Saturday, April 16

PRN SARAWAK:Kekecohan tercetus di Dewan Datuk Merpati Jepang




Pusat pembuangan undi di Dewan Datuk Merpati Jepang, Satok di sini kecoh apabila beberapa individu yang mendakwa diri mereka ejen tempat mengundi dipercayai dari pembangkang cuba mencetuskan provokasi. 

Lima individu berkenaan termasuk tiga wanita dan dua lelaki memasuki kawasan tempat mengundi berkenaan kira-kira jam 11 pagi dan mendakwa wujud pengundi hantu di pusat mengundi itu dan cuba menarik perhatian pihak polis.



Depa pakat dok nak balik dah.bilik gerakan Satok.

Bagaimanapun, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusof yang berada berdekatan pusat mengundi meminta pas rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada individu berkenaan, namun mereka hanya menunjukkan kad itu yang tidak disertakan gambar serta gagal mengemukakan borang sumpah kerahsiaan.
Keadaan bertambah kecoh apabila penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan BN enggan keluar dari kawasan 50 meter tempat mengundi walaupun sudah diarahkan oleh polis supaya beredar. 

Ia menyebabkan sepasukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikerah meleraikan keadaan. 

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan calon PKR, Ahmad Nazib Johari 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive