Sunday, April 24

OMEGAPHOBIA:Azmin Tentang 1melayu 1bumi


Azmin ali meroyan pasal 1melayu 1bumi diceramah beliau dekat Sungai Tiram,Bayan Lepas semalam.Kenapa takut dengan 1melayu 1bumi adakah beliau takut kepada bayang-bayang sendiri atau melayu akan bersatu dan mengagalkan niat beliau dan ANUgerah tuhan untuk memecah-belahkan melayu tidak akan tercapai.Dengan menyalahkan UMNO dan Utusan Malaysia mengapi-apikan serta menyatakan apa yang cuba ditimbulkan oleh Umno melalui akhbar tersebut akan mengundang prasangka yang parah kerana mempertontonkan keakuan yang melampau.


Adakah Azmin sedar masyarakat cina telah bersatu untuk meneruskan agenda yang tersirat serat tersurat dengan memecah-belahkan Melayu supaya senang DAP masuk daun dan mencelah meneruskan agenda mereka.Kita telah melihat bagaimana PAP di kota singa telah melenyapkan melayu di republik itu hilang segalanya dan kuasa politik apakah kita mahu menjadi seperti itu.sama-sama kita renungkan. 


Atau takut PAS bersatu dengan UMNO berikut kenyataan Datuk Ahmad Maslan:


  KUALA TERENGGANU 22 April – UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk bersama-sama parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu jika Pas bersedia berbuat demikian demi perjuangan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pintu rundingan antara UMNO dengan Pas sentiasa terbuka, malah UMNO kini menunggu dengan tangan terbuka.
“Seperti mana kenyataan pucuk pimpinan parti (UMNO), pintu rundingan UMNO dengan Pas tak pernah ditutup. Apa saja yang berlaku diharap selesai sebaik sahaja kes video (video seks pemimpin pembangkang) selesai.
“Ia umpama terowong yang gelap, (tetapi) di hujung sana ada cahaya perpaduan, kita tunggu dengan gembira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Retreat UMNO Negeri Untuk DUN Kalah di sebuah hotel di sini hari ini.
Beliau mengulas reaksi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini mengenai kesediaan parti itu untuk mengkaji semula kedudukan mereka dalam pembangkang jika hasil siasatan mengesahkan siapa pelakon sebenar dalam video seks membabitkan pemimpin pembangkang.
Ahmad menjelaskan, sekiranya terlaksana kelak (persepakatan UMNO-Pas), ia merupakan langkah terbaik demi kebaikan serta manfaat orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.
Menurutnya, ini kerana, majoriti rakyat yang sentiasa hidup harmoni tanpa sebarang percakaran sesama sendiri dapat membantu mewujudkan semangat perpaduan seterusnya membangunkan ekonomi negara.
Ditanya kemungkinan Pas bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO andainya hasil siasatan mengenai identiti pelaku dalam video seks itu diketahui, beliau tidak menolak kemungkinan itu.
Malah Ahmad turut yakin, suatu hari nanti, Pas akan mengubah pendiriannya untuk bersama-sama UMNO demi perpaduan Melayu dan Islam seperti yang pernah berlaku semasa era kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak Hussein dahulu.
“Kita lihat orang Cina boleh bersatu untuk kebaikan, begitu juga dengan kita orang Melayu dan yang lebih penting adalah perpaduan umat Islam,” ujarnya.

MKP kata Azmin jawab dulu kes  skandal Anugerah tuhan dengan bini hang,lepas tue baru meroyan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive