Tuesday, April 19

Cakap Salah,Apabila Diam Hati Memberontak!!!Melayu Oh Melayu.

ANUgerah tuhan patut sedar jika melayu berpecah yang untung DAPig


Sepatutnya sebelum pihak-pihak berkenaan membuat tafsiran atau andaian apatah lagi memutar belit fakta, mereka perlu mengkaji terlebih dahulu apa yang dimaksudkan oleh Awang Selamat dalam ruangan berkenaan. Awang Selamat tidak menyatakan BN perlu menolak undi Cina, sebaliknya mencadangkan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu.


Malahan Awang Selamat juga menegaskan, BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina, walaupun senario itu mahu dielakkan. Tetapi malangnya tulisan berkenaan tidak dibaca dalam konteks sebenar, maka wujud pelbagai tafsiran membuta-tuli yang boleh mengusutkan keadaan.


Persoalannya, apakah masyarakat Cina begitu istimewa sehinggakah tiada siapa pun boleh mengupas atau memberikan pandangan terhadap sebarang tindakan mereka?


Tetapi kenapakah apabila Awang Selamat hanya sekadar memberikan pandangan, ia dianggap tindakan perkauman dan perlu dikenakan tindakan.


Bagaimana pula dengan tulisan-tulisan di dalam akhbar-akhbar Cina. Sesiapa juga yang mengikut ruangan 'Dari akhbar Cina' dalam Utusan Malaysia akan mendapati betapa rasisnya sesetengah tulisan sehingga ada antara tulisan itu memperlekehkan usaha kerajaan, menyindir orang Melayu dan memburukkan bekas-bekas pemimpin negara.


Jangan lupa ada sesetengah tulisan memberi pandangan bagaimana kaum Cina bangkit menguasai politik, tetapi orang Melayu tidak marah atau melenting kerana menganggap itu hak penulis berkenaan memberikan pandangan


Sesiapa juga yang mengikuti keputusan berkenaan akan membuat andaian dan cadangan yang sama kerana jelas majoriti masyarakat Cina di Sarawak tidak memihak kepada BN biarpun kerajaan BN sudah melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan taraf hidup mereka, selain memenuhi segala permintaan mereka.


Kejayaan DAP meraih 12 kerusi berbanding enam kerusi pada 2006 menjadi bukti bahawa masyarakat Cina memang tidak menyebelahi BN.


Jika senario ini berterusan, sudah pastilah ia membahayakan BN dalam pilihan raya umum akan datang. BN selama-lamanya tidak boleh menggunakan strategi lama atau bergantung kepada sesuatu kelompok sahaja untuk terus berkuasa.


Ketika itu tidak ada pula orang Melayu menuduh BN mengetepikan mereka kerana memahami itu sebahagian daripada percaturan strategi dalam pilihan raya, tetapi kenapa pula apabila sesuatu pandangan itu berkait dengan kaum Cina ia dianggap rasis?


Justeru janganlah melatah tidak tentu hala sedangkan kalau dikaji sesetengah laporan yang dibuat oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina bukan sahaja 'rasis', malahan cukup menyakitkan hati orang-orang Melayu.


Begitu juga sikap sesetengah portal pro pembangkang yang sering menyiarkan artikel atau kenyataan yang boleh ditafsirkan berbaur perkauman. Namun, tidak ada pula mana-mana pihak yang kononnya anti perkauman menyuarakan pandangan atau membuat desakan kepada Kementerian Dalam Negeri.


Apa pun, rakyat sudah bijak menilai segala yang berlaku termasuklah bagaimana istimewanya layanan kerajaan BN kepada pengundi Cina setiap kali pilihan raya tetapi akhirnya undi mereka entah ke mana.


Sumber Utusan Malaysia.




Mat kilau penang Kata:Orang Melayu mempunyai nilai kesabaran yang tinggi kerana sabar itu adalah separuh dari iman.harus diingat melayu ini ada tahap kesabarnya jika sudah terlalu menekan dan membakar hati setiap orang melayu pasti suatu hari nanti pasti meletus jua api perkauman itu,Jika berlaku tiada siapa yang menang akan tetapi pepatah melayu ada menyatakan biar putih tulang jangan putih mata.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive