Monday, April 11

PEMUDA UMNO PERLU TRANFOMASI.


Adakah Pemuda perlu lakukan tranfomasi yang menyeluruh bagi memperkasakan PEMUDA UMNO.jika teguran membina serta memantapkan lagi PEMUDA UMNO patut dipertimbangkan oleh Pucuk Pimpinan PEMUDA UMNO tidaklah salah jika ibu yang sayangkan anaknya menegur demi kebaikan
Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia Datuk Hamidah Osman berkata Umno perlu meningkatkan peranan dan tanggungjawab Pergerakan Pemuda Umno dalam usaha memastikan kesinambungan parti.
Katanya, pendedahan dan peluang anggota pergerakan itu perlu ketengahkan dan wakil mereka diberi peluang untuk menonjolkan kebolehan serta kemampuan mereka dalam menjalankan pelbagai aktiviti parti.
"Mereka adalah pemangkin kepada kejayaan parti pada masa hadapan. Ini kerana melalui pengalaman yang ditimba ia mampu menjadikan mereka pemimpin yang berwibawa dan disegani. Banyak program yang dijalankan mereka sebelum ini berjaya," katanya kepada pemberita selepas menerima borang kemasukan 268 anggota baru Pemuda Umno Bahagian Gopeng di sini, Ahad.
Hamidah yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, berkata banyak program yang dijalankan parti kini didominasi golongan senior menyebabkan anggota muda berasa terpinggir.
"Keadaan ini boleh menyebabkan Umno kekurangan pemimpin berwibawa di masa depan...negara memerlukan pelapis baru untuk memimpin masa hadapan, justeru itu usaha mendidik harus bermula dari sekarang," katanya.
Beliau berkata peranan Pemuda perlu dipertingkatkan dari sekarang sebagai barisan hadapan parti terutama dalam suasana menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Saya minta semua pemimpin Umno supaya libatkan sayap-sayap parti bukan sahaja Pemuda malahan Puteri dalam apa jua program bagi memberikan mereka pendedahan dan jati diri untuk mengepalai parti di masa depan,"

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive