RAPID

Monday, August 17

TAK CUKUP SETAKAT MINTA MAAF...........?


Adakah dengan meminta maaf sudah cukup, Bagi MKP ianya perlu diberikan pengajaran yang secukupnya kerana menfitnah serta mengaibkan orang yang lebih tua dari kita.

Pada Zuan jika orang lain muat naik gambar seperti saudara itu adalah gambar bapa anda sendiri bayangkan perasaan anda, Marah,geram atau hendak menumbuk muka sipelaku tersebut.

Jangan berkata hanya meminta maaf dapat meredakan perasaan marah anda. Itu adalah mustahil. Namun hanya pemimpin berhati waja sahaja dapat menelan segala tomahan dari rakyat yang ingin meluahkan perasaan.

Zuan membuat permohonan maaf gara-gara keterlanjurannya menyiarkan satu foto yang menggambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam badan seorang wanita.

Pelbagai kritikan dan cemuhan yang diterimanya hanya kerana sekeping gambar kontroversi yang disiarkannya itu.

Menulis di laman Instagram, Zuan membuat permohonan maaf kepada PM serta semua pihak yang terguris dengan postingnya dalam laman sosial itu, “Salam hormat kepada semua dengan seikhlas hati dan diiringi rasa rendah hati, saya Zuan Azmi dengan ini ingin sekali lagi memohon maaf atas keterlanjuran tindakan saya dalam bergurau sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan ke atas gambar YB Perdana Menteri Malaysia.”

“Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak serta keluarga dan mana-mana individu atau rakyat Malaysia yang terkesan dengan posting saya itu. Untuk makluman, gambar berkenaan bukanlah saya yang edit, cuma saya perolehi dari beberapa Whats App Group saya setelah menjadi topik perbualan.

“Caption ‘Amboi posing takmau kalah no’ juga bukanlah posting menghina seperti yang didakwa segelintir pihak, namun ianya adalah gurauan dan sesuatu yang tidak patut dilakukan ke atas pemimpin negara,” jelasnya lagi

10 comments:

Kjee said...

Dia ni memang tak ada otak!!!

Anonymous said...

x de benda lain yg boleh dibuat gurau ke?

Anonymous said...

tue luahan rakyat laa... kata democracy...yg u ols sentap tue pe hal... die maki u ols kew

Anonymous said...

Anak didik pembangkang spt rafizi tolol

Anonymous said...

Tersentap jugak lah..sbb rakyat skrg mmg xde perasaan hormat dan adab dgn pemimpin negara. Gurauan low class sebegitu. Kalau muka kamu, bapak kamu, mak kamu dibuat gurauan sedemikian in public , apa perasaan kamu??

Anonymous said...

Demokrasi biadap dan kurang ajar bkn amalan di negara ini. Sebenarnya konsep demokrasi yg disalah gunakan..

Anonymous said...

Sumbat dlm lokap aje..jgn ingat awak ada medium bolih sesuka hati nak hina orang..amat sayang sekali seorang berpendidikan tinggi setakat ada otak tapi tak berakal.

Ted Manoff said...

Biar Nuar aljubori Toron anus dia baru dia tau makna nak bergurau

Anonymous said...

Klu gambar bapak ko dibuat mcm tu ko senyum je kan, nak marah blh demokrasi kan kita..byk lg benda boleh dibuat tuk turunkan najib tp bkn cara mcm tu..adakah otak kamu hanya sengan hinaan rupakan pemimpin seperti ini blh jatuhkan kerajaan atau sekadar tuk puaskan hati sendiri saja..klu berul nak jatuh kan najib yg aku sendiri pun xsuka cara dia perintah malaysia, ayuh gerakakn org ramai jgn undi dia lg lps ni..itu cara plg berkesan tp bkn dgn cara edit2 gambar mcm ni...kena pikir klu jd kat bapak or mak kita camana..kita kena matang bro..jom kita gerakkan kwn2 kita mana yg blom daftar undi suh dia daftar then bg tau jgn undi bn lg lps ni..boleh bro?

Anonymous said...

Demokrasi bukan bermakna boleh menghina sesiapa seperti itu. Kalau tidak suka pun biar ikut adat kita. Tetapi ini semua najib cari sendiri.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive