Sunday, April 24

ADUAN BELIA-MAJLIS BELIA MALAYSIA



MatKilau Penang telah mendapat maklumat dari rakan Belia dengan ini maklumat tersebut:


ADUAN BELIA-MAJLIS BELIA MALAYSIA telah menerima satu maklumat dari seorang sahabat FB bernama Zulastry Rahim mengenai penderitaan seorang belia berusia 15 tahun bernama MOHAMAD AIDIL AIZIL BIN MOHAMAD SAZLEE yang berasal dari Kampung Batu 10 , Labu Hilir, Negeri Sembilan yang disahkan mengidap penyakit Ketumbuhan Dalam Otak (Brain Tumor).

Kerana penyakit yang dialami ini, beliau kini hampir buta dan lemah seluruh badan. Beliau baru saja menjalani pembedahan yang hanya mampu mengurangkan kesengsaraanya.

Menurut doktor yang merawat, sahabat belia kita ini perlu menjalani beberapa lagi siri pembedahan yg mungkin boleh menyelamatkan nyawanya.

Ibubapa pesakit ini hanya berkerja sebagai pembantu gerai yg bergaji hari.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda (JKMRM) Majlis Belia Malaysia merayu semua seluruh rkayat Malaysia khususnya rakan-rakan belia di seluruh negara untuk tampil menghulurkan bantuan sewajarnya kepada keluarga ini.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan, sila berhubung terus dengan maklumat di bawah:

Puan Faridah (Ibu)
017-3852610
atau terus melawat ke Wad Neuro HKL (Wad 6B)

Terima kasih.



YANG BENAR,
MOHAMMAD RIZAN HASSAN
SETIAUSAHA-J/KUASA KHIDMAT MASYARAKAT DAN RAKAN MUDA
MAJLIS BELIA MALAYSIA
TEL: +60137733676

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive