Saturday, April 16

PRN SARAWAK:Pantun Yang Sempoi



Suruh budak bawak bendera
Ahli yang tua tak boleh diharap
Kononnya nak membaiki negara
Organisasi sendiri punah tak siap.

Pas ibarat kuda tunggangan
Terperangkap ibarat sardin dalam tin
Kronisme nipotisme ingin dihapuskan
Rupanya bercakap di depan cermin.

Anwar berkempen sampai ke Kukup
Usaha gigih nak bersih nama
100 hari manalah cukup
Idea populis takkan ke mana.

Berpendidikan tinggi tidaklah tolol
Sayang pembangkang fikirannya rancu
Bising mencanang nak hapus tol
Rupanya BN dah mula dahulu.

Karpal menjamu ayam kari
Anwar suka hotdog spageti
Wifi negara 100 hari
Mimpi yang kalut di siang hari.

Wan Azizah menguli bergedil
Digoreng atas kuali berbara
Konon menuntut election yang adil
Election PKR pun caca marba.

BN katanya tiada kecekapan
Pembangkang kononnya tiada kesalahan
ISA kononnya akta drakonian
Dalam fikiran sebenarnya nak teruskan.

BN menjulang semangat Perlembagaan
Pembangkang merakus ibarat pencukur
Royalti minyak konon nak ditinggikan
Petanda umat tak tahu bersyukur.

Pembangkang nak banyakkan peluang kerja
Negeri sendiri pun rosak binasa
Kalau semua nak Suruhanjaya Diraja
Apa kata skandal seks sebagai pemula.

Islam di Malaysia agama rasmi
Masa pembangkang tak tahulah nanti
Rasuah barah yang ingin dibasmi
Rupanya tercalit diri sendiri.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive