exponegaraku

Wednesday, July 15

Salah Laku Claire Brown Dan SR Dilaporkan...


Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bahawa satu laporan polis telah dibuat hari ini oleh seorang pengadu di mana satu bukti baru telah dikemukakan tentang salah-laku pengendali laman web Sarawak Report (SR), Claire Rewcastle Brown.

Beliau berkata laporan polis itu mendakwa Claire Brown telah melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor, Reza Aziz, Petrosaudi dan isu-isu lain yang berkait-rapat dengan 1MD

“Pengadu tersebut mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh bahawa wujudnya niat jahat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk melunaskan sebuah misi yang bergelar: ‘Mission to criminalize Dato Seri Najib Tun Razak dan 1MDB’.” Ujar Abdul Rahman.

Selain daripada itu, pengadu juga mendakwa bahawa niat jahat itu bertujuan untuk menjatuhkan nama baik dan maruah kerajaan dalam mentadbir-urus negara, di samping bertujuan untuk memesongkan rakyat supaya membenci kerajaan.

“Pengadu juga mendakwa bahawa segala tindakan termasuk pemalsuan fakta yang dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan tersebut telah memberi tekanan kepada ekonomi negara.”

Abdul Rahman difahamkan bahawa bukti baru yang dikemukakan oleh pengadu kepada pihak polis, termasuk sebuah video pengakuan seorang individu yang terlibat secara langsung dalam perbuatan memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu di laman web Sarawak Report.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa supaya pihak Polis Diraja Malaysia dapat memberi perhatian khusus terhadap laporan polis yang dibuat oleh pagi tadi dan siasatan segera dilakukan tanpa lengah lagi.

“Saya juga memohon pihak polis untuk segera menghubungi rakan sejawat mereka dalam Interpol, supaya individu-individu yang dinamakan dalam video pengakuan tersebut dapat disoal siasat oleh pihak Interpol dan polis United Kingdom. Ini penting agar bukti-bukti lain yang masih dalam tangan atau pegangan mereka tidak dimusnahkan atau dialihkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.” Katanya.

Beliau juga dimaklumkan bahawa individu-individu warga British yang dinamakan dalam video pangakuan tersebut hanya akan memberi keterangan jika ada penyiasatan rasmi oleh pihak berkuasa di United Kingdom.

Menurut kandungan salinan laporan polis tersebut, video pengakuan yang dibuat oleh seorang individu turut mendedahkan beberapa nama pemimpin pembangkang yang didakwa bersengkokol dengan Clare Brown dan Sarawak Report. Pendedahan ini perlu disiasat rapi oleh Polis untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada semua pihak yang terbabit dalam isu 1MDB.

Selain daripada video pengakuan tersebut, beliau telah dimaklumkan bahawa pengadu juga telah menyerahkan kepada pihak polis, salinan email yang didakwa telah ditulis oleh Claire Brown. Antara isi kandungan email yang bertarikh 1 Mac 2015 tersebut, Claire Brown telah didakwa menulis

: “Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly ‘forging’ all those documents!!!!!” (Terima Kasih! Ini memang satu tugas yang mencabar! Berjaga malam demi malam hanya untuk memalsukan semua dokumen ini!)

Abdul Rahman berkata buat masa ini, apa yang dimaksudkan oleh Claire Brown melalui email itu tidak dapat dipastikan. Tetapi oleh kerana sejak akhir-akhir ini ramai pihak yang ragu dengan Claire Brown dan laporan Sarawak Report memalsukan fakta, diharapkan pihak Interpol, polis United Kingdom serta Polis Diraja Malaysia dapat menyiasat apa yang dimaksudkan dalam email berkenaan.

Sehubungan dengan itu, beliau berkeyakinan tinggi bahawa pihak Polis Diraja Malaysia dan pihak Interpol akan menyiasat laporan polis ini dengan terperinci untuk mengesahkan dan mencari kebenaran dalam isu pemalsuan fakta dalam Sarawak Report.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive