RAPID

Thursday, August 4

LRT, Monorail percuma Ahad ini sempena KL Marathon @Azmiaziz60 @MyrapidKL #SCKLM2016


Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan LRT dan Monorail percuma untuk empat jam bermula dari 2 pagi Ahad. Ini bagi kemudahan peserta, pegawai serta mereka yang ingin menyokong acara Standard Chartered KL Marathon 2016.

Ketua Komunikasi dan Pemasaran Strategik Prasarana Malaysia Berhad, Lim Jin Aun berkata, bagaimana pun ia hanya melibatkan stesen-stesen terpilih sahaja, untuk mempercepatkan waktu perjalanan mereka yang terlibat.

“Bagaimana pun, 11 stesen bagi laluan Monorail akan dibuka semuanya untuk tujuan itu. Peserta dan pegawai bertugas dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang disediakan sekitar stesen, dan menggunakan perkhidmatan yang disedikan untuk ke Dataran Merdeka, yang akan menjadi titik mula bagi acara berkenaan,” ujar beliau.

Bagi LRT Laluan Ampang, stesen-stesen yang akan dibuka ialah Ampang, Pandan Indah dan Chan Sow Lin. Bagi LRT Laluan Sri Petaling pula, stesen yang terlibat ialah Chan Sow Lin, Bandar Tasik Selatan, Awan Besar, IOI Puchong Besar, Putra Heights, Sentul Timur, Sentul, Titiwangsa, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Pudu.

Stesen yang akan dibuka bagi laluan Kelana Jaya ialah Masjid Jamek, Gombak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Jelatek, KL Sentral, Taman Jaya, Kelana Jaya, Glenmarie dan USJ 21. Lee menjelaskan, perkhidmatan percuma itu akan berlangsung hingga 6 pagi.

Semalam, polis trafik telah mengumumkan penutupan 24 jalan, termasuk dua lebuh raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur, yang akan ditutup sepenuhnya atau sebahagiannya bagi memberi laluan kepada penganjuran acara berkenaan. Penutupan jalan akan dilakukan dari jam 2 pagi dan akan dibuka semula pada jam 11 pagi.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive