Tuesday, April 26

DAP:Cauvinis Bakal Disebarkan Pada PRU13.





"TIDAK salah MKP katakan terdapat kempen-kempen berunsur perkauman di seluruh bandar besar di Sarawak khususnya yang dimainkan oleh DAP.


Reaksi itu dilontarkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyifatkan ia cara kempen baru DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 tempoh hari. Dan tidak mustahil 'Sarawak, Jom Ubah' ini akan diperhebatkan oleh parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.



Masalah yang membelenggu SPR ketika ini ialah hampir sebahagian besar sepanduk dan poster yang berunsur perkauman itu - sama ada berupa sindiran, fitnah dan dakyah - bertulisan Cina.


"Sepanduk-sepanduk sebegitu lebih condong kepada pelanggaran Seksyen 4 Akta Pilihan Raya. Tapi ia terlalu banyak di Miri menyebabkan pegawai SPR dan polis tidak boleh berbuat apa-apa... hendak diturunkan terlalu banyak pula. Sama ada soal nak turun atau tidak, mesej yang dibawa oleh sepanduk itu memang boleh mencetuskan kemarahan dan kebencian sesiapa pun,"  


menarik perhatian daripada laporan akhbar memetik kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengenai ungkapan api perkauman 
daripada mulut calon DAP Pending, Violet Yong Wui Wui


"Kalau DAP meniru daripada apa yang mereka lakukan di Sarawak pada pilihan raya umum nanti, tidak mustahil api perkauman akan merebak,"


 jika 'dibaca' dua kali lebih terarah kepada gesaan supaya disingkirkan etnik tertentu daripada memegang tampuk kerusi Ketua Menteri.



"MCA berkata jika mereka kalah pada pilihan raya nanti, parti itu akan keluar BN, adakah ini satu kenyataan yang jujur.
"Kalau ketiga-tiga parti ini benar-benar mahu membantu BN, mereka kenalah bersungguh-sungguh memancing sokongan masyarakat Cina, ia harus dilakukan dengan ikhlas," 



MCA, Gerakan dan SUPP bersatu hati membantu pucuk kepimpinan BN menjelaskan betapa pentingnya trend dan pola pengundian berteraskan 1Malaysia diterjemahkan pada pilihan raya umum, tidak mustahil kerusi-kerusi Cina yang dianggap kini 'terlalu berisiko' boleh diselamatkan.


Yang pasti, DAP akan terus menggunakan apa sahaja taktik dan 'kaedah' dalam misi 'matlamat menghalalkan cara'.


Pada kempen pilihan raya Sarawak tempoh hari, bukan sahaja Abdul Taib diterbalikkan imejnya, malah SUPP turut menjadi 'lebai malang' apabila dilabelkan sebagai orang utan dalam ceramah kempen parti itu. Ini bukan kali pertama DAP menyamakan orang lain dengan binatang.



Pada 9 November tahun lalu, R.S.N. Rayer (DUN DAP Seri Delima) mengeluarkan ungkapan: "Tindak-tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang menggoncang pintu pagar seolah-olah nak meruntuhkan pagar tersebut,".


Demonstrasi diadakan oleh penduduk Balik Pulau pada 2 November berikutan tindakan DAP Pulau Pinang mahu merampas tanah rakyat seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting untuk mendirikan sebuah universiti swasta. Di Sarawak, SUPP lah mangsa DAP.


Pilihan Raya Negeri Sarawak menyerlahkan kebiadapan DAP.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive