerana menganggap itu hak penulis berkenaan memberikan pandangan


Sesiapa juga yang mengikuti keputusan berkenaan akan membuat andaian dan cadangan yang sama kerana jelas majoriti masyarakat Cina di Sarawak tidak memihak kepada BN biarpun kerajaan BN sudah melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan taraf hidup mereka, selain memenuhi segala permintaan mereka.


Kejayaan DAP meraih 12 kerusi berbanding enam kerusi pada 2006 menjadi bukti bahawa masyarakat Cina memang tidak menyebelahi BN.


Jika senario ini berterusan, sudah pastilah ia membahayakan BN dalam pilihan raya umum akan datang. BN selama-lamanya tidak boleh menggunakan strategi lama atau bergantung kepada sesuatu kelompok sahaja untuk terus berkuasa.


Ketika itu tidak ada pula orang Melayu menuduh BN mengetepikan mereka kerana memahami itu sebahagian daripada percaturan strategi dalam pilihan raya, tetapi kenapa pula apabila sesuatu pandangan itu berkait dengan kaum Cina ia dianggap rasis?


Justeru janganlah melatah tidak tentu hala sedangkan kalau dikaji sesetengah laporan yang dibuat oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina bukan sahaja 'rasis', malahan cukup menyakitkan hati orang-orang Melayu.


Begitu juga sikap sesetengah portal pro pembangkang yang sering menyiarkan artikel atau kenyataan yang boleh ditafsirkan berbaur perkauman. Namun, tidak ada pula mana-mana pihak yang kononnya anti perkauman menyuarakan pandangan atau membuat desakan kepada Kementerian Dalam Negeri.


Apa pun, rakyat sudah bijak menilai segala yang berlaku termasuklah bagaimana istimewanya layanan kerajaan BN kepada pengundi Cina setiap kali pilihan raya tetapi akhirnya undi mereka entah ke mana.


Sumber Utusan Malaysia.




Mat kilau penang Kata:Orang Melayu mempunyai nilai kesabaran yang tinggi kerana sabar itu adalah separuh dari iman.harus diingat melayu ini ada tahap kesabarnya jika sudah terlalu menekan dan membakar hati setiap orang melayu pasti suatu hari nanti pasti meletus jua api perkauman itu,Jika berlaku tiada siapa yang menang akan tetapi pepatah melayu ada menyatakan biar putih tulang jangan putih mata.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive