Saturday, April 30

Soi Lek sanggup undi PKR jika sedia mansuh hak Melayu

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.
“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden  MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.
Bagaimanapun beliau tidak mengatakan sama ada beliau akan secara peribadi menyokong keistimewaan orang Melayu dimansuhkan.
“Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini.
Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka,” kata beliau.
Dalam video bertajuk “Harapan Seharusnya Bersandarkan Realiti-realiti Politik Negara”, bekas menteri kesihatan ini kelihatan mengesyorkan bahawa komuniti Cina seharusnya menerima senario politik semasa  didominasi Umno dan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun katanya, janji-janji Pakatan Rakyat memberi publik satu harapan tetapi itu semua adalah pembohongan.
“Saya mengakui bahawa kata-kata pembangkang menggambarkan keinginan generasi muda sebab mereka mewujudkan satu bentuk harapan.
“Tetapi dalam peredaran masa, rakyat akan melihat ia adalah pembohongan,” katanya.
Dr Chua berkata, harapan mesti bersandarkan pada realiti politik, dengan menekankan ia hanya boleh dipenuhi dengan menyokong MCA dalam lingkungan BN, perikatan yang memerintah.
“Jadi, anda boleh ada harapan anda tetapi harapan perlu bersandarkan realiti politik negara ini,” katanya lagi.
Matkilau Kata;kalau PKR berani sahutlah cabaran.

2 comments:

PASIR READY STOK 2019 said...

CONGRATULATIONS... TAHNIAH.. SYABAS... 1 MALAYSIA....... 1 BAPAK AYAM DAN 1 IBU AYAM.. 1 BLOG BAPAK AYAM SUDAH MUNCUL MAKA AKAN LAHIRLAH BERJUTA2 LAGI BAPAK-BAPAK DAN MAK-MAK AYAM.... SERTA PENGIKUT SETIA MERANGKAP PENYUNDALAN.............

NEGARA LAIN SEBUK MENJADI PENGELUAR BAHAN2 YANG BERMUNAFAAT.
.
TAPI KITA 1 MALAYSIA... MENJADI PENGELUAR TERBAIK BAPAK2 AYAM / MAK2 AYAM / BLOG2 / WEB2 / TV 1/2/3 / METRO SEBAGAI WADAH PENYUNDALAN YANG MENJIJIKAN . WAHAI ........PENGIKUT2 PENYUNDALAN. WALAU TINGGI MANA TARAF PENDIDIKAN. IJAZAH BERGULUNG2, TAPI MANTEL MASIH DILUBANG BONTOT !!! TAKDA MAKNANYA.....

BENCI PADA ORANG LEMBUT LIDAH DARI BIBIR. IA IBARAT API DALAM SEKAM...

matkilaupenang said...

malikul aziz,assalamualikum
masuk rumah orang patut bagi salam
nama cantik macam orang baik2 akan tetapi hati masyallah.fikirkan sendiri.rasanya saya tak payah nak memperjelaskan lagi kepada saudara yang kurang sihat dan cerdik.awat hang jeles kot atau tergugat.saya kesian walaupun tahu pemimpin kaki liwat masih lagi nak jadi barua
salam.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive