Sindiket Dadah Ditumpaskan, Dua Lelaki Ditahan di Johor Bahru
-
Johor Bahru – Tak kira bagaimana liciknya taktik mereka, akhirnya sindiket
pengedaran dadah yang membungkus serbuk ekstasi dalam sampul menyerupai
mata wan...
Saturday, June 20
PARTI MELAYU CARCA MARBA, PARTI CINA AMAN DAMAI...
DAP sudah pun keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekali gus meranapkan impian gabungan ini untuk menawan Putrajaya dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU14) tiga tahun lagi.
Hubungan yang tidak pernah elok dalam PR terutama di antara DAP dan Pas sejak mula digabungkan akhirnya pecah juga dan ramai yang menyifatkan perpecahan itu lebih baik berlaku sekarang sebelum PR menang PRU14 seperti yang diramalkan banyak pihak.
Memang BN sendiri agak bimbang dengan sokongan rakyat terhadap PR lebih-lebih lagi dengan krisis dalaman yang melanda UMNO hari ini melibatkan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Hampir semua pekung Najib dan UMNO didedahkan Mahathir satu demi satu sehinggakan rakyat menjadi semakin meluat melihatkan ‘peperangan’ dua pemimpin parti Melayu ini.
Tidak ada yang baik tentang Najib yang lahir daripada mulut Mahathir malah semua yang dilakukan oleh suami Datin Seri Rosmah Mansor ini hanyalah buruk belaka di mata Mahathir.
“Peperangan’ ini sempat dijadikan modal PR untuk menang dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh sebagai bukti UMNO parti kerajaan yang sedang bergolak.
Rakyat Permatang Pauh tidak mahu memilih BN dan terus memenangkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun bunga-bunga keretakan hubungan Pas dan DAP dalam PR telahpun tersemai.
Jelas sekali, rakyat masih yakin dengan PR untuk terus maju dan memastikan hasrat ‘menguburkan’ BN menjadi kenyataan pada PRU14 nanti.
Namun hari ini, rakyat dah bercelaru dan semakin bercelaru memikirkan kedudukan PR yang mereka sokong hingga berjaya mendapatkan Selangor dan Pulau Pinang daripada kerajaan BN.
Dan perpisahahan DAP dan Pas adalah sesuatu yang sudah pasti melegakan BN kerana PR sudah tidak lagi bersatu untuk bertanding satu lawan satu dengan BN.
Selepas ini, DAP akan bertanding sendiri pada PRU14 nanti tanpa bergabung lagi dengan PR. DAP akan berkempen dan cari pengundi sendiri untuk menang kawasan yang dipertandingkan.
Khabarnya memang menjadi perancangan DAP untuk keluar daripada PR dan bergerak sendirian selepas yakin pengundi Cina yang menolak BN akan menyokong DAP pada PRU akan datang.
Itulah startegi politik DAP! Malah kini DAP berjaya menyelinap masuk dalam satu kumpulan Pas untuk sama-sama menjatuhkan Datuk Seri Hadi Awang selaku Presiden Pas Malaysia.
Peliknya, kumpulan yang hendak menjatuhkan Hadi ini sanggup bekerjasama dengan DAP untuk menghancurkan Pas dalam diam.
Pada masa sama, Mahathir terus menggasak agar Najib akhirnya mengundur diri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden UMNO.
Ketika pemimpin parti Melayu bertelagah ke arah kemusnahan, belum lagi terdengar pemimpin parti yang majoriti ahlinya kaum Cina seperti dari MCA, Gerakan dan DAP bergaduh sesama mereka.
Mereka hidup aman damai , berkongsi cerita Melayu gaduh sesama sendiri tetapi pada masa sama, mereka terus menguasai sektor ekonomi.
Sebaliknya, tiga parti politik Melayu yang ada, UMNO, PKR dan Pas tidak pernah aman dari dulu hinggalah sekarang malah semakin bercelaru.
Paling menyedihkan, ketika kerajaan UMNO semakin tenat dengan pelbagai propaganda, parti pimpinan kaum Melayu terus tak sebulu kononnya demi maruah tetapi DAP terus mendabik dada kerana berjaya mendapatkan sokongan kaum Cina dan Melayu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? - RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin h...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2015
(151)
-
▼
June
(14)
- PARTI MELAYU CARCA MARBA, PARTI CINA AMAN DAMAI...
- Bung Mokhtar Mengamuk ‘Kamu Diam, Anak Haram’ @MyK...
- CINA BUTA & PASMA BERSAMAAN BUTA PERUT
- Penumpang @MyRapidKL ,Monorail Kini 2 Bilion @azmi...
- Nazri Aziz Kena Akta Hasutan 1948
- BERCERAI TAPI MASIH TIDO SEBANTAI...........
- DAP Kini Mengamalkan Sikap 'lepas jambatan tongkat...
- RUMAH ANGGOTA POLIS RETAK, TIDUR DIDALAM KHEMAH
- @NajibRazak BERBANGGA DENGAN @MyRapidKL MELEBARKAN...
- DAP JANGAN CABAR ORANG MELAYU................?
- TAHNIAH PAS BIJAK DIDALAM MENGATUR LANGKAH DIDALAM...
- GEMPAR :JEMUAN DAN POLONG MELOLONG DI KLIA NAMUN.....
- MENTERI MANA TAK SUKA BOLEH BERAMBUS.................
- @NajibRazak Lancar Bas Elektrik Pertama Negara @My...
-
▼
June
(14)
4 comments:
DAP yang akan hancur pada PRU14.
Pru14..dap jgn mimpi bentuk kerajaan..hanya dpt penang sj..penduduk cina berapa percent sj di Malaysia..undi melayu juga jd penentu..pas tetap dpt penyokong sama..pkr bukan pengaruh sgt..lihat jumlah MP lebih dap lagi..umno walau bermasalah masih di perlukan pengundi melayu untuk terus dibela..
DAP ni tukang chong atau tukang bancuh segala isu yang boleh memberi manfaat kepada kaumnya. Ini kerana MCA dan GERAKAN hanya berdiam diri dan membiarkan saja DAP menjalankan kerja2nya. Apabila MCA dan GERAKAN rasa bahawa segala cita2 mereka bersama DAP akan tercapai, mereka ni secara senyap2 akan menyokong DAP. Ingat boleh pecaya sangat ke dengan MCA dan GERAKAN ni. Semua ini telah pun terbukti dalam PRU13 dan tidak mustahil perkara sedemikian akan berulang lagi di PRU14.
Melayu hanya ikut perasaan saja! Gagal guna otak. Gagal membaca arah tujuan perjuangan. gagal mengawal nafsu . Gagal mmembina maruah baik. Gagal membentuk generasi muda bertanggung jawab!! Gagal mentakrif tindak tanduk perbuatan! Gagal kerana tamak haloba!! Sedih konon ada kebangkitan Islam11 Tetapi tiada penghayatan sebenar!! Allah tiada memberkati kalau Islam hanya untuk tunjuk-tunjuk !!! Gagal kerana bersikap "Enau Dalam Belukar !!! Masih gagal melihat akan kehancuran yang bakal dibawa sendiri???????
Post a Comment