RAPID

Friday, August 28

ELOKLAH PEMUDA MCA MENJAHANAMKAN NEGARA......? @KhairyKJ @AzwanBro @ibdil


Apa dah jadi dengan kepimpinan pemuda sekarang. Persoalan ini bermain difikiran MKP ketika ini. Sebagai Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Saudara Khairy Jamaluddin harus memberikan kata dua pada Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon. Jika diikutkan semasa PRU lepas cina nie tak menang pun kerusi Parlimen, Namun atas kapisiti menjaga hati serta hariki didalam Barisan nasional, Kepimpinan Perdana Menteri lantik jugak Cina nie jadi Senator dan Timbalan Menteri Pendidikan.... Takkan dah tak kena budi.

Ketika parti komponen Barisan Nasional meminta ahli dan orang awam pelajar menjauhi perhimpunan Bersih 4.0 yang bermula esok, pergerakan Pemuda MCA pula bertindak sebaliknya dengan menjamin tidak akan mengambil tindakan terhadap ahlinya yang menyertai perhimpunan tersebut.

Malah Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon juga berpendapat universiti tidak sepatutnya mengambil tindakan terhadap pelajar mereka yang menyertai perhimpunan itu atas kapasiti individu negara ini.
"Tidak akan mengambil tindakan terhadap ahli Pemuda MCA yang menyertai perhimpunan itu kerana penyertaan mereka berdasarkan kepada kapasiti rakyat negara ini," katanya yang juga Timbalan Menteri Pendidikan.

Tindakan Chong Sin Woon membenarkan ahlinya mengikuti demonstrasi Bersih 4 adalah tidak selari dengan keputusan BN yang melarang seluruh parti komponen dari mengikuti demonstrasi tersebut atas alasan bahawa penganjuran demo tersebut jelas didalangi oleh parti-parti pembangkang seperti Dap dan PKR serta cebisan anggota Pas yang kini sibuk mewujudkan GHB.

Ketua Pemuda MCA berada dalam 'state of confusion' apabila menyokong gerakerja pembangkang dan menidakkan keputusan 'collective' BN. Saya yakin, beliau juga tidak merujuk perkara ini kepada Ketua Pemuda BN pusat iaitu YB Khairy Jamaluddin dalam mengeluarkan keputusan sebesar ini.

Kalau beliau boleh menyokong gerakerja pembangkang dan menidakkan keputusan parti, baik beliau ambil keputusan keluar dari komponen BN kerana jelas ia melanggari 'collective decision' parti yang membentuk kerajaan sedia ada iaitu BN.

MKP patut menggelar Timbalan Menteri ini sebagai kurang ajar, kerana jika gerakan Bersih 4 berjaya menggulingkan kerajaan BN yang dituduh kotor dalam pilihan raya umum serta seumpama dengannya, beliau boleh dianggap sebagai sebahagian dari komplot yang menumbangkan diri sendiri. Tidakkah bodoh bagi dirinya menjatuhkan kerajaan yang beliau sendiri kini menjawat jawatan dalam jemaah menteri sebagai timbalan menteri?

Kenyataan balas kepada Ketua Pemuda MCA Malaysia. 
1. Kalau tak mampu faham tugas dan peranan sebagai Timbalan Menteri, sila letak jawatan. 
2. Bersih 4 adalah agenda DAP dan Pembangkang, kalau nak se iya sekata dengan mereka, jangan jadi gunting dalam lipatan. 
3. Tugas Polis menjaga rakyat kebanyakan. Bukan duit rakyat untuk membayar overtime Polis kerana mahu menjaga Bersih yang membazirkan duit rakyat. 
4. Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon sepatutnya lebih sensitif dan bukan bertindak melulu tanpa menggunakan pemikiran yang matang. 
MOHD RAZLAN RAFII
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
28 Ogos 2015

8 comments:

Anonymous said...

jagan lah harapkan KJ,dia bukan peduli apa pun.mungkin kalau nak di bandingkan ,dia lebih liberal dari si Chong tu,entah-entah pemuda Umno pun ada yg join sekaki.

aku tak nampak sorang pun dalam kem KJ yg boleh diharap utk memperjuangkan,apa yg di perjuangkan Umno.dia pun haya tahu sepak bola, naik basikal,beraksi di pentas meperagakan diri ,tapi tak pernah sepatah pun mempertahankan hak Melayu dan Islam.Kalau beliau terus di biarkan mengetuaiUmno, satu hari nanti Umno akan berkerjasam dang DAP dan PKR ,mempromosi liberalisma.

Anonymous said...

Pilihanraya akan dtg biar UMNO yg bertanding di kaw. yg majoritinya bangsa Melayu.

Anonymous said...

Sekurang-kurangnya ada pemimpin yg berfikiran waras dalam bn. Perhimpunan ini bukan jatuhkan kerajaan , tapi najib. Sepatutnya kalau pemimpin yg sayangkan negara dah turun dah. Dalam mesyuarat umno bahagian dah tolak kepimpinan sampai fail saman . Benda baik pun di kaitkan dgn perkauman. Bila lah umno boleh berubah.

Anonymous said...

Kena paham...! siapa yg banyak sertai demo ni.... Apa tujuannya...!

Hanya satu Hendak jatuh kan YAB Najib. @ SIAPA NAJIB...

Kaum apa....

Musuh siapa.......

Anonymous said...

memang umno takan berubah..
dan kami ahli tak benarkan ia berubah..
selagi umno tak berubah.. selagi itu melayu terjaga..
apa yg cina mahu ialah tanah melayu.. bukan utk bersatu.. bukan kita tak faham udang sebalik batu mereka.. kalau tak paham.. insaflah dan belajarlah perangai cina sebenarnya..

Anonymous said...

pemuda mca patut keluar mca dan bn..
seperti pendapat Razlan.. saya sokong..

Anonymous said...

Tiada parti yg bolih pertahan melayu/islam, selain umno, olih itu wajib sokong umno terajang dapigs pd pru 14 nnt, insyaallah. Nak harap kn pas, takut nnt bila kita pilih pas, mereka u-turn kerjasama semula dgn dapigs. Kita semua maklum bila pas, dapigs, pkr kerjasama yg jadi ketua adalah dapigs.
Adalah lebih baik peminpin yg x lekang dari dosa, tapi tetap mendaulat kn Islam dari peminpin yg nampak lebih islam tapi akan menjahanam kn islam dan tanahiar tercinta dgn mengiyakan segala kata-kata dapigs, bila dapigs berkuasa x mustahil malaysia tercinta jadi negara republik. NAUZUBILLAH
Jika pd pru 14 nnt melayu dpt terajang dapigs,Insyaalah, lepas itu kita bersuara minta parti yg jadi kerajaan hanya melantik mereka yg benar2 berjuang utk agama islam, bangsa dan negara.

Anonymous said...

Kan dah kata jangan beri susu kat beruk. Alangkah molek kalau susu tu beri kat anak sendiri.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive