RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
Friday, July 31
RAKYAT MALAYSIA BERJAYA DIPERDAYAKAN #SarawakReport #1MDB
Semalam kecoh bagaikan Malaysia dilanda Tsunami sekali lagi. bukan betul pun akan tetapi didalam alam maya ajelah. Tak senang duduk Ketua Polis Negara Tan sri Khalid abu Bakar dan Peguam Negara apabila portal Sarawak Report kononnya mendedahkan satu kertas pertuduhan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rakyat Malaysia yang rata-rata suka menghadam benda tanpa melakukan sebarang siasatan atau homework melompat-lompat sampai ke bumbung kegembiraan kononnya terbukti Najib bersalah dan charge sheet itulah punca mengapa Tan Sri Abdul Ghani Patail kononnya dipencenkan awal sebagai Peguam Negara.
Sebenarnya, apa yang terbukti hanyalah penipuan sekali lagi oleh Sarawak Report.
Jika dahulu mereka menyiarkan dokumen berkaitan urus niaga 1MDB dengan PetroSaudi yang telah diubah-suai, semalam mereka menyiarkan kertas pertuduhan atau charge sheet
palsu pula.
Gelombang fitnah dan berita rekaan untuk menjatuhkan kerajaan nampaknya tidak kunjung putus.
Sepanjang menjadi wartawan, semalam adalah kali pertama penulis melihat charge sheet siap untuk sebuah kes yang masih dalam siasatan.
Bayangkan, belum ada sesiapa yang dibawa ke mahkamah atau didakwa, charge sheet sudah siap. Umpama kita menuduh orang tanpa bukti.
Kenyataan Najib pun belum lagi direkodkan tapi charge sheet dah siap.
Sayangnya… begitu cepat rakyat kita makan benda-benda fitnah.
Charge sheet yang digunakan tu pun kalau benarlah, sangat memalukan untuk sebuah negara macam Malaysia.
Macam budak sekolah buat asignment aje rupanya. Kertas A4 yang ditaip ikut kesesuaian gigi sendiri.
Format semua tak ikut langsung charge sheet mahkamah di Malaysia.
Charge sheet sebenar yang dipakai adalah seperti yang di bawah;
Bila siasatan dah selesai, orang yang didakwa akan dibawa ke mahkamah dan kertas pertuduhan atau charge sheet seperti ini yang akan digunakan sepanjang proses oleh semua pihak termasuk peguam bela dan pendakwa raya.
Yang Sarawak Report tunjuk semalam tu entah apa benda.
Kat sini sahaja kalau anda berakal sudah boleh nampak permainan jahat yang cuba dimainkan oleh Sarawak Report untuk menjatuhkan kepimpinan negara ini.
Entah la pompuan mat salleh mana kat United Kingdom tu yang merasakan bangsa dia masih menjajah kita duk perbodohkan kita semua.
Sekali lagi… punyalah beza kan kertas pertuduhan rasmi yang dipakai dengan yang kononnya melibatkan Perdana Menteri itu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Shiha dan Ieda Zikir Dinobat Juara Famili Duo Musim Keempat - SHAH ALAM – Persembahan bertenaga dan memukau pasangan adik-beradik Shiha Zikir dan Ieda Zikir melayakkan mereka merangkul gelaran juara musim keempat Fami...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2015
(151)
-
▼
July
(13)
- RAKYAT MALAYSIA BERJAYA DIPERDAYAKAN #SarawakRepor...
- The Edge Telah Melanggar Etika Kewartawanan Malays...
- LETUPAN JUSTO!!!! KENA KENCING KE DER.........?
- @LimKitSiang GELABAH, Hanya Buih Yang Kenal Buih L...
- Apa Dah Jadi @rafiziramli & Skandal “Justogate”
- Salah Laku Claire Brown Dan SR Dilaporkan...
- PETUGAS @MyRapidKL #MetroMekah BERAYA DIPERANTAUAN...
- TUN M ADA AGENDA PERIBADI RUPANYA #SelamatkanProton
- Ramly Burger & PRIDE Belanja Anak Yatim Makan Burg...
- KISAH PEMANDU BAS @MyRapidKL YANG DICERITAKAN OLEH...
- Pihak dakwa Saya Songlap Duit 1MDB Akan diSaman @N...
- ROSMAH MANSOR DIPAKAI KASUT..............?
- #1MDB BILA KETUA MENTERI PULAU PINANG UGUT, Dato' ...
-
▼
July
(13)
7 comments:
Assalammualaikum wmt,
Yg jadi masalah negara kini bukannya kerana rakyat termakan fitnah atau apa jua pendedahan media yg dianggap bohong, tipu, konspirasi dll.
Rakyat jadi termakan segalanya kerana pihak berkuasa pemerintah tidak berani bertindak cepat. Kalaulah benar laporan SR itu satu penipuan dan fitnah, kenapa tak bertindak. Kenapa tak tangkap dan dakwa mereka yg kelolakan SR?
Kalau perkara seperti ini terjadi di Singapura, dah lama pengendali SR tu masuk penjara. Hari ni ditangkap. Esok didakwa dan seterusnya pada hari sama akan disumbat ke penjara.
Persoalannya ialah kenapa kerajaan dgn barisan menteri barunya tak bertindak? Apakah takut nanti jika dibawa ke mahkamah segalanya terdedah atau mungkin lebih banyak lagi akan terlambak. Itulah tanggapan rakyat masa kini.
Justeru, janganlah para menteri, penyokong Najib dan juak-juaknya cepat menyalahkan rakyat seolah-olah rakyat negara ini semuanya bodoh dan dunggu.
Bak kata Kadir Jasin dlm entri terbarunya yg bermaksud: 'Bangkai gajah takkan mampu ditutup dgn nyiru kerana bangkai itu telah ditokak-tokak oleh banyak haiwan pemangsa. Dah berterabur seantero dunia'.
Menyalahkan orang lain mudah, tapi menyalahkan diri sendiri itu yg payanh sangat untuk dilakukan.
Wallahhu'alam...
Kesilapan besar najib terlalu lambat..terlalu berhati2 utk selesaikan isu tersebut.Wlpun benar ia fitnah...kluarkan statement atau sidang akhbar atau apa2 shj saluran agar semua ralyat faham.
Memang kelemahan anda tak mampu menangkis spt tun m, skrg2nya mencuba...
Kalau ko jadi najib pun mau ko gantung diri.sbb tak sanggup menanggung beban.yg sepuluh isue belum selesai datang berpuluh2 fitnah.terlalu sebok dgn fitnah.sbb orang m'sia dh tk kenal erti dosa dan pahala.mungkin pahala dia dh bertimbun2,diakhirat besok perasan timbangan baik melebihi timbangan jahat.
bro hasnul,
saya pun stuju kalau tangkap aje pengendali SR tu. Tapi, kan semua dh kata, pengendali SR tu skrg ada kt UK. Nak dakwa mendenya? SR pengecut. Tulis artikel dr UK. Kalau berani balik Sarawak lah. tgk tan sri adenan layan mcm mane.
Macam mana rakyat nak percaya , penafian itu bukan datang dari mantan AG Gani patail ,kedua kenapa tergesa gesa pecat mantan AG Gani tampa notis , sampai dia pun tak tahu, awal pagi nak masuk ofis kena eskod keluar ,Benda lain najib boleh tipu tapi satu perkara ini buat rakyat ,yakin ada perkara jahat telah dibuat najib.
Kalau fitnah, saman sajalah dari awal. Sekarang dok sibuk tangkap orang, rakyat bukan semua bodoh.
Tuan dan puan. Mmg kita tak suka cara najib yg kononnya 'lembap' tangani masalah.
Tapi sebenarnya apa yg beliau buat adalah terbaik dan agak pantas.
Cuba fahami kesan kegopohan. jika terus ambil tindakan terhadap mana2 individu atau syarikat.. dan kemudian silap.. Akan parah jadinya. Kerana ini masalah negara. Bukan masalah perseorangan. Maruah negara perlu dipertahankan. Jangan kelak malu satu dunia kerana kesilapan teknikal. Tangkapan dibuat sekarang setelah siasatan telah genap penemuan2 penting. Jadi berfikiran rasional dan tidak perlu mengikut nafsu muda yg tidak sabar. Sebab tu pemimpin umno/bn tiada yg muda mcm izzah. Buat statement yg makan diri digereja tempoh hari. Mmg berita sampai laju.. Tapi siasatan bila2 pun dan dimana2 pun tak akan selari kelajuannya dgn penipuan yg viral di internet. Itu hakikat yg menyedihkan dan terpaksa kita terima.
Post a Comment