RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
Tuesday, December 22
Parkir Bukan Milik @RapidKL, Tren Beroperasi Seperti Biasa
Prasarana menafikan kejadian kebakaran memusnahkan enam buah kereta berlaku di kawasan milik Stesen LRT Taman Jaya.
Ia sebenarnya berlaku di kawasan letak kereta bersebelahan dan ia bukan dikendalikan Rapid KL.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.
Prasarana juga memaklumkan kejadian itu tidak memberi kesan kepada operasi tren dan ia berjalan seperti biasa.
Sementara itu, kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ia ada kaitan dengan perbuatan khianat ada kebenarannya kerana kebakaran itu melibatkan kebakaran enam kereta sekaligus dalam masa yang sama.
Tuesday, December 15
@dyanasmd BOLEH JADI LAYAR BURUK BuKANYA PEGUAM....
Sebab tue DAP mendidik Dyana Sofya kerana senang diperkotak-katikkan. Tak faham maksud sebenar PEKARA 11 PELEMBAGAAN PERSEKUTUAN....
Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak —
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.
Dyana dan Pastor David boleh baca petikan Perkara 11 (1) hinggalah ke Perkara 11 (5) sebagaimana di atas. Sekiranya tidak faham, sila bertanya pada pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari yang kini telah mendaftar sebagai ahli DAP. Penulis yakin dia boleh jelaskan sejelas-jelasnya.
Cuba penulis tegaskan di sini bahawa penyebaran agama lain selain dari agama Islam di semenanjung Malaysia adalah dilarang merujuk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan di atas. Di Sabah dan Sarawak tidak mengapa, tapi tidak boleh di Semenanjung Malaysia, faham?
Justeru itu, tidak perlulah dipertikai, dipersoal atau tersinggung hati dengan penganjuran seminar seumpama itu kerana ia adalah bertepatan dengan semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan sekiranya benar wujud penyebaran agama Kristian terhadap umat Islam di semenanjung Malaysia.
Pada pandangan penulis, tidak perlulah bermain api dengan mencetus perkara yang mampu menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang agama di negara kita. Kita hanya perlu faham tentang peruntukan Perlembagaan Persekutuan tersebut dan ikut saja ketetapan sebagaimana yang termaktub, kan?
Sehingga kini semua penganut agama di Malaysia hidup dalam keadaan aman damai tanpa sebarang sekatan mengamalkan agama masing-masing. Cuma fahamilah tentang ketetapan Perlembagaan Persekutuan itu kerana ia adalah menjadi satu kesalahan jika kita melanggar batas-batas yang telah ditetapkan. Harap Dyana dan Pastor David faham dan jelas…
Friday, December 11
NASIHAT BERANI MATI.....
Setiap tahun wakil yang sama memberikan ucapan di Perhimpunan Agong UMNO. Mana tidaknya setiap kali membuka mulut sudah pasti ada yang kena atau terkena. Gelaran Harimau Pulau Pinang memang layak diberikan pada Datuk Musa Sheik Fadzil ini.
Ketua UMNO bahagian Bukit Mertajam yang MKP kenal ini mudah didekati senang dibawa berbincang. MKP suka cara serta gayanya memberikan teguran pada pucuk pimpinan yang berada diatas pentas semasa PAU 2015.
Jangan hanya pandai bercakap semasa perhimpunan Agong UMNO sahaja tolong jaga Ahli UMNO di Pulau Pinang sama. Hebat bercakap tak semestinya semua janji dikotakan...
Beliau juga mencetuskan suasana gamat dalam Dewan Merdeka,PWTC bila beraksi macam seorang pengarah...mengarahkan para perwakilan serta barisan pimpinan UMNO diatas pentas bangun dan bersetuju dengan saranannya.
Musa meminta para perwakilan bangun dan berikar tanda setia, bekerja kuat dalam satu pasukan menjelang PRU-14 dan seterusnya menyokong Presiden UMNO dan kepimpinan parti.
Kemudiannya meminta pula ahli Majlis Tertinggi termasuk Najib yang berada di pentas utama bangun sebagai tanda bersetuju untuk merapatkan kembali barisan dan menghentikan sengketa.
Musa dengan nada tegas mendesak Dr Mahathir memberhentikan tindakan beliau mengaibkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya tindakan itu bermakna mantan Perdana Menteri tersebut turut mengaibkan dan memalukan pemimpin serta ahli-ahli UMNO yang lain.
Baginya adalah perkara biasa setiap pemimpin mempunyai kelemahan dan ia seharusnya dibincangkan dengan cara yang lebih baik supaya rakyat tidak memandang negatif terhadap Presiden parti.
"Tun, (setiap) menteri semua ada kelemahan, saya merayu, kami semua merayu sungguh-sungguh, hentikan roadshow, hentikan apa sahaja memburukkan Presiden, duduk diam-diam, kalau geram sangat tak payah cakap," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di perhimpunan itu.
Perbahasan ucapan dasar Presiden ini dikira paling mencuri perhatian kerana ia akan berkisar kepada isu-isu semasa parti dan kerajaan.
"Kami pun sayangkan Tun, kalau nyamuk gigit Tun, kami sanggup tampar nyamuk biar bagi hancur, ini Tun mengata Presiden, (bermakna) Tun mengata dekat kami juga, Tun hina Presiden, Tun hina kami juga," katanya.
Menurut Musa, setiap persoalan yang dibangkitkan Dr Mahathir perlu diselesaikan dengan Presiden sendiri.
"Tun dulu ada masalah juga, buat macam-macam, buat tol, kita tak setuju pun tapi kita tak kata apa pun, sebab kita dah setuju untuk selesaikan sama-sama.
"Kalau ada masalah, pergi dalam bilik, bertumbuklah dua orang. tapi jangan aib Presiden kita, mari sini tolong kami, kita aturkan, jangan balun Presiden, kami tak boleh tahan," tambahnya.
Dalam masa sama, beliau turut menggesa supaya Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berhenti daripada terus mempersoal isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.
Ini kerana, tugas mencari dana politik adalah peranan utama seorang Presiden dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan banyak pihak.
"Tak payah pertikai mana dia nak dapat duit, dia nak ambil duit dekat dunia mana pun biarkan, janji dia jaga kita, tak payah cerita 1MDB atau RM2.6 bilion lagi, cemuih dengar..Presiden cari duit, kita nak pertikai pasal apa?
"Jadi Timbalan Presiden jangan ada roadshow, (kalau nak buat) datang sini ke negeri (Pulau Pinang, jangan cakap soal Presiden, tapi cakap pasal nak perkasakan UMNO.
"Kalau cakap lagi nak balun Presiden, kita boleh 10 kali balun lebih dari itu, jangan biar kami buat keputusan minta diadakan Mesyuarat Khas," tegasnya.
Jelas beliau, sepatutnya semua pemimpin UMNO perlu bersatu membantu Presiden dalam memperkasakan parti dan memikirkan strategi utama untuk memenangi Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.
"Tolong Presiden duduk satu nakhoda, biar Presiden buat keputusan, yang lain ikut, jangan jadi batu api, jaga sama aib orang keliling kita," ulasnya.
Dalam ucapan itu juga, beliau turut meminta Presiden, Timbalan dan Naib Presiden bersatu kembali dan mencari titik perpaduan demi parti keramat UMNO.
"Kami menggesa bila Presiden buat ucapan penangguhan, Timbalan dan Naib-Naib Presiden bersatu kembali, berbaik-baik semula.
"Kita nak semua ni berpeluk nanti, tak nak lagi mereka bergaduh, kembalikan kesatuan untuk perkasakan UMNO, kalau tidak yang bawah ini ganti tempat atas, kami ambil alih pimpin UMNO baik-baik," ujarnya lagi sambil mendapat tepukan gemuruh daripada semua perwakilan.
Saturday, December 5
Tun Mahadir Hadir Pada #PAU2015 Bukti UMNO Milik Ahlinya.....
Bagaimanapun risiko terbesar Najib pada perhimpunan itu adalah dimalukan dengan perkara remeh seperti diejek dan disampuk oleh hadirin. Dari sudut politik, beliau langsung tidak tergugat.
Najib telah menafikan sebarang salah laku dalam menerima wang, pada 2013, atau membuat apa-apa untuk kepentingan peribadi.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mengesahkan bahawa wang berkenaan adalah daripada penderma dan tidak, seperti yang didakwa, disalurkan daripada dana pelaburan 1MDB, di mana Najib adalah pengerusi lembaga pengarahnya.
Jadi perdana menteri tidak berdepan sebarang ancaman undang-undang yang serius.
Selain daripada beberapa orang yang tidak senang, terutama Dr Mahathir, UMNO berada di belakangnya. Jahabar Sadiq, yang menguruskan sebuah laman web, Malaysian Insider, menyifatkan Najib sebagai sudah "mengalahkan tuannya" (Dr Mahathir) dan ``belayar dengan megah ibarat sampan''.
Amaran buruk daripada Dr Mahathir bahawa UMNO akan berdepan dengan azab pada pilihan raya akan datang, yang dijadualkan 2018, adalah umpama bebelan lemah daripada orang yang tidak puas hati.
Ini adalah sebahagian daripada penghormatan kepada kemahiran Najib bermain politik mengikut cara Malaysia. Dan tidak ada saingan dalam UMNO. Berdasarkan bayangan tidak seorang pun nampaknya mungkin lebih baik dalam pilihan raya selain Najib. Bagi pembangkang, ia kini dalam keadaan kucar-kacir.
Obama disekat. Beliau dan Najib membina hubungan yang baik. Mereka bermain golf di Hawaii pada Krismas lepas. Najib adalah seorang yang sopan santun, menarik dan memainkan peranan untuk kekuatan Malaysia. Ia adalah benteng Islam yang sederhana, sekutu penting menentang ekstremis.
Perdana menteri juga diterima dengan baik oleh China, yang mana salah satu syarikat milik negara itu bersetuju untuk membeli beberapa aset 1MDB.
Malaysia melalui tahun ini dengan jayanya dan yang baru berakhir, sebagai pengerusi Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara serta tuan rumah pelbagai sidang kemuncak.
Jadi di dalam dan luar negara, ramai yang mempunyai sebab untuk berasa gembira dengan keupayaan Najib dalam berdepan dengan kritikan. Dan dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5% setahun, beliau dijangka dapat menghadapi keadaan matawang yang lemah serta rungutan terhadap kenaikan harga.
Najib meletakkan dirinya sebagai pertahanan kepada majoriti Melayu-Islam dan perlindungan terbaik untuk minoriti Cina serta India terhadap politik Melayu yang dominan. Beliau mahir dalam mengimbangi sesuatu tindakannya. - The Economist
Friday, December 4
JADILAH #PenggunaBijak KADAR PENYELARASAN HARGA #RapidKL TIDAK MEMBEBANKAN PENGGUNA.
Carta diatas membuatkan Netizen merungut serta resah gelisah mengenai penyelarasan harga tambang baru yang telah dibuat oleh RapidKL. Namun ianya tersalah fakta mengenai harga tambang tersebut. Fakta yang betul adalah seperti berikut
Harga sebelum RM 3.50
Harga baru RM 5.80
Perbezaan RM 2.30
Bulatan biru adalah kawasan Medan Tuanku. Bulatan merah 1 stesen Monorel Medan Tuanku
dan bulatan merah stesen LRT Sultan Ismail.
Sebagai pemerhati yang prihatin, saya mencadangkan kepada pengguna tersebut supaya menaiki LRT daripada stesen Sultan Ismail yang terletak kira² 500 meter daripada kawasan Medan Tuanku dengan menggunakan jejantas yang disediakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk keselesaan dan keselamatan pengguna khususnya.
Dengan menggunakan satu perkhidmatan tren, pengguna dapat mengurangkan perbelanjaan tambang. Lihat di bawah contoh harga yang telah ditetapkan dan perbezaannya yang anda boleh kira sendiri. Sekiranya anda adalah pengguna regular perkhidmatan tren RapidKL, adalah lebih baik anda menggunapakai pakej Smart 7 atau Smart 30 yang membantu anda mengurangkan sedikit perbelanjaan.
Wednesday, November 25
BANGUN AWAL ELAK TOL, MALAYSIAKINI BAKAL DISAMAN RAHMAN DAHLAN
Pening dgn netizen sekarang yg suka sangat spin berita. Inilah pengakhiran dunia bila fitnah berleluasa. Etika kewartawanan tidak lagi diambil kira asal sahaja berita menjadi cerita. Bila dah tak suka bercakap apa pun tidak diterima biarlah berperang dan telanjang di medan cyber.
Headlines, tajuk berita, by line , trending keutamaan utama, kesahihan berita dan sumber bukan perkara pertama.
Apa yang dikata hanyalah nasihat semata-mata "alternatif dan invest masa - Nak sensasi cerita Bangun Awal berita dijaja'
Berikut adalah kata-kata dari YB Menteri kepada pemberita -
"Ada jalan alternatif dari point A kepada point B. Di mana kita letakkan tol kita mempunyai jalan alternatif.di lembah kelang tanpa melalui tol.
Cumanya bila kita .tidak melalui tol, ianya akan memakan masa dan mungkin terlampau bnyk traffic jem dan traffic light. Jadi dari segi itu kita kena "invest" masa kalau.tak nak bayar tol kita kena invest masa untuk sampai ke destinasi kita.
Mungkin 15 minit lebih awal atau 20minit lebih awal kita kena bangun masuk dlm kereta dan memulakan perjalanan. So its about "trade off" Tol ini adalah sebahagian dari cara kita untuk memendekan perjalanan kita"
1. Dewasa ini, telah timbul fenomena di kalangan segelintir media online yang lebih cenderung meletak tajuk berita sensasi dan laporan yang diambil luar daripada konteks sebenar.
2. Fenomena ini menyebabkan banyak pihak terpaksa meluangkan masa yang banyak untuk menjawab dan memperbetulkan laporan portal media online yang mengelirukan pembaca.
3. Saya sedia maklum dalam era yang dipacu kepantasan internet, masyarakat menuntut agar berita disiarkan dengan kadar segera. Situasi ini telah mendorong sesetengah (bukan semua) portal media online menjadi lebih tergesa-gesa dalam menyiarkan laporan mereka.
4. Sebagai contoh, semasa sidang media saya di Hari Perancang Bandar Sedunia di JW Marriot, 3 November lepas, saya telah menyentuh tentang bagaimana untuk menjadikan sesebuah bandar itu agar lebih bingkas (resilient) dalam menghadapi tekanan sosial dan ekonomi termasuk bencana yang mungkin menimpa bandar tersebut.
5. Saya juga bercakap tentang tekanan yang dihadapi oleh bandar-bandar seluruh dunia alaf ini, seperti pencemaran alam, pengangkutan awam, kos sara hidup, perumahan mampu milik dan tahap keselamatan makanan (food security) semasa bencana.
6. Berdasarkan huraian saya diatas, saya ditanya oleh wartawan-wartawan yang hadir tentang dua perkara, yang pertama tentang kenaikkan kadar tol lebuhraya dan yang keduanya tentang migrasi penduduk dari kawasan bandar ke kampung akibat kos sara hidup yang tinggi di bandar.
7. Sebagai penjelasan, lazimnya saya tidak menjawab soalan-soalan yang tiada kena-mengena dengan kementerian saya, tetapi memandangkan isu kenaikkan tol dan isu migrasi penduduk dari kawasan bandar ke kampung akibat kos sara hidup yang tinggi di bandar adalah isu nasional maka saya mengambil pendekatan untuk menjawab isu tersebut.
8. Dalam jawapan saya bagi isu kenaikkan tol, saya telah menekankan bahawa di mana ada jalan bertol sudah pastilah ada jalan alternatif tanpa tol. Sekiranya kita mengambil jalan alternatif, kita mungkin akan berhadapan dengan kelewatan berpunca daripada kesesakan lalu lintas dan lampu isyarat. Oleh yang sedemikian, kita terpaksa melaburkan lebih banyak masa untuk sampai ke destinasi pilihan.
9. Dalam jawapan yang sama, saya juga menegaskan bahawa ini adalah satu bentuk “trade off” atau timbal balas kerana lebuhraya dan jalan bertol adalah sebahagian daripada cara kita untuk memendekkan perjalanan.
10. Tetapi malangnya, jawapan saya semasa sidang media tersebut telah disalah erti menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa saya menggesa mereka yang enggan membayar tol supaya bangun awal.
11. Ekoran daripada itu, saya telah terdedah kepada kemarahan dan caci maki orang ramai, terutamanya warga netizen.
12. Dalam jawapan saya, saya tidak pernah mencadangkan apatah lagi menggesa orang ramai supaya bangun awal untuk mengelak dari membayar tol. Saya hanya memanjangkan pendapat bahawa di mana ada laluan bertol pastilah ada jalan alternatif tanpa tol.
13. Selanjutnya saya menggambarkan sekiranya sesiapa memilih laluan tanpa tol, mungkin mereka akan berhadapan dengan kesesakan lalu lintas dan lampu isyarat. Oleh yang sedemikian, sekiranya kita memilih jalan alternatif tersebut kita mungkin perlu melaburkan lebih banyak masa, termasuk kemungkinan perlu bangun awal atau bangun pada masa biasa tetapi memulakan perjalanan lebih awal.
14. Manakala dalam isu kenyataan “balik kampung” yang timbul dalam sidang media yang sama, saya telah ditanya tentang soal kenaikkan kos sara hidup yang akan mendorong penduduk kota untuk pulang ke kampung.
15. Terhadap soalan tersebut, saya telah menjawab bahawa saya percaya bahawa konsep “reverse migration”dari bandar ke luar bandar boleh mengurangkan tekanan kepada sistem perbandaran. Saya telah melontarkan komentar bahawa proses migrasi dari luar bandar ke bandar yang terlampau cepat di negara kita telah menekan sistem perbandaran seperti perumahan, pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dalam sebuah bandar tersebut. Perkara-perkara ini sebenarnya adalah asas perbicangan persidangan Hari Perancang Bandar yang diraikan pada hari itu.
16. Seantero dunia, rata-rata kerajaan menyokong konsep reverse migration atau sekurang-kurangnya berusaha untuk melambatkan proses migrasi bandar untuk mengurangkan tekananseperti pencemaran alam, kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam, kos sara hidup dan pengganguran dalam bandar.
17. Saya juga menegaskan bahawa kehidupan di kampung bukan lagi seperti dulu, hampir semua kampung-kampung di negara ini sudah lama menikmati kemudahan asas yang lengkap.
18. Malangnya, Malaysiakini memilih untuk memuatnaik sebuah video Voxpop yang menanyakan pendapat orang ramai berhubung kenyataan saya yang telah diedit tentang “reverse migration” tanpa memberi konteks sebenar jawapan saya.Kenya tahan tidak lengkap ini memberi gambaran seolah-olah saya tidak sensitif dan memperlekehkan warga kota sehinggakan ianya menjadi satu bahan jenaka dalam media sosial untuk menghina saya.
19. Hakikatnya, dalam sidang media itu, bukan sahaja saya menyeru agar mereka yang ingin berhijrah kembali ke kampung untuk bercucuk tanam, saya juga telah menyeru penduduk yang tinggal di bandar untuk mengamalkan konsep kebun komuniti (community gardening). Idea community gardening bukan baru malahan sudah dipelopori di seluruh dunia. Ia juga adalah salah satu teras utama yang akan menaikkan daya tahan (sustainability) kehidupan di kota.
20. Malaysiakini juga dengan sengaja tidak melaporkan gesaan saya agar pemaju perumahan di bandar dapat menyediakan satu kawasan di beranda dalam unit-unit pangsapuri supaya warga kota dapat mengamalkan konsep menanam sayur-sayuran seperti cili.
21. Ekoran dari video Voxpop itu, saya sekali lagi telah menjadi mangsa tohmahan orang ramai yang tidak mendapat maklumat lengkap dari Malaysiakini.
22. Walaupun media online sangat dekat di hati saya, tapi apa yang dilakukan oleh Malaysiakini sudah melampaui batas kewarasan etika kewartawanan dan merosakkan reputasi saya.
23. Saya bersetuju bahawa,media, termasuk portal berita online, adalah satu institusi check and balance. Mereka bertanggungjawab untuk melaporkan berita secara telus. Mereka boleh mengkritik, namun kritikan mereka haruslah bersifat konstruktif demi kebaikan bersama.
24. Sidang media hari ini bertujuan untuk memperbetulkan sebarang salah faham berkenaan dengan kenyataan media saya dan membersih nama baik saya.
25. Maka dengan itu, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini. Biarlah tindakan saya ini menjadi satu peringatan bahawa media online perlu bersifat lebih profesional, tidak mengkompromi fakta dan tidak bertujuan menghina. Sesungguhnya saya percaya media online mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai salah satu daripada ejen pemangkin yang penting dalam mendokong evolusi negara bangsa.
26. Akhir sekali, walaupun tindakan undang-undang ini adalah terhadap Malaysiakini, saya juga mengekalkan hak saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal-portal berita online lain yang telah mencemarkan reputasi saya.
Dato' Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan
November 25, 2015
Thursday, November 19
@CmLimGuanEng Menipu Isu Pemecatan Ahli PAS?
Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang menipu orang ramai apabila mendakwa seramai 300 ahli PAS yang memegang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri itu telah dipecat sepanjang bulan lalu.
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang (BPPPP), Mohd. Yusni Mat Piah sebaliknya berkata, ahli PAS terbabit tidak dipecat tetapi mereka yang meletakkan jawatan masing-masing.
Menurutnya, peletakan jawatan itu kerana PAS tidak lagi bekerjasama dengan parti DAP yang kini membentuk Pakatan Harapan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).
Justeru, beliau menggesa Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang dikuasai DAP tidak berbohong kepada rakyat kononnya 300 JKKK dalam kalangan ahli dan pemimpin PAS telah dipecat sepanjang Oktober lalu.
“Jika tidak diserahkan surat pemecatan, kenapa sanggup berbohong bahawa semua 300 JKKK itu telah dipecat? Malah, pihak kerajaan negeri ‘segan silu’ menafikan tindakan meletak jawatan oleh JKKK daripada kalangan ahli dan pemimpin PAS.
“Kenapa hanya 300 JKKK sahaja dimaklumkan sebagai dipecat, sedangkan rekod sebenar menunjukkan 1,083 ahli PAS Negeri yang berkhidmat dan terlibat dengan JKKK. Kenapa 783 orang lagi dibiarkan?? Adakah disembunyikan kuota PKR dan DAP?”
Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini memaklumkan ahli PAS terbabit tidak boleh mendakwa mereka yang meletakkan jawatan daripada kerajaan negeri kerana mereka telah pun dipecat sebelum ini.
Kenyataan Guan Eng itu dipercayai bagi menjaga reputasi pimpinan kerajaan DAP dalam kalangan masyarakat terutama kaum Melayu di negeri itu.
Mohd. Yusni menjelaskan, BPPPP telah mengambil keputusan lebih awal untuk tidak lagi bersama-sama di dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di semua peringkat selepas Pulau Pinang kini dikuasai Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat.
Justeru, tegasnya, kenyataan kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa 300 JKKK PAS dipecat dan digantikan dengan pemimpin PAN langsung tidak memberi kesan dan tida relevan kepada PAS Pulau Pinang.
Beliau turut memberi peringatan kepada Pakatan Harapan bahawa PAS Pulau Pinang tidak akan lumpuh walaupun kerajaan negeri itu melakukan kezaliman ke atas ahli-ahli PAS di Pulau Pinang.
Monday, November 16
RAKYAT SUSAH KERANA GST!!! GAJI ADUN NAIK DI PULAU PINANG...?
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dijangka meluluskan pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) Pulau Pinang, 1980, yang akan menyaksikan kenaikan gaji exco kerajaan dan wakil rakyatnya.
Kenaikan gaji akan membabitkan semua kategori, termasuk speaker DUN Pulau Pinang dan juga ketua pembangkang DUN.
Pindaan itu dijangka diluluskan pada hari terakhir sidang DUN pada Jumaat ini.
Ia akan menyaksikan kenaikan gaji berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun depan.
Kali terakhir semakan gaji wakil rakyat di negeri itu adalah pada tahun 2013, selepas Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) mengekalkan negeri untuk penggal kedua.
Elaun ketua pembangkang DUN, Datuk Jahara Hamid akan menyaksikan kenaikan sebanyak 50 peratus, iaitu daripada RM2,000 kepada RM3,000.
Manakala gaji pokok speaker Law Choo Kiang akan dikaji semula dari RM6,109.29 kepada RM12,109.29.
Gaji anggota exco kerajaan negeri pula akan meningkat daripada RM6,109.29 kepada RM12,109.29.
Semua gaji 40 ADUN akan hampir berganda daripada RM6,000 kepada RM11,250.
Friday, November 13
PULAU PINANG KETANDUSAN PEMIMPIN BERKALIBER........
Apa dah jadi dengan Pulau Pinang yang kini ketandusan pemimpin yang berkualiti, banyak pemimpin diambil dari luar. Adakah anak negeri ini tidak layak menjadi pemimpin. Atau tidak mempunyai aura memimpin.
Lidah tidak mempunyai tulang hebat berkata-kata tak semestinya betul apa yang diucapkan , Penasihat DAP, Lim Kit Siang diakui memang cukup handal. Daripada zaman awal penglibatannya dalam politik iaitu sekitar tahun 60an, Kit Siang memang juara cakap dan juara membangkang.
Namun, setiap apa yang keluar dari mulutnya tidak pernah ada yang kena. Pada Kit Siang, apa yang berlaku dalam Malaysia sejak merdeka hingga hari ini semua tidak kena.
Pada Kit Siang, dari dahulu hingga sekarang, proses pemerintahan negara ini tidak demokratik, pilihan raya pula tidak dilaksanakan secara bebas, banyak berlaku manipulasi dan penyelewengan.
Di sebalik segala tuduhan itu, pada tahun 1969 DAP menang besar juga. Kini dalam keadaan negara yang tidak demokratik dan pilihan raya yang tidak telus, anaknya Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kini telah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama dua penggal, namun sistem pilihan raya di Malaysia tetap tidak demokratik, tidak telus dan penuh dengan unsur penipuan.
Peliknya dalam keadaan tidak demokratik, tidak telus dan penuh dengan penipuan itu, anaknya sendiri boleh jadi ketua menteri, malah DAP bersama dengan PKR boleh pula membentuk kerajaan di Selangor.
Kit Siang juga suka mengapi-apikan rakyat pelbagai kaum di negara ini demi mencapai cita-cita politiknya.
Baru-baru ini ketika berucap di Keningau Sabah, Kit Siang membuat provokasi bahawa kemungkinan sudah tiba masanya untuk pemimpin dari Sabah dan Sarawak menjadi Perdana Menteri.
Daripada cara beliau bercakap adakah bermaksud jika rakyat di Sabah dan Sarawak memilih DAP dan sekutunya sebagai parti pemerintah maka salah seorang pemimpin dari kedua-dua negeri itu akan dilantik sebagai Perdana Menteri?
Atau itu hanya sekadar gula-gula daripada DAP untuk meraih sokongan?
Realitinya ada di depan mata. Sudah dua penggal DAP menang di Pulau Pinang dan membentuk kerajaan. Tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang bukan orang tempatan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, anak kepada Lim Kit Siang diimport dari Melaka.
Ini memberi gambaran seolah-olah tidak ada pemimpin di Pulau Pinang yang layak untuk menjadi pemimpin negeri mereka.
Atau sebenarnya, DAP dan Kit Siang hanya memillih kroni, anak-beranak dan saudara mara mereka sebagai pemimpin jika parti itu menang tidak kiralah di mana atau negeri mana.
Malah jika dilihat dikebanyakan kawasan di mana DAP bertanding, calon yang diletakkan bukan anak tempatan. Kit Siang sendiri pernah bertanding di Melaka, Pulau Pinang, Ipoh dan kini di Johor.
Apakah DAP tidak yakin dengan kebolehan anak tempatan?
Bayangkan jika DAP dan sekutu menang pilihan raya, apa jaminan pemimpin dari Sabah dan Sarawak akan diberikan tempat istimewa dalam barisan kepimpinan. Contoh sudah ada di Pulau Pinang. DAP menang, tetapi anak tempatan dipinggirkan.
Jadi, apa yang disuarakan oleh Kit Siang itu hanya sekadar cakap-cakap kosong untuk meraihkan sokongan kerana realitinya, DAP jarang mengutamakan anak tempatan sama ada sebagai calon pilihan raya mahupun sebagai pemimpin negeri.
Ibarat cakap tidak serupa bikin, apa yang keluar dari mulut Kit Siang tidak sama dengan apa yang dilakukannya.
Saturday, November 7
APAHAL POLIS BANTUAN #Prasarana DIDEPAN RUMAH @PDRMsia @KBAB51 @MyRapidKL
Inisiatif polis bantuan kembalikan kanak-kanak ke pangkuan keluarga. Stesen LRT Kinrara BK5
pada 6 November 2015
Kisah kemasyarakatan ini membuktikan nilai kemanusiaan tidak mengenal sesiapa , tanpa mengira warna kulit atau agama.
Pelbagai kisah berlaku dapat kita jadikan tauladan dan panduan terutama kes-kes yang berlaku membabitkan pengangkutan awam.
Kisah ini bermula kira-kira jam 11 pagi tadi apabila anggota Polis Bantuan Prasarana , PB Zakaria, menemui seorang kanak-kanak lelaki merayau-rayau di platform LRT Kinrara BK5.
Tanpa ditemani sesiapa dan berjalan berseorangan tanpa arah tujuan, kanak-kanak berusia kira-kira 5 tahun ini kemudian dibawa menemui Pengurus Stesen, Zaimi Mahasan.
Usaha mengesan ibu bapa atau penjaga segera dilakukan dengan membawa kanak-kanak ini ke pejabat tiket.
Beberapa pertanyaan kepada kanak-kanak ini seperti dimanakah ibunya dan rumahnya, tidak mendapat respon.
Hebahan di stesen juga gagal menemui ibubapanya. Hebahan melalui media sosial Facebook juga dilakukan.
Sementara itu, penyelia Polis Bantuan hari ini, Kopral Nuri yang tiba setelah dimaklumkan, mengecam kanak-kanak ini kerana pernah ternampak merayau-rayau di Stesen Muhibbah.
Kesimpulan awal, kanak-kanak ini dipercayai adalah dari Kg Muhibbah. Atas inisiatif anggota Polis Bantuan tersebut, (Kopral Nuri, PB Zakaria dan PB Syed Hauruddin) kanak-kanak ini kemudian di bawa ke Kg Muhibbah menemui Komuniti Muhibbah di pejabat kecil Kg Muhibbah.
Akhirnya, pegawai bertugas di Komuniti Muhibbah mengesahkan bahawa kanak-kanak ini adalah anak kepada penghuni di tingkat 5, Blok 5.
Akhirnya, kanak-kanak ini ditemukan semula dan diserahkan kepada ibunya. Syabas Polis Bantuan Prasarana kerana inisiatif dan komitmen anda dalam menjalankan tugas.
Kepada ibu bapa, sentiasalah awasi anak-anak anda. Dalam kes sebegini, jika tindakan lambat diambil atau disedari, kanak-kanak dalam keadaan ini, mungkin menjadi sasaran mereka tidak bertanggungjawab.
Ketika itu, airmata darah sekalipun, tidak akan bermakna lagi...
Tuesday, November 3
Prasarana selaras struktur tambang LRT, Monorel @MyRapidKL @NajibRazak @azmiaziz60
Demi membetulkan struktur tambang berbeza untuk perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang dan Monorel KL selama hampir dua dekad, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan struktur tambang baru untuk ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan.
Serentak dengan pengumuman berkenaan, Prasarana turut memperkenalkan mod pembayaran berbeza untuk tunai dan bukan tunai bagi menggalakkan penjimatan di kalangan penumpang di bawah skruktur baru itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, struktur tambang yang digunakan sekarang adalah berbeza untuk ketiga-tiga perkhidmatan itu.
"LRT Laluan Kelana Jaya menggunakan kadar tambang yang berbeza antara stesen di Kawasan Pusat Perniagaan (CBD) dan yang bukan di Kawasan Pusat Perniagaan (non-CBD), LRT Laluan Ampang pula menggunakan perkiraan berdasarkan kepada jumlah stesen yang dilalui, manakala Laluan Monorel KL pula menggunakan formula perkiraan berdasarkan kepada jarak perjalanan.
"Untuk struktur tambang yang lebih adil dan konsisten, struktur tambang sekarang akan diselaraskan kepada perkiraan berdasarkan kepada jarak perjalanan, sama seperti amalan yang digunakan oleh operator-operator rel lain di seluruh dunia.
"Di bawah struktur tambang baru, para penumpang akan dikenakan bayaran masuk atau 'flag fall' ditambah dengan jarak perjalanan sebenar, yang kemudiannya didarab dengan kadar yang berpadanan. Kadar yang digunakan akan berkurangan semakin jauh jarak perjalanan," kata Azmi.
Jelasnya, para penumpang bakal menikmati penjimatan daripada penyelarasan struktur tambang LRT dan monorel dengan memperkenalkan mekanisma perbezaan tambang di mana penumpang yang menggunakan mod pembayaran bukan tunai atau 'cashless' akan menikmati diskaun untuk jarak perjalanan berbanding dengan mereka yang membeli token untuk pembayaran tunai pada setiap perjalanan.
"Sebagai insentif tambahan, penumpang yang memilih menggunakan 'MyRapid Smart 7 Mingguan' atau 'MyRapid Smart 30 Bulanan', masing-masing akan menikmati diskaun antara 18 dan 26 peratus, dan antara 20 sehingga 35 peratus untuk kadar jarak perjalanan berbanding dengan yang menggunakan wang tunai," katanya.
Dengan pengenalan struktur tambang baru ini, para penumpang untuk sektor-sektor tertentu akan sebenarnya membayar tambang yang lebih rendah atau sama berbanding dengan tambang yang mereka dikenakan sekarang.
"Kami amat menggalakkan para penumpang khususnya yang menggunakan perkhidmatan kami setiap hari untuk menggunakan sama ada kad 'MyRapid Smart 7 Mingguan' atau 'MyRapid Smart 30 Bulanan' bergantung kepada corak perjalanan masing-masing untuk menikmati penjimatan sebanyak mungkin.
"Kadar tambang baru ini adalah lebih realistik untuk menyeragam dan menyelaraskan struktur tambang untuk perkhidmatan LRT dan monorel, yang tidak pernah mengalami sebarang semakan kenaikan untuk lebih 13 tahun walaupun trend kenaikan sara hidup yang berterusan sepanjang tempoh berkenaan," jelasnya.
Tambah Azmi, struktur baru tambang itu akan berkuatkuasa pada 2 Disember 2015 dan para penumpang boleh mula membeli kad 'MyRapid Smart 7 Mingguan' dan 'MyRapid Smart 30 Bulanan' dengan premium nominal RM2.50 dan RM10.00 untuk kedua-dua produk tersebut.
Kad-kad ini boleh dibeli di Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL di stesenstesen LRT dan Monorel KL mulai 15 November ini atau apabila kad-kad perjalanan Rapid KL yang mereka gunakan sekarang tamat tempoh.
"Satu daripada kelebihan utama kad baru 'MyRapid Smart 7 Mingguan' dan 'MyRapid Smart 30 Bulanan' adalah para penumpang boleh membawa ke hadapan baki daripada nilai simpanan kad ke bulan berikutnya.
"Ini berbeza dengan kad-kad bulanan yang digunakan sekarang di mana perjalanan-perjalanan yang tidak digunakan akan lupus bersama-sama dengan kad berkenaan," kata Azmi.
Tambah Azmi, warga emas, golongan kelainan upaya, dan para pelajar akan terus menikmati diskaun 50 peratus daripada kadar tunai dalam struktur baru yang akan digunakan.
Sunday, November 1
Kembara bersama AMY secara PERCUMA @MyRapidKL @NajibRazak @azmiaziz60
'Hi! Saya AMY. Kembara dengan saya dan membantu menjadikan Kuala Lumpur bandar raya yang lebih baik, "itulah mesej dari AMY1 Tren baharu Ampang line berkapasiti enam gerabak memperkenalkan dirinya kepada pelanggan setia Rapid KL ianya bertujuan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Klang Valley.
Majlis menandatangani perjanjian diantara RapidKL dan CSR Zhuzhou pada tahun 2014.
AMY1 disertai oleh dua adik-adiknya yang lain dan mereka akan menyediakan kekerapan tren tidak lebih daripada 12 minit untuk perjalanan di antara empat stesen baru dan Sri Petaling, yang sebelum ini stesen terakhir untuk Ampang Line yang berjalan dari Sentul Timur.
Pembukaan untuk empat stesen baru pada sabtu dirasmikan oleh Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Tan Sri Ismail Adam, yang disertai oleh ahli-ahli Pasukan Kepimpinan Kanan Kumpulan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Haji Ahmad Nizam Mohd Amin, Rapid Bas Ketua Pegawai Eksekutif Encik Zulkifli Mohd Yusoff dan Dato 'Ir. Zohari Sulaiman, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Rail & Projek Infrastruktur (PUJIAN).
Semua stesen baru dilengkapi dengan kemudahan moden seperti tandas, kedai, surau, eskalator dan lif serta kemudahan khas bagi orang kurang upaya seperti kaunter tiket rendah, tanjakan kerusi roda dan jubin sentuhan untuk mereka yang cacat penglihatan. Satu kemudahan park-and-ride juga disediakan, yang terletak berhampiran Kinrara BK5 dan Awan Besar stesen.
Untuk satu bulan depan perkhidmatan di antara empat stesen baru dan Sri Petaling adalah percuma - ihsan Prasarana - pemilik aset dan pengendali perkhidmatan LRT Ampang dan LRT Kelana Jaya, KL Monorail dan bas Rapid KL, yang menguruskan penumpang gabungan hampir satu juta penumpang setiap hari.
Mereka berulang-alik antara Sri Petaling dan empat stesen baru boleh meminta secara percuma token perjalanan sehala dari Pegawai Khidmat Pelanggan dan menikmati perjalanan di kereta api AMY baru. Kepada mereka yang melancong di luar Sri Petaling, mereka boleh membeli token mereka dari Mesin Layan Tiket (TVM) dan pilih destinasi mereka keluar. Perjalanan ke Sri Petaling akan menjadi percuma.
Kepada mereka yang melancong ke stesen-stesen baru menggunakan token perjalanan sehala, mereka perlu membeli tiket mereka daripada TVM dan memilih destinasi terakhir mereka termasuk mana-mana empat stesen baru. The perjalanan di luar Sri Petaling dengan mana-mana stesen baru akan menjadi percuma.
"Oleh itu, kami amat menggalakkan penumpang untuk menggunakan Kad MyRapid kami. Anda akan mempunyai perjalanan yang lancar. Anda bukan sahaja akan mengelakkan barisan; tetapi juga perjalanan lancar pada bas pengantara yang juga bermula hari ini untuk kemudahan para pengguna. Perjalanan di bas feeder, bagaimanapun, adalah boleh dikenakan cukai, "kata Tan Sri Ismail.
Untuk perkhidmatan baru berjalan antara Sri Petaling dan empat stesen, dua kereta api AMY lain akan diletakkan dalam keadaan berjaga-dalam memastikan kemudahan tanpa gangguan bagi pengguna.
Menawarkan ciri-ciri baru yang menarik seperti skrin paparan LCD infotainment, Dynamic Route Map, Side Destinasi Paparan, LRVs enam gerabak baru juga meningkatkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik seperti tingkap kaca berlapis, corong tingkap dan televisyen litar tertutup dan juga keselesaan yang lebih baik seperti ruang kerusi roda untuk orang kurang upaya. Kereta api AMY baru juga mempunyai kapasiti penumpang yang lebih besar dan boleh membawa sehingga 1,250 penumpang pada satu-satu masa.
Dalam usaha berterusan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam, Prasarana telah memesan 50 Amy baru, akan dihantar secara berperingkat-peringkat oleh pengeluar CSR Zhuzhou Electric Locomotive Corporation bermula akhir tahun lepas.
Dua puluh Amy dibeli di bawah LRT Projek Lanjutan Laluan Ampang (LEP) manakala satu lagi armada 30 Amys akan diperolehi untuk menggantikan armada semasa Ampang tren enam gerabak, yang telah berkhidmat sejak tahun 1996 dari zaman LRT STAR.
Selain itu Amy baru, pelaburan di bawah LEP juga merangkumi pemasangan sistem isyarat yang baru dan 'rumah' baru bagi kereta api AMY di Kuala Sungai Baru dekat Putra Heights dan 24 stesen baru termasuk 11 untuk Ampang Line.
LRT Ampang Line akan mempunyai sebanyak 11 stesen baru. Selebihnya barisan dijangka akan dibuka pada bulan Mac tahun depan, dan akan berakhir di stesen Putra Heights, di mana pengguna akan dapat untuk menukar kepada kereta api di Aliran Kelana Jaya.
Aliran Kelana Jaya, yang dijadualkan untuk dibuka pada Jun tahun depan, akan mempunyai 12 stesen; menghubungkan Stesen Kelana Jaya semasa ke Putra Heights Stesen bersepadu.
Di bawah LEP Kelana Jaya, Prasarana telah diperoleh 14 set baru tren empat gerabak dari Bombardier Kanada. Set pertama sedang dihantar dan dijangka tiba di Pelabuhan Klang pada bulan Disember.
Seperti AMY, Prasarana juga sedang memberi nama khas bagi kumpulan baru untuk dipadankan sepupu manis mereka.
Friday, October 30
@tonypua BACUL!!! ALASAN TAK MASUK AKAL
CERITA asalnya ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua baru-baru ini mencabar Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasmy untuk berbicara secara langsung.
Mudah cakap ia sebenarnya platform debat terbuka bagi pemimpin pembangkang itu menghentam syarikat pelaburan strategik kerajaan Malaysia tersebut dan kemudian memalukan Arul Kanda di depan khalayak ramai.
Dengan berbuat demikian, mereka menjangka Arul Kanda menjadi takut sekali gus memudahkan pembangkang hasut rakyat kononnya 1MDB bermasalah teruk, tidak telus sehingga membazirkan duit negara begitu sahaja.
Jika ikut rancangan asal, secara logik mana mungkin Arul Kanda berani debat kerana beliau mungkin kena dedah banyak maklumat sulit yang disiasat pihak berkuasa khasnya SPRM, BNM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara.
Ini bermakna Arul Kanda tidak akan berani ‘jawab’ soalan cepumas atau cakap isu sensitif sembarangan apatah lagi 1MDB turut berdepan proses siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen Malaysia.
Secara kebetulan, Tony Pua ialah ahli PAC, dan semua maklum pemimpin DAP itu cukup lantang ‘belasah’ 1MDB walhal jawatankuasa tersebut pun masih lagi melakukan siasatan yang turut disertai ramai wakil pembangkang.
Malangnya apa yang sangat diharapkan Tony Pua adalah sebaliknya apabila Arul Kanda pada Khamis dilaporkan sedia berbicara secara langsung dengan ahli politik itu malah sedia jawab semua soalan tanpa berasa bimbang.
Namun, beliau menetapkan Tony Pua meletakkan jawatannya sebagai anggota PAC terlebih dahulu kerana khuatir kedudukan itu akan memberi konflik kepentingan dalam isu tersebut dibicarakan secara adil tanpa prasangka.
Senang cakap, jika Tony Pua masih lagi ahli PAC, ini tentu tidak wajar kerana tokoh DAP itu akan guna kelebihan kedudukannya seolah-olah mendahului siasatan PAC dan pastinya juga tidak adil kepada ahli-ahli PAC yang lain.
Ini isu besar. Apa hebatnya Tony Pua daripada Pengerusi PAC, Datuk Hassan Ariffin sendiri, dan jika mahu juga buat debat itu, adalah lebih baik kesemua ahli PAC pun ada di pentas yang sama dengan Tony Pua pada masa itu.
Kalau betul berani sepatutnya Tony Pua sedia berdebat secara berdepan satu lawan satu tanpa keistimewaan jawatan sebagai ahli PAC yang tidak terikat dengan Arul Kanda sendiri. Ini baharulah bersifat adil namanya.
Sebaliknya ini tidak berlaku dan harapan untuk melihat mereka berdua berentap secara terbuka berbahas isu 1MDB nampaknya mungkin tidak jadi, menurut laporan dipetik pelbagai portal tempatan pada Khamis.
Dalam reaksi segera Arul Kanda sedia sahut cabarannya untuk debat secara live di televisyen, ahli Parlimen DAP itu dikatakan sudah bagi alasan dengan mempertikaikan pula syarat beliau kena letak jawatan ahli PAC dulu.
Tony Pua pula dakwa Arul Kanda konon takut berdepan dengannya sebagai ahli PAC. Walhal Arul Kanda sebaliknya mahu Tony Pua letak jawatan ahli PAC dulu untuk elak konflik kepentingan untuk berdebat.
“Umum tahu Tony Pua ialah ahli PAC, yang sedang jalan siasatan ke atas 1MDB. Bagi kekal integriti siasatan PAC, dan elak sebarang konflik kepentingan, Tony Pua mesti terlebih dulu letak jawatan dalam PAC,” kata Arul Kanda.
Perkara itu turut disokong Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang terkenal sebagai pemimpin UMNO gemar cakap tidak berlapik apabila berkata, Tony Pua memang wajar ‘keluar’ daripada PAC.
“Dia kena keluar dulu PAC jika mahu debat dengan Arul Kanda sebab PAC sedang siasat 1MDB dan macam mana hendak debat jika dia pun masih ahli PAC,” katanya yang pernah menjadi menteri bagi hal ehwal Parlimen.
Tony Pua bagaimanapun menurut portal pro-pembangkang khabarnya hendak tunjuk hebat dan mendakwa beliau tidak terkejut apabila Arul Kanda sahut cabarannya; sedangkan ia perkara luar biasa dan amat jarang berlaku.
“Berhenti beri alasan bodoh (syarat letak jawatan ahli PAC) dan terima cabaran saya,” katanya pada wartawan di lobi Parlimen bagi menutup kelemahan dirinya yang terpaksa bergantung kepada kedudukan sebagai ahli PAC.
Jelaslah di sini siapakah yang penakut sebenarnya dan siapakah yang lebih berani. Kesudahannya inilah gimik bodoh DAP untuk melindungi keaiban mereka kerana asalnya menyangka 1MDB pengecut.
Wednesday, October 28
Tambang LRT Ampang Line PERCUMA Selama Sebulan #RapidKL @myrapidkl @NajibRazak @gtp_roadmap
Prasarana Malaysia Berhad, pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL menawarkan perjalanan percuma sebulan untuk penumpang di laluan empat stesen baharu Ampang Line yang akan mulai beroperasi pada Sabtu ini.
Dalam kenyataan syarikat itu berkata, empat stesen terbabit akan menggunakan perkhidmatan AMY, tren enam gerabak. Token perjalanan sehala percuma disediakan di Pejabat Khidmat Pelanggan di Stesen LRT Sri Petaling dan di semua empat stesen terbabit - Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.
Para penumpang juga boleh menggunakan MyRapid Cards dan kad transit Touch 'n Go untuk perjalanan percuma itu.
"Kami menyarankan penggunaan MyRapid Cards untuk keselesaan perjalanan dalam rangkaian kami yang membabitkan jajaran LRT dan Monorel serta jaringan bas Rapid KL termasuk Bus Rapid Transit - Sunway Line," kata presiden Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz.
Berikutan proses peningkatan sistem isyarat yang sedang dijalankan, tren baharu akan berhenti di stesen Sri Petaling dan penumpang perlu menukar tren untuk meneruskan perjalanan di jajaran sekarang iaitu laluan Sri Petaling ke Sentul Timur.
"Demikian juga para penumpang dari Ampang Line perlu turun di stesen Sri Petaling untuk meneruskan perjalanan ke empat stesen baharu itu," jelas Azmi.
Tuesday, October 27
LIM GuAN ENG MELALAK SEPERTI ANJING MAHU TULANG
Ketua Menteri paling malang di Pulau Pinang melalak lagi pada sidang Parlimen Petang semalam. bagaikan Anjing melalak bukit rupanya ada udang disebalik batu. Anjing ini cuma mahu seketul tulang untuk mencapai populariti politik dirinya demi mengaburi mata rakyat Pulau Pinang. Banyak permasalah rakyat Pulau Pinang yang belum diselesaikan oleh Ketua Menteri Paling celaka ini.
Mengkritik segala inisiatif yang diambil kerajaan untuk kemakmuran rakyat dan negara serta mengaitkan pelbagai masalah dan cabaran yang terpaksa dilalui adalah sesuatu yang cukup mudah untuk dilakukan.
Hakikat itu dibuktikan Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sewaktu membahaskan Bajet 2016 di Dewan lim guan eng parlimenRakyat pada Isnin petang.
Guan Eng tanpa sekelumit rasa meletakkan segala-gala masalah dan beban yang menghimpit rakyat dan negara ke atas pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional.
1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwanya punca pelabur asing gusar untuk melabur di Malaysia.
Isu 1MDB juga didakwa Guan Eng sebagai punca kejatuhan nilai ringgit yang kini berlegar di paras RM4.2+ berbanding AS$1.
Malah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) semuanya diserang Guan Eng kerana didakwa membebankan rakyat.
Guan Eng sengaja melupakan fakta demi mengelirukan rakyat bahawa semua isu yang ditimbulkan beliau sebenarnya berkait rapat dengan pergerakan ekonomi dunia dan tidak semata-mata diputuskan Kerajaan Pusat.
Komtar dan feri sekaligus, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengkritik segalanya bagai pakar ekonomi dengan mempertikaikan segala perancangan ekonomi yang diatur serta dirancang Kerajaan Persekutuan demi rakyat.
Sekilas pandang, Guan Eng kelihatan cukup hebat bersuara lantang dalam perjuangan yang kononnya demi kesejahteraan rakyat.
Hakikatnya bagaimanapun ialah serangan Guan Eng itu sebenarnya bertujuan melindungi kegagalan pentadbiran DAP di Pulau Pinang.
Sejak 2010, DAP Pulau Pinang menyaksikan penurunan ketara pelaburan langsung asing (FDI) dari RM10.451 bilion kepada sekadar RM1.794 bilion pada 2014.
Malah beberapa kilang multinasional di Pulau Pinang juga telah ditutup sekaligus menyebabkan ribuan rakyat kehilangan sumber pendapatan.
Umpamanya penutupan kilang Fairchild Semiconductor yang menjejaskan kira-kira 1,892 pekerja.
dua lim komtarDan untuk menampung kekurangan punca sumber pendapatan itulah menyebabkan Guan Eng membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan caj pembangunan, tarif air dan bayaran letak kereta.
Antaranya ialah caj levi hotel yang dikenakan pada setiap bilik yang disewakan manakala Majlis Perbandaran Pulau Pinang pula menaikkan cukai taksiran sehingga 14 peratus.
Tidak cukup dengan itu, aktiviti riadah juga turut dikenakan bayaran tambahan apabila pengunjung Fort Cornwalis kini dikenakan bayaran RM10 berbanding RM3 sebelum itu.
Pastinya hujah Guan Eng jika ditanya ialah semua itu dilakukan kerana beliau tidak rela membebankan rakyat negeri itu dan dilakukannya demi kemakmuran penduduk negeri.
Namun dalam pada Guan Eng begitu bersemangat mengkritik segala perancangan kerajaan sewaktu perbahasan itu, beliau tanpa sebarang rasa malu mendakwa Kerajaan Pusat menganaktirikan Pulau Pinang hanya kerana ditadbir DAP.
Guan Eng sesuka hati mendakwa Pulau Pinang diabaikan sedangkan fakta langsung tidak menyebelahi beliau.
Ini kerana fakta jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Pusat saban tahun memperuntukkan jutaan ringgit untuk projek pembangunan di negeri itu.
Antaranya peruntukan RM250 juta untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Malah sesuatu yang tidak akan sesekali dapat disembunyikan Guan Eng ialah pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang bernilai lebih RM4.5 bilion.
Selepas hampir 30 minit lantang menghentam dan mengkritik, Guan Eng tanpa malu menuntut Kerajaan Pusat ltappmeluluskan peruntukan untuk membesarkan LTAPP yang dianggarkan bernilai RM600 juta.
Sekaligus, silalah nilai sendiri perangai pemimpin DAP itu yang cukup lantang mengkritik tetapi akhirnya meminta tanpa sebarang rasa malu.
Tepuk dada, tanyalah selera.
Sumber : portal BNBBC
@MyRapidKL BAS DUA TINGKAT UNTUK SUNGAI LONG, BANDAR MAHKOTA
Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, hari ini memperkenalkan bas dua tingkat untuk para penduduk Sungai Long dan kawasan sekitar sebagai satu lagi inisiatif untuk meningkatkan keselesaaan para penumpang dan menarik lebih ramai menggunakan perkhidmatan awam.
Dilancarkan oleh Ahli Majlis untuk Majlis Perbandaran Kajang (MPK), Encik John Leong Chiew Sing, Laluan U41, yang menghubungkan Bandar Sungai Long dengan bandaraya Kuala Lumpur, akan akan turut memanfaatkan para penduduk Bandar Mahkota Cheras dan beberapa lagi penempatan utama di sepanjang laluan sepanjang 42km.
Ini termasuk Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) cawangan Sungai Long, kawasan perindustrian Balakong, Taman Rakan, Cheras Jaya, Taman Impian Ehsan, Taming Jaya, Taman Sungai Besi Indah, Stesen KTM Serdang, kawasan perindustrian sepanjang Jalan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur, Jalan Pudu sebelum sampai ke hub bas Jalan Silang.
Laluan U41, yang merupakan laluan tradisi Rapid KL sejak ia ditubuhkan pada 2004, akan menggunakan lima bas dua tingkat dan 15 bas satu tingkat untuk memberi perkhidmatan kepada kira-kira 8,000 penumpang setiap hari.
Mengulas inisiatif Rapid KL, Encik Leong berkata langkah memperkenalkan bas dua tingkat untuk Laluan U41 adalah langkah bijak kerana para pengguna perkhidmatan bas semakin meningkat di Kajang khususnya di Bandar Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras.
“Kedua-dua kawasan ini sedang berkembang pesat dengan jumlah penduduk sekarang yang mencecah 90,000 orang. Kita juga memperkatakan tentang kampus UTAR cawangan Bandar Sungai Long, yang mempunyai tidak kurang daripada 11,000 pelajar dan kakitangan. Banyak daripada mereka menggunakan perkhidmatan bas. Dengan bas dua tingkat, tempoh menunggu adalah lebih pendek kerana ia boleh membawa lebih ramai penumpang,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.
Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan adalah Ketua Pegawai Operasi Rapid KL, Encik Mohd Azam Omar, Pengurus Zon 1 Rapid KL, Encik Khairul Azhar Hamidullah dan Pengurus Depoh Cheras Selatan, Encik Amir Shahid Abdul Rahman.
Laluan U41 adalah laluan kelima yang dipilih oleh Rapid KL untuk menggunakan bas dua tingkat. Selepas Laluan U30 (Pandan Mewah – Hang Lekiu), U40 (Terminal Bas Kajang – Terminal Jalan Silang, Kuala Lumpur), Laluan U80 (Seksyen 2 Shah Alam – Pasar Seni), Rapid KL telah memperkenalkan bas dua tingkat untuk Laluan U64 dari Taman Sri Muda Shah Alam ke Pasar Seni).
Dalam perbincangan dengan Encik Leong, Encik Azam berharap untuk mendapat sokongan daripada pihak MPK untuk menyediakan kemudahan tempat perhentian dan menunggu bas yang sesuai di hadapan kampus UTAR untuk dijadikan hab bas Bandar Sungai Long.
Selain dilengkapi dengan ciri-ciri akses universal untuk kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ciri-ciri keselamatan, bas dua tingkat buatan Eropah ini mempunyai kapasiti untuk membawa sehingga 108 penumpang.
Walaupun dua tingkat dengan ciri-ciri moden, tambang yang dikenakan masih sama dengan perkhidmatan bas satu tingkat. Untuk Laluan U41, tambang penuh daripada Bandar Sungai Long ke Jalan Silang, Kuala Lumpur adalah adalah RM3 sahaja.
Perkhidmatan bas Laluan U64 bermula 6 pagi dengan bas dua tingkat diselang-selikan dengan bas satu tingkat. Perkhidmatan bas dua tingkat, bagaimanapun, akan berakhir pada 8 malam.
Thursday, October 22
PARLIMEN DAH JADI MACAM BUDAK BERGADUH, KONG KEK KUAT..? @limkitsiang
Berperangai seperti budak-budak kalah main guli dan terpaksa cakap berbelit-belit mahu mengelak usul digantung Dewan kerana menghina speaker. Ternyata dengan jelasa bahawa kesalahan telah dibuat oleh Lim Kit siang namun selamba biawak aje masih lagi berhujah umpama biawak yang berlidah bercabang. Itu adalah modus operadi pihak pembangkang mahu terlepas dari diambil tindakan.
Apatah lagi setelah penasihat DAP itu ‘hilang’ ketika Dewan Rakyat mahu menunggu permohonan maaf dan menarik balik dakwaan beliau terhadap Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Sebelum itu, speaker tersebut akur desakan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan yang mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menarik balik notis pemberitahuan usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 27(3) untuk menggantung Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Desakan itu selepas beberapa ahli parlimen pembangkang termasuk Lim Guan Eng berhujah bahawa usul itu tidak patut dicadangkan kerana Kit Siang sudah hadir untuk memberi penjelasan kepada di Dewan Rakyat pada sesi petang sedangkan Pandikar memberi tempoh sehingga jam 10 pagi Rabu kepada Kit Siang untuk memohon maaf.
Nasib menyebelahi beliau kerana sebelum berbuat demikian, Dewan ditangguhkan sementara kerana membahaskan usul 18(1) berkaitan jerebu yang mengancam negara.
Pandikar Amin mengingatkan Kit Siang supaya memohon maaf dan menarik balik dakwaan mengatakan beliau seorang diktator dan menyalahguna kedudukan selepas perbahasan di bawah usul itu selesai jam 5.30 petang.
Malangnya, apabila sampai masa, Kit Siang tidak berada di dalam Dewan.
Beliau dikatakan meninggalkan Parlimen sebaik perbahasan mengenai jerebu bermula.
Apabila Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee yang mempengerusikan mesyuarat menuntut Kiang Siang menyatakan permohonan maaf, ahli-ahli parlimen pembangkang memberitahu bahawa pemimpin veteran DAP itu sudah balik.
Selepas bertikam lidah dengan beberapa ahli parlimen pembangkang, Kiandee memutuskan perkara itu tidak dapat diteruskan kerana Kit Siang tiada di dalam Dewan.
Melihat tindak tanduk pembangkang berkaitan isu penggantungan Kit Siang, seolah-olah mereka sengaja mempermainkan speaker dan timbalannya sehingga tindakan terhadap beliau tidak dapat dilaksanakan.
Inilah kong kali kong pembangkang, sengaja menimbulkan kekecohan di Dewan dan menggunakasn pelbagai helah atau masalsh teknikal peraturan mesyuarat supaya mereka dapat menegakkan benang basah.
Bagaimanapun, Kit Siang jangan terfikir beliau dapat lepas daripada perbuatannya menghina speaker dan institusi Parlimen.
Ini kerana sebelum sesi petang Dewan Rakyat tangguh jam 6.30 petang, Azalina mengemukakan semula notis pemberitahuan seperti usul terdahulu untuk menggantung Kit Siang.
“Menuduh Yang Dipertua Dewan Rakyat menyalahgunakan kuasa budi bicara beliau untuk ‘sabotaj’ siasatan 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) diikuti tuduhan beliau adalah ‘diktator’ adalah satu tuduhan yang bersifat bukan sahaja menghina institusi perundangan tertinggi negara – Parlimen.
“Ini adalah satu tuduhan yang berat sekali gus menjejaskan nama baik Dewan Rakyat,” kata Azalina, merujuk kepada tindakan Kit Siang terhadap Pandikar.
Azalina berkata Pandikar telah memberi masa sewajarnya untuk Kit Siang menjelaskan dan memohon maaf tetapi tiada tindakan susulan daripadanya.
“Kerajaan tiada pilihan lain selain membentangkan satu usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 27(3) untuk menggantung YB Gelang Patah,” katanya.
Tuesday, October 20
LALUAN BARU BAS DUA TINGKAT,TAMBANG CUMA RM3.00 @Myrapidkl @azmiaziz60
Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali bus RapidKL hari ini memperkenalkan perkhidmatan bas dua tingkat bagi laluan U64 iaitu dari Taman Sri Muda di sini ke Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Pengurus Zon Tiganya, Sarifudin Saidin berkata, perkhidmatan itu adalah laluan keempat menggunakan kemudahan bas dua tingkat selepas laluan U80 dari Seksyen 2 Shah Alam ke Pasar Seni, U30 dari Ampang ke KLCC dan dari Kajang ke Jalan Silang di ibu kota.
"Bagi laluan U64 ini kami memperuntukan empat bas dua tingkat kerana jumlah pengguna di sini mencatat 5,000 penumpang sehari pada hari bekerja dan meningkat kepada 6,000 pada hari cuti.
"Tiada cas tambahan dikenakan kepada pengguna yang menaiki bas dua tingkat ini, kadar tambangnya tetap sama seperti bas RapidKL yang lain," katanya selepas memperkenalkan perkhidmatan bas berkenaan.
Tambang dikenakan bagi perjalanan sehala dari Taman Sri Muda ke Pasar Seni ialah RM3. Katanya, sejak dilancarkan September lepas, perkhidmatan bas dua tingkat berkenaan telah mendapat sambutan baik daripada pengguna.
Ada pengguna yang mahu perkhidmatan bas itu disediakan di semua laluan RapidKL tetapi ia tertakluk kepada kesesuaian laluan memandangkan bas berkenaan adalah setinggi 4.2 meter, katanya. Sehingga kini 14 daripada 40 bas dua tingkat telah beroperasi di sekitar Lembah Klang.
Bas berkenaan yang mampu membawa sehingga 108 penumpang pada setiap masa dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya tandas dan Wifi selain mesra OKU. -
Thursday, October 15
"POLITIK BARU' ADA PUN TIDAK MENAMBAH PERGIMU TIDAK DITANGISI....
MKP pernah hadir Program yang dianjurkan oleh DAP di Komtar Pulau Pinang beberapa tahun lepas.Ketika ini Datuk Saifuddin masih lagi menjadi Timbalan Menteri. Dah dijemput oleh timbalan menteri hadir ajelah kalau tak hadir nanti dikatakan sombong pulak.
Program pada hari itu dihadiri oleh Nurul Izzah dan Zairil Khir Johari. Ianya berkonsepkan politik baru. Berkali-kali Nurul Izzah menjemput Saifuddin menyertai PKR namun ditolak secara baik oleh Saifuddin. Ternyata pelawaan itu dimakbulkan hari ini.
Sudah pasti yang paling gembira adalah Nurul Izaah raut wajah didalam gambar diatas menceritakan segala-galanya. Berbalik pada program di Komtar tempohari. Selepas program sempatlah MKP makan nasi kandaq beratoq dengan Saifuddin dan Nurul Izaah kali pertama bertentang mata ngan Nurul Izzah. Tak sangka lepas tayangkan video mengaibkan lepas tue duduk semeja dengan pelaku. Bayangkan hati MKP masa itu.
Gundah gelana duduk tak senang dan pelbagai imaginasi timbul. Tapi MKP tetap cool walaupun didalam hati bagai nak rabak jantung dibuatnya. Cerita selebihnya nanti kita sambung. MKP nak ceritakan benda lain dulu.
PKR ghairah mahu menjadi “abang besar” di kalangan parti-parti pembangkang dengan mengundang mereka menyertai rundingan Meja Bulat khas bagi membincangkan strategi pembangkang untuk pilihanraya umum (PRU) ke-14.
Yang hadir ialah beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memang condong pada politik pembangkang seperti Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) , Persatuan Ulama Malaysia, WADAH dan IKRAM.
Yang tidak hadir ialah PAS, parti yang menjadi di antara pelopor pembentukan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan tujuh tahun lalu bersama PKR dan DAP. Bagaimanapun DAP pertengahan tahun ini mengisytiharkan pakatan itu berkubur.
PKR yakin perbalahan di antara PAS dan DAP tidak akan berpanjangan dan ia boleh ditaut semula seperti yang pernah dilakukan oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2008.
Malangnya, PAS pula kurang bernafsu untuk menjalin hubungan baru dengan DAP yang atas alasan prinsip, tidak mahu mengiktiraf kepimpinan presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Ini mendorong PAS menerima usul Dewan Ulamanya dalam Muktamar ke-61 Jun lalu supaya tahaluf dengan DAP dibatalkan. Maka terlerailah sebarang kerjasama di antara kedua parti itu.
Namun PKR tetap optimis hubungan kedua parti itu boleh dipulihkan.
Malangnya, apabila tewas dalam pemilihan kepimpinan PAS di muktamar berkenaan ramai pemimpin kanan PAS yang mengaku progresif bertindak keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara 16 September lalu.
PAS menganggap tindakan kumpulan yang dipimpin oleh bekas Timbalan Presidenya, Mohamad Sabu sebagai satu pengkhianatan. Maka PAS pun, atas dasar prinsip juga, enggan “bertahaluf” dengan pengkhianat.
Sama ada sudah dirancang atau kebetulan, presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mempengerusikan rundingan meja bulat itu dengan “terkocoh-kocoh” pula mengumumkan Pakatan Harapan ditubuhkan.
Ini memeranjatkan ramai pemimpin PKR sendiri yang sebelum itu merestui Wan Azizah memimpin rundingan berkenaan. Mereka menarik balik restu yang diberikan dan menuntut supaya PKR mengkaji semula langkah presidennya itu.
Kumpulan yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Azmin Ali itu berjaya dalam petisyen mereka supaya mesyuarat khas diadakan bagi mengkaji semula pendirian PKR dalam isu Pakatan Harapan dan penyertaan PAS itu.
Namun bagi PAS, tanpa perlu mengumumkan pendirian rasminya berhubung penyertaan dalam pakatan baru itu, keputusan PAS adalah cukup jelas difahami oleh kawan dan lawan. Ia tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
Azmin mahu PAS tetap bersama Pakatan Harapan. Sebagai bekas Pengarah Pilihanraya PKR dalam PRU ke-13 dua tahun lalu, Azmin tahu betapa pentingnya PAS dalam strategi besar menumbangkan Umno-BN dalam PRU 14.
Bagaimanapun sikap terburu-buru Wan Azizah mengumumkan hasil rundingan meja bulat pada 22 September kononnya sebagai konsensus menubuhkan pakatan baru tanpa PAS, menjentik sensitiviti pemimpin PKR sendiri.
PKR boleh menggunakan alasan bahawa hakikat mesyuarat khusus diadakan untuk meneliti semula pendirian PKR dalam isu ini adalah manifestasi hak kebebasan bersuara wujud dalam parti itu. Namun umum menghidu ada perbalahan dalam PKR.
Untuk mengelak persepsi kurang elok terhadap ketulusannya dalam menangani isu PAS, maka Timbalan Presiden, Azmin Ali menyatakan pendirian umum PKR ialah ia akan terus cuba memujuk PAS kembali pada pakatan.
Namun jika PAS benar mahu menjadi parti yang beristiqamah, adalah sukar dibayangkan betapa ia akan membuat pusingan-U dan mengkaji semula pendiriannya terhadap DAP dan Amanah.
Ini bermakna sejak DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah berkubur, tidak banyak kemajuan dicapai dalam membentuk sebuah pakatan politik baru.
PKR kini perlu mengatur permulaan baru. Satu rundingan meja bulat belum memadai untuk “menghidup dan meraikan” Pakatan Harapan. Yang menjadi persoalan ialah, apakah status Pakatan Harapan kini? Wujud atau tidak?
Bagaimanapun petisyen Azmin dan kawan-kawannya pasti mencalar sedikit kewibawaan kepimpinan Wan Azizah. Kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di parlimen tidak memberinya kuasa automatik sebagai ketua pergerakan pembangkang.
Kini beliau menghadapi cabaran lebih getir. Cabaran utamanya kini ialah bagaimana mendapat kepercayaan penuh partinya bahawa beliau mampu memimpin PKR dan bukan hanya “pemanas” kerusi Ketua Umum sahaja.
Isu ini jika tidak ditangani segera akan mengoyakkan lebih besar lagi hamparan kepercayaan ahli-ahli PKR sendiri.
DAP dan Amanah kini nampaknya semakin serasi dalam politik. Adalah dibimbangi kedudukan ini akan menimbulkan keyakinan dua parti itu untuk memikirkan kemungkinan melanjutkan tahaluf mereka tanpa PKR pula.
Mesyuarat malam kelmarin cuba menyembunyikan kemungkinan ini. Namun memang satu kelaziman politik, perpecahan akan berlaku bila hilang kepercayaan terhadap pemimpin.
Demikian masalah PAS sejak Jun lalu. Kini ia menjadi masalah yang menghantui PKR pula.
Monday, October 12
Kenapa Johari Hadir di Pejabat Mahathir?
Kehadirannya menimbulkan tanda tanya apa peranan orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam 'kem' Mahathir yang kini semakin agresif mengkritik kempimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Selepas selesai sidang media, Johari kemudiannya kelihatan bergegas menaiki kenderaan bersama Ku Li.
Persoalannya, adakah kehadiran Johari itu ada kaitan usaha mendapatkan kerjasama ahli parlimen pembangkang untuk undi tidak percaya PM di parlimen atau tidak tidak dapat dipastikan.
Ku Li dalam sidang media sebelum itu ada menyatakan sekiranya usaha undi tidak percaya gagal dibuat di Dewan Rakyat kerana speaker ada kuasa berbuat demikian, ada lagi cara lain boleh dibuat tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.
Ketua WHIP PKR dan Ahli Parlimen Sungai Petani itu kelihatan duduk di sofa bangunan itu semasa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan sidang media membantah penahanan Matthias Chang dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA 2012.
Beliau bagaimanapun 'melarikan diri' ketika wartawan cuba bertanyakan lebih lanjut mengenai kehadirannya dalam pertemuan yang turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal itu dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)
Friday, October 9
Kenyataan Majlis Raja-Raja Tentang 1MDB Selari Dengan Kerajaan – Rahman Dahlan
Kenyataan oleh Majlis Raja-Raja tentang siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini adalah selari dengan kemahuan kerajaan berkenaan siasatan terhadap syarikat itu.
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tiada percanggahan antara Majlis Raja-Raja dan kerajaan berkenaan siasatan terhadap 1MDB.
“Jikalau kita baca betul-betul (kenyataan Majlis Raja-Raja), tidak banyak yang bercanggah. Jikalau pihak Majlis Raja-Raja hendakkan penyiasatan dibuat dan satu kesimpulan dicapai, satu penyiasatan yang berjaya, satu keputusan mesti dicapai, maka pihak kerajaan memang itulah yang kita mahukan iaitu 1MDB diselesaikan.”
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)bersedia mengerah 1,200 pegawai dan anggotanya bagi membantu memadam kebakaran hutan di Indonesia.
Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7) di sini.
Beliau bagaimanapun menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja itu.
Majlis Raja-Raja yang mengadakan mesyuarat ‘pre council’ pada Selasa lepas telah mengeluarkan kenyataan pada hari sama mahukan kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak terlibat.
Menurut Abdul Rahman, kenyataan Majlis Raja-Raja itu menunjukkan keprihatinannya terhadap isu-isu semasa sebagaimana kenyataannya pada 2010 menegur pihak tertentu berhubung isu peruntukan perlembagaan menyentuh bangsa Melayu, agama Islam dan kedudukan Raja-Raja.
Ditanya kenyataan Majlis Raja-Raja mahukan siasatan terhadap 1MDB terbuka, Abdul Rahman berkata, ia terpulang kepada pihak yang melakukan siasatan terbabit.
“Tetapi pada pandangan saya, tidak pernah pun kita menyiasat satu-satu kejadian di Malaysia ini mesti didedahkan kepada awam. Kalau kita buat begitu bayangkan jikalau orang itu tidak bersalah,” katanya.
Jika pihak tertentu didapati tidak bersalah selepas melalui proses penyiasatan secara terbuka, pihak terbabit bakal berhadapan dengan stigma negatif daripada masyarakat, menurut beliau.
Ia adalah sesuatu yang tidak adil kepada pihak-pihak yang tidak bersalah, katanya.
Sehubungan dengan itu beliau meminta pihak terbabit tidak hanya pandai meminta masalah 1MDB diselesaikan tetapi pada masa yang sama mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang merumitkan permasalahan dihadapi syarikat itu.
“Pada satu sudut (mereka) mahu 1MDB diselesaikan, tapi hari-hari mengutuk 1MDB. Bagaimana mahu selesaikan isu itu, tapi tidak bagi ruang kepada 1MDB untuk bernafas,” kata Abdul Rahman.
MARUAH MELAYU DIGELAR ANJING CUMA BERHARGA RM200.00...?
Maruah dan harga diri cuma bernilai RM200.00 bukan mahu menghina akan tetapi adakah ianya berbaloi dengan harga yang diletakkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.MKP tidak dapat menerima tindakan Ketua Menteri memberikan rasuah kepada Penguatkuasa MBPP supaya kes ini tidak berpanjangan.
Maklumat awal menyatakan bahawa susulan dari tindakan biadap dua lelaki terhadap anggota penguatkuasa wanita di Penang yang menjadi viral semalam. Laporan Polis telah dibuat oleh penguatkuasa itu sendiri.
Bagaimanapun, laporan polis yang dilakukan itu ditarik semula hari ini, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.
Persoalannya.. Kenapa tarik balik?
Hari ini kita mendapat jawapannya bahawa arahan dari pihak atasan yang mempunyai agenda politik untuk membela ahli DAP. Apa akan jadi jika yang membuat onar itu adalah bukan ahli DAP. Dah tentu tidak mendapat perhatian Ketua Menteri paling celaka didalam sejarah Pulau Pinang.
Ketua Menteri banyak menyindir Kerajaan Pusat rasuah namun hari ini terbukti secara terang-terangan memberikan rasuah pada penjawat awam supaya menutup mulut serta tidak melaporkan pekara ini kepada pihak yang berwajib untuk menjalankan siasatan.
Perbuatan membela ahli DAP sebegini sudah pasti akan mengundang ramai lagi ahli DAP yang bersikap kurang ajar serta membaling duit pada Penguatkuasa MBPP selepas ini. Jika pekara sebegini berulang kesalahan patut diletakkan dibawah batu jemala Lim Guan Eng Ketua Menteri Paling Musibat Di Pulau Pinang....
TAMBANG LRT DAN MONORAIL AKAN DISELARASKAN DENGAN KADAR BAHARU
Dengan siapnya Fasa Pertama Phase Ampang line extension – melibatkan stesen Awan Besar, Mubibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5. Ampang Line Extension ini akan beroperasi pada hujung bulan ini (31 October 2015).
Malah, Ampang Line Extension ini juga melibatkan penggunaan tren-tren baru dimana sejumlah 50 buah tren telah dibeli dengan harga RM 960 juta. Ianya bertepatan dengan apa yang telah dibentangkan didalam Budget2014 oleh Perdana Menteri mahukan pengankutan awan diperkasakan demi keselesaan rakyat Malaysia.
Dengan perbelanjaan yang begitu tinggi dikeluarkan Prasarana (dan kerajaan) untuk kesenangan pengguna di sekitar kawasan Awan Besar, Mubibbah, Alam Sutera dan Kinrara, sudah pasti tambang bagi kegunaan LRT juga harus dipertingkatkan bagi membiayai kos penyelenggaraan dan lain-lain.
Dengan kenaikkan tambang ini, perkhidmatan oleh PRASARANA akan bertambah baik sekaligus membuat rakyat berasa selesa dan puas hati.
PRASARANA telah banyak mempertingkatkan mutu dan kualiti operasi mereka sehingga hampir 100,000 pengguna sehari menggunakan perkhidmatan LRT, Monorail dan Bas Rapid untuk ke tempat kerja dan sebagainya.
Satu kadar tambang baru bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorel akan diumumkan sebelum 31 Oktober ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sru Syed Hamid Albar.
Menurut Syed Hamid, kertas cadangan penyelarasan kadar tambang baru itu telah dikemukakan kepada jemaah menteri kabinet dan mendapat kelulusan.
Bagaimanapun jelas beliau, kadar yang bakal dikenakan kepada penumpang masih lagi dalam peringkat perbincangan lanjut di antara SPAD dan juga Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana).
“Kita ingin memastikan kualiti perkhidmatan terbaik diberikan kepada pengguna, dalam masa yang sama kadarnya haruslah tidak membebankan rakyat.
“Kadar baharu tambang ini perlu diperhalusi menerusi pelbagai perspektif kerana kita mahu menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan rakyat,” katanya
Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam; Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah.
Dalam perkembangan yang sama, LRT akan meluaskan jajaran laluan perkhidmatannya ke Ampang bermula 31 Oktober ini.
Jajaran tersebut kini sudah mencapai tahap 99.4% hampir selesai manakala baki daripada itu adalah melakukan ujian laluan keretapi sebelum beroperasi sepenuhnya mengikut perancangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Shiha dan Ieda Zikir Dinobat Juara Famili Duo Musim Keempat - SHAH ALAM – Persembahan bertenaga dan memukau pasangan adik-beradik Shiha Zikir dan Ieda Zikir melayakkan mereka merangkul gelaran juara musim keempat Fami...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2015
(151)
-
►
November
(7)
- BANGUN AWAL ELAK TOL, MALAYSIAKINI BAKAL DISAMAN R...
- @CmLimGuanEng Menipu Isu Pemecatan Ahli PAS?
- RAKYAT SUSAH KERANA GST!!! GAJI ADUN NAIK DI PULAU...
- PULAU PINANG KETANDUSAN PEMIMPIN BERKALIBER........
- APAHAL POLIS BANTUAN #Prasarana DIDEPAN RUMAH @PDR...
- Prasarana selaras struktur tambang LRT, Monorel @M...
- Kembara bersama AMY secara PERCUMA @MyRapidKL @Naj...
-
►
October
(14)
- @tonypua BACUL!!! ALASAN TAK MASUK AKAL
- Tambang LRT Ampang Line PERCUMA Selama Sebulan #Ra...
- LIM GuAN ENG MELALAK SEPERTI ANJING MAHU TULANG
- @MyRapidKL BAS DUA TINGKAT UNTUK SUNGAI LONG, BAND...
- PARLIMEN DAH JADI MACAM BUDAK BERGADUH, KONG KEK K...
- LALUAN BARU BAS DUA TINGKAT,TAMBANG CUMA RM3.00 @M...
- "POLITIK BARU' ADA PUN TIDAK MENAMBAH PERGIMU TIDA...
- Kenapa Johari Hadir di Pejabat Mahathir?
- Kenyataan Majlis Raja-Raja Tentang 1MDB Selari Den...
- MARUAH MELAYU DIGELAR ANJING CUMA BERHARGA RM200.0...
- TAMBANG LRT DAN MONORAIL AKAN DISELARASKAN DENGAN ...
-
►
November
(7)