Sunday, April 24

OMEGATELOQ:PAS takut Pada Kebenaran.



Ada peribahasa ‘Siapa makan cili, dia rasa pedas’, ‘cubit paha kiri, paha kanan sakit juga’ dan ‘berani buat berani tanggung’.

Cukup simple dan mudah maksudnya.Memang sengaja tiga peribahasa ini digunakan bagi menyorot kembali isu video seks babitkan seorang lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah satu Malaysia tahu.

Ketua Pembangkang itu bukan sahaja menafikan dengan alasan perut lelaki yang melanggan pelacur China itu ‘boroi’ tetapi membuat laporan polis terhadap penayangan video itu  oleh Trio Datuk T.

Baguslah tindakan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ada pihak ingat Anwar ‘sudah makan cili’ tetapi dengan laporan tersebut, beliau mahu membuktikan bukan beliau rasa pedasnya.
Akhirnya siasatan polis menjurus kepada perbuatan Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Easkay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim.
Peliknya, apabila Anwar sudah menafikan pembabitkan beliau maka tidak perlulah panglima-panglima PKR ambil peduli pasal siapa lelaki dalam video itu.
Lagipun, lelaki yang melanggan pelacur itu dikatakan tidak boleh didakwa kerana itu bukan kesalahan kecuali perbuatan moral yang memalukan sahaja.
Bagaimanapun, pemimpin AMK buat juga laporan qazaf kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Laporan itu bagi membolehkan siasatan mengikut lunas-lunas agama Islam dengan trio Datuk T perlu mengemukan bukti empat saksi yang melihat lelaki yang mengadakan hubungan seks dalam video itu.
Kesannya Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua AMK Wilayah Persekutuan Mohd Hamdi Mohd Said dan Ketua AMk Cabang Batu Rozen Md Rasip dipanggil memberi keterangan kepada JAWI.
Selain itu, selepas Berita Harian mendedahkan mengenai sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan telah menganalisis serta mengesahkan pelaku dalam video itu sepadan dengan Anwar, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula melatah.

Maka ada yang bertanya kenapa panglima-panglima Anwar berbuat demikian sedangkan  Anwar kata bukan beliau dalam video itu.
Rupa-rupanya ada yang jawab, ‘cubit paha kiri, paha kanan sakit juga’.
Terbaru, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali pula dalam twitternya minta pimpinan pembangkang berhati-hati beri kenyataan kepada media yang dikuasai UMNO.
Wajar buat kenyataan media bertulis elak manipulasi, katanya.
Azmin barangkali respons dengan laporan beberapa media hari ini (Sabtu) terutama Utusan Malaysia yang petik kenyataan Setiausaha PAS, Datuk Mustafa Ali yang kata parti itu akan buat ketetapan baru mengenai hubungan PAS dalam pembangkang selesai siasatan kes video tersebut.

Azmin bertweet tanya, apakah benar Mustafa keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan dan DSAI. Rakyat tuntut penjelasan.

Siapa sebenarnya yang perlu beri penjelasan?

 Mustafa dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS sama ada PAS mahu mengkaji semula hubungan dengan PKR dan pembangkang jika siasatan mendapati lelaki dalam video itu memang Anwar.
Mustafa menjawab tidak mahu membuat andaian tetapi jelas berkata,  PAS hanya akan putuskan soal hubungan parti itu dalam pembangkang selepas keputusan kes babitkan Anwar terutama isu video seks selesai siasatan.
Video penuh semasa Mustapha menjawab soalan itu juga disiarkan dimana beliau ada menyatakan hal berkenaan.
Selain Agendadaily , Utusan, The Star, Berita Harian, Sinar Harian dan Malaysiakini.com turut melaporkan perkara sama.
Peliknya, Mustafa pada Sabtu keluar kenyataan menafikan apa dilaporan tersebut.
Minta maaf lah Datuk, bukan satu media melaporkan tetapi banyak.
Mustahil semua wartawan yang hadir sidang media PAS semalam, silap lapor dan tidak dengar apa Datuk cakap.
Janganlah, ‘berani cakap tak berani tanggung’ jadilah macam trio Datuk T yang berani tanggung akibat ekoran pendedahan tersebut.
Soalnya sejak bila PAS yang gembar gembur satu dunia ia parti Islam takut pada KEBENARAN.
Juga apakah nanti jika benar terbukti secara sahih lelaki dalam video itu adalah Anwar...sanggupkah PAS kata no problem...bisa dimaafkan...kita boleh terima orang yang moralnya begini.
Namun melihat riak PAS yang turut sama tergila-gila nak ke Putrajaya mungkin kelak semua bisa diatur.
Siapa tahu bos-bos PAS boleh keluarkan fatwa baru yang menghalakannya.
Ada yang berkata cuba bayangkan jika kes video itu melibatkan mana-mana pemimpin UMNO.Pasti PAS ,PKR dan DAP yang terkinja-kinja melalak sampai nak pecah langit minta siasatan segera dijalankan untuk kenalpasti aktornya.
Semua rakyat Malaysia sedang melihat sandiwara hipokrit ini.

Ini adalah antara rentetan terkini dapat disorot dalam kes Anwar.

Ketika Anwar menafikan, pemimpin PKR kepanasan dalam menangani isu itu.

Malah, PKR barangkali sudah kecut perut jika apa dimaksudkan Mustafa bahawa PAS akan tentukan semula hubungan dengan pembangkang selepas siasatan selesai jadi kenyataan.

Benarlah, tanpa PAS, PKR mahupun Anwar boleh melupakan niat menawan Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti.

Bagi PAS pula, sama ada Mustafa main silap mata, tetapi sebenarnya dalam parti itu sudah ramai bersungut mahu pernikahan haram PAS,PKR dan DAP dibubarkan.

Bagi orang ramai pula mereka ingin tengok kesudahan isu video seks ini untuk mengetahui siapa makan cili, siapa pahanya sakit dan siapa kena tanggung!

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive