Friday, April 22

PAS KEDAH:Pakat Semua TAK-TAU.


 Tindakan kerajaan PAS Kedah menolak rayuan Universiti Utara Malaysia (UUM) agar rebat cukai tanahnya disambung menggambarkan sikap sebenar kerajaan negeri itu yang tidak membantu dalam menyumbangkan ilmu kepada rakyat.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata UUM adalah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang memberi manfaat kepada semua rakyat dan kerajaan Kedah seharusnya membantu universiti itu beroperasi dengan cekap.
"Ini merupakan satu ujian kepada kerajaan Kedah (tentang) bagaimana sumbangan dia nak beri ilmu untuk bantu rakyat.
"...kalau kerajaan Kedah tak nak (menyambung pemberian rebat cukai tanah), kita hendak buat macam mana, UUM kena bayar dengan kerajaan Kedah, tetapi kita tahulah sikap dia (kerajaan PAS Kedah),"






Universiti itu sudah membuat rayuan sebanyak lima kali dan terbaru semalam, apabila mereka menghantar surat kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak memohon agar rebat cukai tanah RM100,000 setahun yang berakhir pada Disember 2008 disambung demi kepentingan kedua-dua pihak.
Akibat daripada keengganan kerajaan Kedah melayan kesemua rayuan tersebut, UUM kini terpaksa membayar kadar penuh iaitu RM1.74 juta setahun. UUM sebelum ini menikmati rebat selama dua tahun bermula Januari 2006 yang diberi kerajaan negeri Barisan Nasional ketika itu.
Mohamed Khaled berkata kerajaan pusat telah memberi peruntukan sebanyak RM300 juta setahun kepada UUM untuk membiayai pelbagaiperkara dan berharap agar kerajaan Kedah membantu meringankan beban universiti itu.
"Soalnya sekarang sama ada kerajaan Kedah hendak bagi (rebat cukai tanah) atau tidak. Kalau tidak bagi UUM kena bayarlah, kita bagi peruntukan RM300 juta lebih setahun untuk biaya macam-macam tetapi kita harap sekurang-kurangnya kerajaan Kedah ada bantu, kita tidak minta banyak,"
MKP: kata lepaih nie pakat ramai-ramai tolak PAS yang dok gebang kata "KEDAH       SEJAHTERA SAMBIL RAKYAT MENDERITA"                                             
           

3 comments:

aku said...

macam tu juga lah sikap depa pasai nak antaq balik pelajar negeri Kedah ke Mesir....walhal masa kerajaan persekutuan pi amik macam2 depa cakap....lambat lah....zalim lahh...bla bla bla...

tak pa...sbb 'true color' depa da lama terserlah...tunggu keangkuhan depa tu 'makan diri depa ja'....sbb depapun cuma makhluk ja..

matkilaupenang said...

salam,PAS depa hanya pandai kondem orang tak betul bila diberi mandat untuk mentadbir huru-hara jadinya.salah siapa?patut kita tukar pada PRU 13.

matkilaupenang said...

salam,khairul telah saya pautkan

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive