Sindiket Dadah Ditumpaskan, Dua Lelaki Ditahan di Johor Bahru
-
Johor Bahru – Tak kira bagaimana liciknya taktik mereka, akhirnya sindiket
pengedaran dadah yang membungkus serbuk ekstasi dalam sampul menyerupai
mata wan...
Thursday, June 11
DAP Kini Mengamalkan Sikap 'lepas jambatan tongkat dibuang'
Setiap hari Anwar Ibrahim yang dipasung jeriji penjara Sungai Buloh semakin larut pengaruhnya dalam politik Malaysia; khususnya dalam Pakatan Rakyat di mana parti pimpinannya, PKR, semakin tidak dihiraukan, terutama oleh DAP.
Secara formaliti sahaja, apabila Anwar gugur kelayakannya sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh, DAP cuba mempamerkan setiakawannya dengan menyokong isterinya untuk menggantikan tempat beliau di kerusi berkenaan.
Kemudian bagi memenuhi pengertian ‘adab politik’, DAP sendiri yang mencalonkan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang.
Bagaimanapun sebaik sahaja sandiwara ‘adat menghormati rakan politik’ itu selesai, DAP mula menunjukkan belang sebenarnya. Presiden PKR itu diletakkan di Dewan Rakyat dengan gelaran Ketua Pembangkang.
Di luar Dewan, Wan Azizah hanya simbol hirarki politik dalam PKR dan juga Pakatan Rakyat.
Inisiatif pertama Wan azizah sebagai peneraju Pakatan Rakyat ialah untuk mewujudkan strategi kabinet bayangan yang terdiri wakil PKR, DAP dan PAS demi mamantau gerak setiap kementerian dalam kabinet Malaysia.
Idea ini pernah digerakkannya ketika menjawat kedudukan yang sama selepas Pilihanraya Umum 1999. Hasilnya, strategi berkenaan langsung tiada bayangnya.
Usaha Azizah rapatkan PR gagal DAP tidak teruja pada idea kitar semula Wan Azizah. Dua hari kemudian DAP pula mengumumkan pembentukan kabinet bayangannya sendiri tanpa penyertaan PKR dan PAS.
Alasan DAP, adalah rumit untuk mengajak PAS berbincang dan melaksanakan strategi berkenaan setelah ia ‘melukai’ hati PKR dan DAP dalam isu mungkir janji isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
PKR bungkam. Wan Azizah pun muram. Usaha pertama untuk merapatkan saf kepimpinan Pakatan Rakyat gagal. Ideanya ditolak ketepi begitu sahaja oleh DAP. Terkedu pimpinan PKR kerana tidak dirundingi oleh DAP.
DAP nampaknya mula menunjukkan kudrat dan iltizam untuk memeta halatuju politiknya sendiri. Kebijaksanaan dan hemah politik PKR tidak diperlukan. Ini kerana Wan Azizah bukan Anwar Ibrahim.
Kemudian tanpa mesyuarat dengan PKR lagi, DAP bertindak 'mengajar' PAS, terutama presidennya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, dengan pelbagai ungkapan seperti beliau (Hadi) ‘berjasad Pakatan Rakyat tetapi berhati Umno’.
Sekali lagi terkedu PKR. Luluh deria politik mereka melihat gelagat DAP. Apa pun PKR masih sebuah parti politik Melayu, walaupun mendakwa ia sebuah parti pelbagai kaum. Sensitiviti adabnya dengan 'kesombongan' DAP terpaksa disorokkan.
Cercaan yang dilafazkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikukuhkan pula dengan 'ramalan' bapanya, Lim Kit Siang, bahawa Pakatan Rakyat akan berkubur dua minggu lagi.
Adalah jelas pada umum bahawa Kit siang merujuk pada Muktamar PAS ke-61 yang dijadual bersidang pada 4 hingga 6 Jun lalu. Kit Siang seolah-olah memberi isyarat bahawa DAP tahu dan mampu membaca politik dalaman PAS.
Ia juga boleh ditafsir sebagai peringatan kepada pencinta Pakatan Rakyat dalam PAS supaya 'melakukan sesuatu' dalam muktamar itu demi menghindar pembubaran Pakatan Rakyat yang diramalkannya berlaku.
PAS dilanda tsunami ulama
Seperti dijangka tsunami ulama melanda PAS. Hampir semua calon dari golongan profesional yang amat 'serasi' dengan pemikiran politik DAP kecundang dalam pemilihan itu.
Malah, Dewan Ulama PAS mencadangkan kepada muktamar supaya PAS memutuskan sahaja hubungan politiknya dengan DAP. Muktamar menerima tanpa bahas usul berkenaan. Ini menaikkan amarah DAP.
Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sekonyong itu mencabar wakil-wakil PAS di semua peringkat dalam pentadbiran kerajaan pimpinan DAP supaya meletak jawatan.
“Saya minta kepimpinan baharu Pas supaya mengarahkan wakil Pas dalam kerajaan negeri meletak jawatan. Saya rasa hanya dengan tindakan sedemikian sahaja menunjukkan mereka masih ada maruah.
"Sekiranya mereka berpegang kepada prinsip dan tidak pada jawatan, maka mereka harus mengambil tindakan susulan dengan berani mengarahkan yang memegang jawatan di Pulau Pinang meletak jawatan," katanya.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa jawatan yang dipegang wakil PAS di Pulau Pinang adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri.
"Jangan gunakan alasan sebagai wakil PAS dalam PR dalam Kerajaan Negeri. Sangat tidak masuk akal untuk mereka bekerjasama sedangkan PAS telah memutuskan hubungan.
"Saya harap mereka faham, macam mana boleh bekerjasama dengan kerajaan Pulau Pinang sedangkan mereka telah putuskan hubungan dengan saya selaku Ketua Menteri. Kalau putuskan hubungan DAP, saya setiausahanya, jadi harap mereka (PAS) faham," katanya.
PKR tawar hasrat mahu jadi orang tengah
PKR cuba bersikap responsif dan terjun dalam kancah perbalahan DAP-PAS ini. Ia mengumumkan akan menjadi orang tengah bagi membawa kedua-duanya ke meja rundingan.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan untuk bertemu pimpinan PAS-DAP dalam masa terdekat.
“Menyedari bahawa 52 peratus pengundi di Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah menaruh harapan kepada sistem dwi-parti untuk membawa perubahan kepada persada politik Malaysia, maka PKR bertekad dan istiqamah untuk terus perjuangkan harapan rakyat berlandaskan kerangka PR.
“PKR akan menerajui usaha untuk menjadi penghubung demi mempertahankan aspirasi rakyat yang mahu melihat PR kekal,” katanya melalui satu kenyataan.
Bagaimanapun reaksi DAP benar-benar menonjolkan sikap 'mendabik dada' dan bermaksud mempamerkan taring politiknya.
"Kami mampu menyelesaikan sendiri masalah dengan PAS. DAP wujud sejak tahun 1996 dan mempunyai majoriti wakil rakyat yang paling ramai dalam PR.
"Segala masalah boleh dibincangkan secara terus tanpa campur tangan orang lain," katanya.
Sekali lagi dengan tegas dan terang DAP menyatakan bahawa ia tidak perlu nasihat, hemah dan kebijaksanaan PKR untuk menentukan halatuju politiknya sendiri.
Bagi menutup rasa tersinggung dan aib DAP menolak tawaran dan 'kepimpinan' PKR, Naib Presiden parti itu, Tian Chua hanya mampu berkata:
"Bagus. Kalau mereka tak perlukan orang tengah...Saya yakin DAP ada caranya sendiri.
"Apa yang boleh kita katakan sekarang adalah, setiap pihak cuba melakukan yang terbaik”.
Anwar luahkan kebimbangan masa depan PR
Sementara itu di sebalik tirai besi penjara Sungai Buloh, Anwar Ibrahim cuma boleh berkirim pesan melalui peguamnya: “Saya amat risau dengan perkembangan terkini berkenaan Pakatan Rakyat”
Anwar hanya mampu menyaksikan betapa pengaruh PKR semakin merosot dan DAP bersikap semakin angkuh sementara PAS pula kini kembali berlindung di belakang ulama dan kawan-kawannya dari golongan profesional dalam PAS mula disihkan.
Di luar jendela Sungai Buloh juga Anwar mendengar penegasan DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim:
"Sudah cerai talak tiga, takkan boleh tidur sebantal lagi. Dulu rakan sama taraf, sekarang kedudukan seperti rakan kongsi majoriti dan minoriti."
Menteri Besar Selangor, yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pula terpaksa memujuk bagi menyelamatkan kerajaan campurannya dengan DAP dan PAS.
"Usah kerana kepentingan peribadi, kita merosakkan PR dan ini akan menghancurkan aspirasi rakyat. Ia satu pengkhianatan sekiranya amanah rakyat ini dikhianati," katanya.
Benarkah tingkah Azmin bahawa baik PAS mahupun DAP berbalah kerana masing-masing dilanda ego dan kepentingan diri?
Atau, DAP kini mengamalkan sikap 'lepas jambatan tongkat dibuang'.
PAS hanya tongkat untuk membantunya memperkukuh kedudukan dalam dua pilihanraya lalu dan ia menghormati PKR sebelum ini kerana ia ada Anwar Ibrahim?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? - RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin h...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2015
(151)
-
▼
June
(14)
- PARTI MELAYU CARCA MARBA, PARTI CINA AMAN DAMAI...
- Bung Mokhtar Mengamuk ‘Kamu Diam, Anak Haram’ @MyK...
- CINA BUTA & PASMA BERSAMAAN BUTA PERUT
- Penumpang @MyRapidKL ,Monorail Kini 2 Bilion @azmi...
- Nazri Aziz Kena Akta Hasutan 1948
- BERCERAI TAPI MASIH TIDO SEBANTAI...........
- DAP Kini Mengamalkan Sikap 'lepas jambatan tongkat...
- RUMAH ANGGOTA POLIS RETAK, TIDUR DIDALAM KHEMAH
- @NajibRazak BERBANGGA DENGAN @MyRapidKL MELEBARKAN...
- DAP JANGAN CABAR ORANG MELAYU................?
- TAHNIAH PAS BIJAK DIDALAM MENGATUR LANGKAH DIDALAM...
- GEMPAR :JEMUAN DAN POLONG MELOLONG DI KLIA NAMUN.....
- MENTERI MANA TAK SUKA BOLEH BERAMBUS.................
- @NajibRazak Lancar Bas Elektrik Pertama Negara @My...
-
▼
June
(14)
1 comment:
PAS memang bodoh..sebagai sebuah parti yg tua..tak sepatutnya dihina sebegitu..kalau kelantan bolih ditakluki secara sendirian , kenapa tidak perjuangan sama dilaksanakan.
Post a Comment