Sunday, January 27

NASHA TIDAK MELATAH DENGAN PROVOKASI GAMPANG PAS.......?


Walaupun dihentam pelbagai pihak berikutan penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri ke Gaza namun bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa tidak melatah.

Beliau menegaskan tidak akan melayan sebarang tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh sesetangah pihak khususnya di dalam PAS.

Sambil menyifatkan tindakan kelompok yang berbuat demikian sebagai tidak berasas, Nasharudin berkata, lawatan itu tidak ada kena mengena dengan parti dan ia dibuat atas dasar beliau sebagai seorang Islam yang prihatin kepada nasib orang Islam lain.

"Serangan dan tohmahan yang dilakukan ke atas saya, semuanya tidak berasas serta dibuat dalam bentuk andaian. Ia dilakukan atas sebab ketidakyakinan yang boleh mendatangkan dosa," katanya.

Nasharudin berkata demikian mengulas tindakan pelbagai pihak pro pembangkang khusus di dalam PAS yang mengecam Ahli Parlimen Bachok itu kerana menyertai rombongan Perdana Menteri ke Gaza.

Ini merupakan kali kedua Nasharudin menerima nasib sedemikian apabila kali pertama turut dikecam oleh penyokong PAS dan pembangkang kerana menyertai rombongan Najib ke Mekah pada Ramadan tahun lalu.

Menurutnya, lawatan Perdana Menteri itu sama sekali tiada kaitan dengan politik sebaliknya berasaskan kepada semangat keprihatinan yang tinggi terhadap nasib rakyat Palestin.

Beliau juga menegaskan tidak akan memberi penjelasan kepada kepimpinan PAS berhubung penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri tersebut.

"Waktu saya menyertai rombongan Perdana Menteri ke Mekah dulu, saya tidak diminta untuk memberi penjelasan oleh parti kerana ramai kepimpinan PAS yang faham. Begitulah juga dengan lawatan ini, saya berpendapat tidak perlu saya memberikan penjelasan. Ramai pemimpin dan ahli PAS yang menyatakan sokongan, dokongan dan ucap tahniah ke atas kehadiran saya dalam rombongan ini.

"Bagi saya kalau hendak tuduh, tuduhlah, itu hak mereka, hak saya adalah untuk maju ke depan. Saya ingin memberi sumbangan semaksimum mungkin bagi membantu saudara seagama dan saya sandarkan penglibatan saya ini atas kehendak agama dan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim," katanya.

ANWAR JANGAN MAIN WAYANG STOR KUNYIT JAWAB AJELAH........SETUJU ATAU TIDAK......?


Persoalan lebih penting dijawab oleh Anwar ialah apakah pendirian sebenar beliau terhadap keputusan Dewan Ulama PAS itu. Setuju atau tidak ?
 
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sanggup dan secara ikhlas memperbetulkan pendiriannya dalam isu ini. Malah beliau sendiri mempengerusikan mesyuarat syura yang lalu.
 
Jika bersetuju mengapa sebagai pengerusi Majlis Presiden Pakatan Rakyat, Anwar tidak dengan secara ikhlas pula berusaha untuk memanggil mesyuarat khas bagi membincangkan kembali isu ini ?
 
Lebih-lebih lagi jika beliau benar ikhlas mengatakan menghormati keputusan Majlis Syura PAS, sudah tentu beliau faham bahawa inisiatif sebegitu adalah tanggungjawab pengerusi.
 
Bukankah Anwar orangnya yang memanggil mesyuarat majlis berkenaan pada 8 Januari lalu ? Ketika itu adalah jelas motif Anwar ialah untuk mempertegas pendirian Pakatan Rakyat yang diambil pada 2010 berhubung isu ini.
 
Namun apa yang tidak diduga oleh Anwar ialah Dewan Syura Ulama mempunyai iltizam dan istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Isu kalimah Allah ini dikupas menurut realiti atau waqi’ masyarakat majmuk Malaysia hari ini.
 
Undi Kristian Sabah Sarawak diidam PR. 
 
Kini apabila nyata PAS mempunyai keberanian politik dan pendirian yang syarie, Anwar khuatir ini akan menggencatkan skim politiknya sendiri. Sebelum ini Anwar melihat isu kalimah Allah boleh melonjakkan kedudukannya sebagai wira yang memperjuangkan kepentingan rakyat Kristian Malaysia, terutama di Sabah dan Sarawak.
 
Sebab itu, Anwar segera memberikan reaksi pada gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya kerajaan mengizinkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.
 
Ini kerana, menurut analisis Anwar sendiri, pada pilihan raya umum ke-12, lima tahun lalu, gabungan DAP, PKR dan PAS sudah berjaya mengatasi majoriti kerusi Umno-BN di Semenanjung. Namun ia gagal meyakinkan pengundi di Sabah dan Sarawak hingga menyebabkan ia gagal menawan Putrajaya.
 
Maka naluri politik Anwar mengatakan jika beliau dapat menghangatkan impian penganut Kristian berhubung isu kalimah Allah, pasti peluang diterima sebagai jaguh pengundi Kristian Sabah dan Sarawak akan mendorong mereka memberi undi kepada Pakatan Rakyat.
 
Lantas keputusan Dewan Ulama PAS yang bertentangan dengan strategi ini dianggap sebagai “kacau daun”. Sebab itu, baginya cuma Umno sahaja yang layak melaksanakan keputusan dewan tertinggi PAS (walaupun ia dilakukan dengan tujuan menyindir)!
 
Maka persoalannya ialah, pada pandangan Anwar apakah sebenarnya nilai pendirian Ulama PAS ? Islami atau tidak ? Lebih tepat lagi ialah adakah keputusan itu betul atau tidak ? Anwar tidak patut berhujah secara retorik kononnya beliau tidak pernah mengatakan beliau menolak keputusan Dewan Ulama PAS itu.
 
Lebih buruk lagi ialah perangai Anwar yang cuba melempiaskan “kekecewaan” kepada media yang dituduhnya sebagai alat Umno BN yang cuba memfitnahnya. Fitnah apakah namanya jika beliau sendiri tidak menjawab persoalan asas -- adakah beliau bersetuju dengan pendirian ulama PAS ?
 
Anwar mahu Hadi buat pembetulan ? 
 
Kini yang jelas ialah Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Awang yang cuba “ditekan” oleh Anwar. Ketua Pembangkang itu seolah-olah mengatakan bahawa Hadi yang patut membuat pembetulan jika pendirian PAS benar- benar sudah berubah. Bagi Anwar itu adalah prosedur.
 
Persoalannya, ke manakah perginya jatidiri Anwar sebagai pemimpin Islam suatu ketika dahulu ? Jika beliau menghormati ulama, mengapa Hadi yang perlu “ditekan” dan diletakkan dalam keadaan serba salah kerana tidak ikut prosedur ?
 
Anwar tahu apakah akibatnya jika Hadi tidak melaksanakan keputusan Dewan Ulama Syura. Di segi politik Anwar seolah-olah mahu Hadi bersikap “malu-alah” kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Ia sebagai satu cabaran supaya Hadi bersikap tegas.
 
Maka jika Hadi memilih untuk kekal dengan pendirian 8 Januari, tentu ia akan mencetuskan ketidaksenangan di kalangan ulama. Kedudukan Hadi tentu tergugat sebagai Presiden PAS.
 
Sebaliknya, jika Hadi akur kepada keputusan ulama, tentu penyokong- penyokong Anwar dalam saf kepimpinan PAS sekarang ini akan tidak senang pula dengan Hadi. Jika itu berlaku, kedudukan Hadi juga kurang selamat.
 
Apakah Anwar sendiri sebenarnya kurang senang jika Hadi terus menjadi presiden PAS ? Adakah pemikiran Hadi tidak secocok dengan laras politik Pakatan Rakyat ?
 
Anwar lebih senang “menawarkan” Umno mengambil berat keputusan ulama PAS daripada menyatakan pendiriannya sendiri terhadap cara dan corak kepemimpinan PAS yang mahu mewakili kepentingan Islam di Negara ini.
 
Sebenarnya, siapakah yang menggunakan isu agama, tidak kira Islam mahupun Kristian untuk kepentingan politik ?
Komen

Saturday, January 26

SAH KETA NIE MILIK PEMIMPIN PAS.................

      
 Fuh dasyat beb sampai macam nie punya kaya anak pemimpin pas perlis nie.Memang zuhud tahap gila babi punya.Kalaulah orang UMNO yang pakai benda macam nie dah tentu pelbagai tomahan yang dicakap oleh pihak PAS

Bagilah alasan macam mana pun kata keta nie anak yang punya dan pakai AP semasa memegang jawatan pun rasanya golongan marhean akar umbi tak boleh terima.Lepas tue pemimpin pas bila buat ceramah yak payah kutip derma macam peminta sedekah pada orang kampung.Minta aje pada pemimpin yang kaya nie.

Bayangkan pakcik dan makcik yang menoreh getah atau bersawah padi berapakah pendapatan mereka? tue pun PAS nie jenis muka tak malu bukan nak memberi tapi merompak pula cara halus.Walaupun sumbangan pakcik dan makcik nie cuma 5ringgit tapi besar buat mereka.Boleh beli beras 2-3kilo buat seisi keluarga.

Tapi pemimpin PAS boleh pakai Porshe Cayeen pulak.Memang dasar muka tempek kulit babi der.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive