Saturday, April 9

Janji Roket Naik Kebulan Hingga Mata JIN Terbeliak.



'Jom ubah Sarawak' yang diuar-uarkan pakatan pembangkang kerana ia tidak memberi sebarang jaminan bahawa perubahan itu mampu menjanjikan kebaikan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, pembangkang boleh menjanjikan 'bulan dan matahari' tetapi rekod di beberapa negeri yang diperintah mereka menunjukkan apa yang dijanjikan kepada rakyat tidak pernah tertunai, malah dipenuhi pembohongan.

Sedangkan, kata beliau, Barisan Nasional (BN) tidak pernah menyebut perkataan 'ubah' yang sebenarnya sudah lapuk di mata rakyat.

Sebaliknya, perkataan terkini yang digunakan kerajaan adalah transformasi yang membuktikan banyak pencapaian dari segi kemakmuran dan kestabilan dikecapi rakyat masa ini.

"Kita jangan terpedaya dan mesti berhati-hati bila mana kita menghadapi pilihan raya, kita mesti tahu akan hak kita. Yang mustahaknya, kita mesti tahu siapa mereka (pembangkang).

(Lim) Guan Eng kata Pulau Pinang kini negeri contoh, tapi contoh yang bagaimana... nak berniaga pun susah. Mungkin dia popular di kalangan orang Cina, tetapi (realitinya secara umum) kita mestilah juga popular di kalangan orang Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban, 
Bidayuh dan semuanya," kata beliau.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, banyak contoh yang dijanjikan pembangkang semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008 tidak pernah pun ditunaikan mereka.

Antaranya, janji untuk memberi wang sebanyak RM1,000 kepada anak yang masuk universiti, cuti 90 hari bersalin bergaji, manakala suami yang juga kakitangan kerajaan negeri akan diberi cuti selama 14 hari serta bantuan RM50 untuk pendidikan prasekolah.

"Tapi semuanya bohong, bohong dan bohong,.. tak ada pun.., kosong!. Ini semua tawaran-tawaran yang mereka tidak akan mampu laksanakan jika memerintah.

"Dia nak ubah sebab nak ambil kuasa sahaja sebab itu mahu tumbangkan kerajaan. Sebab itu, BN mahukan mandat baru memerintah untuk meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemajuan Sarawak. Kita tidak memaksa, tetapi kita yakin rakyat Sarawak akan membuat keputusan yang tepat," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive