Friday, April 29

Akhirnya Eskay Lafaz Sumpah Laknat.

Trio Dato T yang menggemparkan dunia politik Malaysia dengan pendedahan video seks yang dikatakan melibatkan aksi ketua pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Ibni Al-As Bandar Baru Sentul pada jam 4.15 petang tadi.
Walaupun pada awalnya tindakan Trio Dato T ini dihalang keras oleh sekumpulan pemuda yang terdiri daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Trio Dato T bertegas tetap ingin melakukan sumpah laknat di masjid tersebut atas nama kebenaran. Upacara sumpah laknat dimulakan Eskay dengan lafaz dua kalimah syahadah dengan memegang senaskah Al-Quran.
“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:
“Wallahi wabillahi watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011.
“Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku”
Eskay yang ditemani oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik serta bekas Bendahari Perkasa Dato Shuib Lazim memasuki masjid dengan lengkap berpakaian jaket kalis peluru serta diiringi beberapa individu yang dipercayai pengawal peribadi mereka.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive