Monday, July 20

@LimKitSiang GELABAH, Hanya Buih Yang Kenal Buih Lain @MpKotaBelud


Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Dato' Abdul Rahman Dahlan dikecam lagi. Jika sebelum ini Ahli Parlimen PANDAN menyerang dengan fakta yang tidak tepat dan memalukan.

Kali ini pembangkang terpaksa menggunakan OTAI mereka Ahli Parlimen Gelang Patah. Semuanya berkisar mengenai pengakuan bekas pembantu editor Sarawak Report, Lester Melanyi minggu lalu nampaknya semakin sensasi.

Terbaharu ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang turut memperleceh pengakuan Lester dengan cuba mendedahkan karakter bekas editor Sarawak Tribune itu bagi menunjukkan lelaki tersebut kononnya sebagai amat bermasalah teruk.

Tindakan ahli Parlimen Gelang Patah itu menarik perhatian DaARD yang seterusnya menyindir ‘tajam’ Penasihat DAP tersebut menerusi kenyataan terbuka semalam.


Lim Kit Siang is a desperate conjurer. Conjurers are experts at misdirection.That is why in his haste to respond to...
Posted by Dato' Abdul Rahman Dahlan on 19hb Julai 2015

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu malah merujuk Kit Siang sebagai seorang pemerhati terdesak yang pakar dalam mengalihkan perhatian ke arah salah dalam isu pengakuan Lester tersebut.

“Sebab itulah dia tergesa-gesa respons terhadap pengakuan berkenaan dengan cuba merosakkan keperibadian Lester padahal Kit Siang sepatutnya menyambut baik berita itu dan meminta polis menyiasat Sarawak Report.

“Malangnya dia pilih untuk abaikan pengakuan itu tetapi hina pula Lester. Dalam kes Kit Siang yang kini berusia 74 tahun dengan memori rapuh, biarlah saya sendiri ingatkan dia asal-usul kisah pengakuan berkenaan,” katanya.

DARD menulis: “Apabila seorang rakyat Malaysia prihatin buat laporan polis mengenai video pengakuan Lester, saya diberi peluang oleh pengadu itu menonton sendiri video tersebut sebelum saya buat sidang akhbar.

“Mungkin sebab saya Anggota Parlimen Kerajaan, pengadu itu mahu saya berkongsi cerita rancangan jahat menggulingkan kerajaan BN dan saya amat terkejut sebaik selesai menonton video pengakuan Lester tersebut.

“Lelaki yang mendakwa sebagai pembantu Claire Brown di Sarawak Report itu membuat satu tuduhan amat serius ke atas majikannya sendiri selain beberapa tokoh pembangkang untuk ‘menjenayahkan’ Najib dan 1MDB.

"Mudah kata, hanya buih yang kenal buih lain. Namun ia berakhir ketika Claire dan Sarawak Report terus kekal jadi buih, Lester ironi keluar dan enggan diupah ‘menjenayahkan’ Perdana Menteri dengan tuduhan palsu.

"Buih di atas bumi ini seperti ditohmah Kit Siang; nampaknya sudah berdamai dengan Tuhan dan memutuskan untuk menebus dosa dirinya selama ini,” sinis DARD lagi seperti membalas ‘paku keras’ ke atas Kit Siang.

“Biarlah kita berterus terang. Bukan mudah untuk buat pengakuan video dan melibatkan nama-nama besar. Ini melibatkan keberanian bagi seseorang sekadar bertaraf buih. Lagipun, banyak orang suka menuduh tanpa bukti.

“Tetapi mereka takut menamakan nama-nama tertentu. Ini tidak bagi Lester. Dia malah berani menamakan individu itu secara terbuka! Saya pasti Lester tahu dia akan jadi tumpuan awam dan pasti disiasat pihak polis.

“Dia sedar risiko buat dakwaan palsu boleh dikenakan saman fitnah namun dia sudah melakukannya! Kenapa? Mungkin Lester ada banyak lagi maklumat baharu untuk didedahkan kemudian? Kita kenalah tunggu dan lihat.

“Keberanian Lester menamakan individu itu menjadi sebab kenapa saya buat sidang akhbar bagi menggesa polis dan Interpol melakukan siasatan terperinci, sekali gus mengesahkan dakwaan Lester sama ada benar atau tidak.

“Saya gembira dimaklumkan pihak polis sudah memulakan penyiasatan malah difahamkan pengadu kes ini selain Lester sendiri telah beri kerjasama dengan polis. Terima kasih PDRM. Biarkanlah kebenaran terbongkar.

“Pada masa sama, saya melihat tindakan Kit Siang agak terburu-buru, tetapi sekali lagi sebagaimana kita maklum, hanya pemerhati yang berusia sahaja boleh melakukan dengan baik,”

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive