Wednesday, April 13

PRN SARAWAK! Pasal Apa Anugerah Tuhan Berang

  
Adalah sesuatu yang aneh, Anwar yang dianugerahkan Tuhan begitu pandai bermain kata-kata tiba-tiba hilang kawalan diri hanya kerana wartawan bertanya soal jam tersebut.

Ia menunjukkan seolah-olah isu jam tangan berkenaan yang dikatakan menjadi petunjuk penting dalam isu video seks melibatkan seorang pemimpin pembangkang benar-benar menghantui Anwar.

Soalnya, kenapakah Anwar begitu marah atau berang apabila ditanya soalan berhubung isu tersebut?. 

Anwar seharusnya tidak berasa takut apatah lagi berdolak-dalik jika benar jam itu ada dalam simpanannya dan kalau pun beliau tidak mahu menjawab soalan yang dikemukakan, kawallah diri kerana bukankah Anwar ingin menjadi Perdana Menteri?

Tindakan Anwar yang berang tidak tentu fasal hanya akan menyebabkan rakyat membuat pelbagai tafsiran terhadap tindak tanduknya.

Anwar sepatutnya faham bahawa rakyat kini sudah bijak menilai. Mereka tidak mudah disogokkan dengan mainan kata-kata, apatah lagi sikap berdolak-dalik.
Isu rakaman video itu dikaitkan dengan beliau. Oleh itu Anwar perlu menanganinya sendiri secara berhemah dan bukannya cuba mengalih pandangan dengan mengaitkan individu-individu lain termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tentu fasal.

Mungkin Anwar semakin merasai tindakannya menyatakan bahawa jam Omega tersebut berada dalam simpanan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kini mula memakan diri.

Anwar dan Wan Azizah ternyata tidak boleh menjawab secara jujur, apatah lagi menunjukkan bukti bahawa jam yang menjadi kontroversi berkenaan ada dalam simpanan mereka.

Apa yang kedua-dua mereka boleh buat sekadar memutar-belitkan kata-kata dan mengalih isu, sedangkan jika menunjukkan jam berkenaan sudah pasti nama Anwar dapat dibersihkan.

Tetapi malangnya, beliau tidak mengambil kesempatan itu, begitu juga Wan Azizah. Malahan mereka juga menolak semua usaha yang bertujuan bagi menunjukkan kebenaran.

Semua ini sudah tentulah menimbulkan persoalan mengenai kaitan Anwar dengan isu video tersebut. Walaupun kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi memandangkan kes itu dalam siasatan polis tetapi tindak-tanduk Anwar menyebabkan orang tertanya-tanya.

Justeru adalah lebih baik Anwar menghentikan tindakannya yang dilihat kebudak-budakkan dalam melayan soalan wartawan. Sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi, Anwar haruslah bersikap matang dan sabar.

Kalau Anwar berada di pihak yang benar tiada apa yang perlu beliau takutkan, tanyalah apa pun soalan sudah pasti segalanya mampu dijawab dengan tenang tetapi Anwar tidak bersikap begitu.

Sebut sahaja jam Omega terus terpancar kemarahan di wajahnya dan mulutnya mula menghamburkan kata-kata yang 'tidak enak didengar'. Apa pun Anwar boleh berbuat apa sahaja yang beliau inginkan tetapi kebenaran akan muncul akhirnya.

Lagi pula Anwar sudah menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan dan kita berharap selepas ini beliau akan menerima hasil siasatan tersebut dengan hati terbuka biarpun jika ia tidak menyebelahi beliau.

1 comment:

Jurhan said...

ya i'badillah..
Adalah 1 hal yg menghairankan juga jika niat dn tujuan sedara menyimpulkan hal DSAI ini dengan qosad ingin menyampaikan kebenaran tp menggunakan pendekatan melalui kaedah menimbulkan keraguan, walhal dari olahan ayat penulisan sedara ini seolah2nya sudah begitu pasti dgn perkara yg telah sedara utarakan..emm..
2. Muqaddimah kisah ini juga telah sedara mulakan dengan 1 sindiran trhadap DSAI di mana ianya secara tdk langsungnya yg sedara sendiri begitu beremosi trhadap DSAI..persoalannya mengapa sedara begitu bremosi trhadap seorg yg bernama Anwar Ibrahim sehingga mendoakan dirinya supaya menjadi anugerah tuhan? bukankah bagus hal itu dn lebih manis jika mengatakan yg Anwar Ibrahim itu merupakan anugerah Allah instead of anugerah 'tuhan'? Tidakkah sedara setuju yg bkn hnya DSAI sebagai anugerah Allah,tp juga sedara sendiri dan kesemua kita kerana telah terang dan nyata jelas Allah sendiri brfirman dlm Quran yg kesemua kita telah Allah anugerahi dgn apa yg dinamakan AKAL.
3. Pendapat dn pndangan saya tentang sindiran itu adalah tidak manis diluahkan dengan ayat sebegitu rupa kerana terdapatnya perbandingan sesama makhluk dengan mengungkapkannya di sisi Maha Pencipta Tuhan sekelian Alam, Allah s.w.t Sindiran yg berbentuk begini kebiasaanya telah digunakan oleh masyarakat jahilliyah arab di zaman Rasulullah di mana mereka sering ingin memperlekeh2kan dan menghina Rasulullah dengan antara jalan nya menyindir2 Rasulullah di sisi Allah.
4.saya harap dn hampir pasti yg sedara juga tidak akn berang dgn pendapat dn pandangan saya ini yg bertujuan sekadar mencatat ulasan di ruangan sedara ini yg masih kosong pada mula saya menulis di sini. kemungkinan boleh kita bertukar2 pendapat dn pndangan trhadap hal politik malaysia. sekian dn sehingga bertemu lg di ruangan yg menarik perhatian saya ini kerana ada nama tok ki kpd tok ki saya di sini. saya merupakan antara cicit kpd Wan Hitam, nenek kpd ibu saya yg Wan Hitam itu juga merupakan salah seorang dari anak kpd Mat Kilau. Bangga saya ramai orang menyanjung dirinya.Wassalam.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive