RAPID

Thursday, August 20

HEBAT LABUR RM2.00 DAPAT 7.6BILION.........?


Memang terkedu apabila MKP membaca apa yang telah dibongkarkan. Tak sangka Azmin pun pandai jugak bermain wayang. Tapi penyokong PKR tidaklah sekejam UMNO sehingga menjadi BATU API melagakan pemimpin sendiri.

Benarlah kata bidalan lama masyarakat Melayu, paku dulang paku serpih, mengata orang tapi dia pula yang lebih. Mungkin itulah yang amat sesuai bagi menggambarkan isu panas sebuah GLC terbaharu di Selangor.

Ceritanya tiada siapa pun yang tahu malah khabarnya di sebalik kontroversi Darul Ehsan Investment Group (DEIG), pembangkang licik mengalih perhatian rakyat Malaysia kepada isu dana pelaburan di bawah 1MDB.

Ironi sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia itu nyata jauh lebih telus, profesional, bahkan terbuka dikritik, sebaliknya tidak DEIG yang kemelutnya senyap dirahsiakan daripada diketahui oleh sesiapa pun di luar sana.

Ini dapat disaksikan sendiri apabila DEIG diwujudkan Disember tahun lalu oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali kemudian kebetulan terus ‘tenggelam’ apabila isu 1MDB disensasikan pembangkang mulai Januari tahun ini.

Bagaikan dirancang secara rapi penuh teliti, cerita 1MDB berjaya diputar belit oleh pembangkang sehingga rakyat dihasut benci kerajaan BN, tetapi kisah DEIG yang jauh lebih ‘misteri’ dibisukan macam tiada apa-apa berlaku.

Seronok sangat hentam BN, skandal DEIG akhirnya terbongkar bukan disebabkan oleh laporan jahat Sarawak Report, Wall Street Journal, The Edge, Xavier Andre Justo atau aura negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad!

Lucunya ia ‘dipecahkan’ sendiri wakil rakyat Pas yang digantung keahlian oleh parti itu pada sidang DUN Selangor baru-baru ini serta disokong ramai ADUN dari Pas, DAP selain BN dan wakil tunggal Bebas, Khalid Ibrahim.

DEIG ditubuhkan Azmin ‘menutup’ kisah legenda kejayaan Menteri Besar Incorporated (MBI), sayap pelaburan kerajaan Selangor yang pernah diurus Khalid, MB paling cemerlang seperti pernah diucapkan Anwar Ibrahim.

Legasi kegemilangan Khalid cuba dipadamkan Azmin selepas ADUN Pelabuhan Klang itu dipecat PKR kerana kedegilan meletak jawatan MB bagi memberi laluan kepada ADUN Kajang, Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar!

Tidak ramai tahu, kira-kira RM30 bilion nilai aset yang sebelum ini diuruskan oleh MBI kemudian diletakkan di bawah DEIG, sebuah syarikat bernilai hanya RM2 dengan status sebagai syarikat pengurusan risiko pelaburan.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua saham DEIG bernilai RM2 itu dipegang Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi, Soffan Affendi Aminuddin.

Ini berbeza menerusi laman web DEIG yang menunjukkan ia 100 peratus milik penuh MBI serta menamakan Azmin sendiri selain Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri sebagai pengarahnya.

Rekod SSM turut menjelaskan bahawa jenis perniagaan DEIG ialah pegangan pelaburan iaitu beli untuk pelaburan atau dijual semula serta untuk menjual tanah, rumah dan hartanah lain dalam tempoh tertentu dan lain-lain.

Ini bermakna DEIG diberi mandat untuk menguruskan segala aset Selangor bernilai puluhan bilion ringgit tanpa pengawasan pihak kerajaan negeri dengan mengandaikan bahawa semua aset MBI telah dipindahkan ke DEIG.

Sekiranya pemindahan aset telah dilakukan, tidak ada sebarang maklumat mengenai transaksi berkenaan boleh didapati dan itulah punca sidang DUN Selangor baru-baru ini ‘bersetuju’ untuk menangguhkan operasi DEIG.
Bayangkanlah, selama ini tiada siapa tahu apakah urus niaga dilakukan DEIG sehingga ADUN Hulu Klang, Saari Sungib bangkit meminta agar pihak kerajaan negeri membentangkan Kertas Putih pada sidang DUN akan datang.

Berbeza daripada MBI, agak pelik DEIG tidak tertakluk kepada mana-mana enakmen kerajaan negeri, sekali gus tidak perlu bentang laporan kewangan kepada DUN atau diaudit kerana ia ditubuhkan di bawah Akta Syarikat.

Kisah skandal DEIG kurang dimainkan oleh portal dan blog propembangkang, sekali gus mencetuskan misteri tanda tanya, apakah yang dibimbangkan sangat kerana selama ini mereka sering mendakwa bebas, telus, terbuka.

Ibarat ayam jantan hebat berkokok tetapi ekor penuh najis, jentera perang saraf pembangkang cuba ‘pusing’ isu DEIG dan anehnya, komen Khalid hentam Azmin ‘ghaib’ seumpama sampah tiada nilai.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive