Tuesday, June 2

MENTERI MANA TAK SUKA BOLEH BERAMBUS.....................?



Pedas sindiran yang telah diucapkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan kepada Menteri Kabinet yang engkar pada BOSS, Memang tidak diucapkan dari mulutnya bahawa siapa ayat ini ditujukan namun pada yang terlibat kena faham sendiri kerana dah besar panjang takkan MKP nak bagitau. Rasanya pembaca dapat meneka siapa diantara menteri yang dilantik mempertikaikan kredibiliti Perdana Menteri mengenai 1MDB.

Mungkin ada sinar perpaduan diantara kedua pemimpin yang bertelagah sekarang. Bagi MKP dalam masa dua minggu ini akan ada perubahan drastik yang bakal mengejutkan rakyat Malaysia. MKP pecaya setiap kemelut yang berlaku pasti ada akhirnya. Biarlah berakhir dengan "Happy Ending" bak kata pepetah didalam drama di Thailand. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika beliau berada di tempat Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau tidak teragak-agak untuk memecat mereka yang tidak sehaluan dengannya.

Malah menurut Dr Mahathir, ketika era pemerintahannya dahulu, beliau pernah melakukan perkara sama sambil memberi gambaran, Perdana Menteri juga akan berbuat demikian.

“Kalau saya Najib, saya buang sajalah orang tak suka dengan saya... saya buang. Dulu pun saya buang banyak orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal beberapa menteri Kabinet yang dilihat mengkritik cara Najib menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menggesa agar ahli lembaga pengarah syarikat itu dipecat segera.

Beberapa kenyataan dan gesaan itu datang daripada Timbalannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Laporan akhbar tempatan hari ini melaporkan Najib juga telah memberi kata dua kepada barisan Kabinetnya supaya letak jawatan jika tidak mahu bersama-samanya dalam pemulihan 1MDB pada Jumaat.

Setakat ini, hanya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memberi persetujuan bersyarat dalam perkara itu.

6 comments:

Anonymous said...

Najib buat taik, orang lain yang kena berhenti. Apa punya undang-undang, mungkin dah jadi negara kowboy kot. Boss ni boss yang tak dipilih pun, tapi dipaksa jangan bertanding waktu pemilihan Umno. Kerajaan bukan company mak bapak yang boleh dibuat sukahati. Akibat dari terlampau nak tunjuk kesetiaanlah yang menyebabkan apa saja yang dibuat Najib diterima bulat-bulat. Terang-terang salah pun masih kata betul. Apa bodoh punya BN, tak ada prinsip langsung. Kalau ikan bilis, ambil rasuah sikit dah heboh satu Malaysia. PM bagi tanah murah-murah kat 1MDB pun tak kisah langsung. Lepas tu boleh jual sukahati untuk cover loss.

Anonymous said...

Najib x pecat sapa2 lagi. Tapi dia berterus terang supaya semua orang faham kerja berkumpulan. Tapi luah pendapat x salah kerana selaras dengan amalan demokrasi. Lagipun ia boleh dijadikan chek and balance. Kalau beri pendapat pun x boleh, itu namanya kuku besi.

Anonymous said...

Nampak sangat nak jadi diktator, terlalu terdesak? apa salah mereka hanya hendak memberi pendapat dan komen?

Anonymous said...

Baguslah 1MDB ni dipulihkan kerana 1MDB ni nampak ada wawasan berdasarkan aset2 yg dibeli.

Anonymous said...

1MDB is over most of the ministers head including Muhyiddin. Too complicated. Kesian kat depa. Jangan suruh depa resign. Khairy lulusan Harvard pun tak faham sebab apa TH Properties beli tanah 1MDB. Bagi depa pi kursus pasal property development kat London sebulan baru depa boleh faham kot. Sebab tu Mahathir suka memperbodohkan orang2 Melayu sebab dia tahu lebih ramai melayu bodo dari melayu cerdik.

Anonymous said...

Sapa2 yg x faham fasal pelaburan besar2 ni x yah komenlah kerana mengelirukan. Biak orng yg faham tu buat kerja depa. YG penting 1MDB dipulihkan dan halatuju 1MDB adalah untuk rakyat dan negara. Setahu aku pak2 menteri yg kurang faham 1MDB tu memang ada tapi yang x mahu 1MDB dipulihkan belum ada lagi. Ini perkara sehat.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive