Friday, April 15

PRN SARAWAK! Adakah Ini Taktik OMEGAFOBIA Untuk Mengalih Perhatian.



Datuk Seri Najib menegaskan, pendedahan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bahawa beliau dan Datin Seri Rosmah Mansor tidak ada kaitan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu seharusnya memadamkan kesangsian sesetengah pihak terhadap penafiannya sebelum ini. 

Perdana Menteri yang bersyukur dengan pengakuan Raja Petra berkata, ia membuktikan tuduhan itu didalangi pihak tertentu yang cuba menghalang beliau mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, tiga tahun lalu.



Datuk Seri Najib berkata, beliau sememangnya yakin kebenaran akan muncul dan temu bual TV3 dengan Raja Petra menjadikannya realiti, sekali gus harus memadamkan keraguan sesetengah pihak yang tidak yakin dengan penafiannya, termasuk bersumpah dalam masjid sebelum ini.
“Saya selalu kata kebenaran akan timbul. Lambat laun kebenaran diketahui. Saya bersyukur dengan temu bual itu. Sebenarnya perkara ini sudah disampaikan kepada dia (Raja Petra) sebagai satu perkara yang bertujuan merosakkan saya dan menjadi halangan untuk saya naik sebagai Perdana Menteri. 

“Bagaimanapun, percubaan itu gagal kerana tidak ada kebenaran dan fakta. Ia fitnah sama sekali. Saya bersyukur perkara ini sudah jadi pengetahuan umum dan jika ada sesiapa was-was, temu bual itu akan menghilangkan segala-galanya,”

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive