RAPID

Friday, August 26

TUN MAHADIR JANGAN KACAU BANGSA JOHOR.....?


Kesal dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang jelas menghina konsep Bangsa Johor, Pergerakan Pemuda UMNO negeri tersebut menyeru rakyat Johor bangkit ‘menolak’ pandangan negarawan itu.

Ketuanya, Hahasrin Hashim menerusi kenyataan media berkata, idea pembentukan Bangsa Johor ini telah sekian lama wujud malah roh dan semangatnya tidak pernah padam dalam menyatupadukan masyarakat tempatan daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.

Mahathir ujar beliau seharusnya jelas, bahawa bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya tersendiri dan bekas perdana menteri itu seharusnya lebih faham tentang betapa pentingnya muafakat serta perpaduan yang dibawa pucuk kepimpinan negeri.

Apatah lagi konsep itu diperkasakan oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin khususnya di dalam senario geopolitik negara yang menyaksikan api perkauman sering diusik pihak tidak bertanggungjawab.

Pemuda UMNO Johor tegas Hahasrin kesal dengan isu yang timbul susulan ucapan Mahathir menjawab isu mengenai semangat kebangsaan negeri seperti “Bangsa Johor” konon adalah tidak sihat serta membawa kepada keruntuhan permuafakatan Persekutuan.

Sambil mendesak Mahathir menghentikan persepsi salah itu, beliau juga menyeru agar Bangsa Johor terus bermuafakat menolak dan tidak membenarkan orang lain daripada cuba merosakan gagasan perpaduan negeri tersebut walau dengan apa cara sekalipun.

Pemuda UMNO Johor jelas Hahasrin bukan sahaja menolak pandangan sempit Mahathir bahkan, sentiasa menyokong dan bersama-sama dengan Sultan Ibrahim serta kepimpinan Mohamed Khaled dalam usaha memimpin selain menerajui Johor serta Bangsa Johor.

Berikut kenyataan rasmi beliau:

Pergerakan Pemuda UMNO Johor sepakat menolak pandangan negatif Tun Mahathir Mohamad mengenai Bangsa Johor.

Nikmat kemerdekaan yang ada hari ini adalah hasil pemuafakatan daripada pemimpin pelbagai lapisan kaum.

Cetusan semangat negara bangsa ini mengakar dari cetusan idea Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, yang merupakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Lipatan sejarah menunjukkan idea pembentukan Bangsa Johor ini telah sekian lama wujud.

Roh dan semangatnya tidak pernah padam di dalam menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.

Mahathir seharusnya jelas, bahawa bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.

Pemuda UMNO Johor kesal dengan isu yang timbul di atas kenyataan Mahathir tentang semangat kebangsaan negeri seperti “Bangsa Johor” adalah tidak sihat serta membawa kepada keruntuhan permuafakatan persekutuan.

Mahathir seharusnya lebih faham tentang betapa pentingnya muafakat dan perpaduan yang dibawa oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan kepimpinan Johor iaitu YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin melalui Bangsa Johor khususnya di dalam keadaan negara kita yang mana api perkauman yang sering diusik oleh ramai pihak tidak bertanggungjawab.

Cukuplah dengan situasi negara kita hari ini, perpaduan yang selama ini terjalin kian retak menanti belah, kerana percayakan guruh, habis air ditempayan dicurahkan.

Di sini, Pergerakan Pemuda UMNO Johor sepakat menolak pandangan negatif Mahathir mengenai Bangsa Johor.

Pemuda UMNO Johor juga ingin mendesak agar Mahathir berhenti dari mempertikaikan dan memberi persepsi tidak benar tentang Bangsa Johor. Ini adalah kerana, tindakan sedemikian akan menimbulkan lagi perpecahan dan segregasi yang sudah ada pada hari ini.

Pemuda UMNO Johor juga menyeru agar Bangsa Johor terus bermuafakat menolak dan tidak membenarkan orang lain cuba merosakan gagasan perpaduan ini walau dengan apa cara sekalipun.

Pemuda UMNO Johor sentiasa menyokong dan bersama – sama dengan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar serta kepimpinan YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin memimpin dan menerajui Johor serta Bangsa Johor.

Allah peliharakan Sultan. Johor tetap menjadi Johor.

Hahasrin Hashim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor

7 comments:

Miss Vee said...

DOJ .. Maklumat Risikan Terkini !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Anonymous said...

Isu ini berbangkit disebabkan oleh parti parti politik telah tidak berupaya lagi menyatukan rakyat Malaysia yg terdiri drp perbagai kaum. Parti parti politik lebih gemar kepada konsep " devide and rule"...devide mengikut polirasasi kaum. Itu lah sebabnya Tuanku Sultan Johor main peranan sebagai penyatu sekurang2nya di negeri Johor bagi menyatukan semula rakyat baginda yg terdiri dari perbagai kaum sebab parti2 politik dah tak boleh diharap kan lagi.

Cik Minah said...

Dalam Ic cuma ada BANGSA MELAYU, CINA, INDIA & LAIN-LAIN BANGSA.
Jadi, BANGSA JOHOR ni tertaklok di bawah yang mana...????
LAIN-LAIN BANGSA ke......?????
Saja nak tahu sebab saya anak KACUK. Bapa Johor dan emak Melaka.
Atok lelaki saya Perak dan nenek saya pula Peneng.

Anonymous said...

Yang penting kaedahnya dpt menyatukan sesebuah negeri dgn semangat yg positif utk memajukan negeri dan negara.
Bukan mcm mamak kerala...dari dulu sampai skrg keja nak memecahbelahkan bangsa dan agama.Lebih seronok skrg bila time solat di mana2 masjid atau surau tak rasa waswas atau kalut krn kurang sangat dah sikap negatif mencampuraduk agama dgn politik.Rasa2nya tiada lagi 2 imam dan khutbah mengumpat dan mengeji.
Tak spt era mamak kerala krn dia yg membawa contoh kpd rakyat yg keja hanya memperlekeh..mgutuk..memfitnah dan mengeji.
Boleh lihat sebilangan besar puak fuckaTun skrg yg keja mrk mengeji..fitnah dan mengutuk tak henti2.Mgkin kekayaan mrk yg dikutip selama 22tahun dh mampu membeli syurga.
Sedangkan mrklah yg paling banyk mghilangkan wang rakyat dgn pelaburan forex yg merugikan sehingga rm30b..perwaja steel sampai lingkup dan rugi berbillion ringgit..PKZF penuh dgn skandal rasuah..skandal BMF sehingga melibatkan kematian...perjanian konsesi tol yg berat seblh..peristiwa memali...perjanian IPP yg merugikan petronas dan tarif letrik yg membebankan rakyat...tanah rakyat dijual rm300juta kpd kroni dan dibeli balik oleh kerajaan mamak kerala rm3billion...projek empangan bakun yg tergendala..sistem kehakiman dirosakkan sehingga dia jadi menteri kehakiman dan bnyk lagi yg boleh dicari dlm internet.
Kepada rakyat...adakah kita nak waris dan puak yg sama yg melakukan dosa2 di atas memimpin kita balik?
Dengan taktik memecahbelahkan rakyat dan kuku besi demi memewahkan waris dan para kroni diangkat sebagai pemimpin kita.Mgkin pemakan dedak sibangsat jer yg masih mengagungkan mrk..

Anonymous said...

Aku bangsa kedah, Isteriku Bangsa Selangor. Anak-anakku tidak berbangsa sebab lahir kat KL. Pelik sudah jadinya. Buatlah analisa sendiri.

Anonymous said...

Anon 9:22. Cerita ni hanya dibuat zaman NAjib songlap duit. Sapa yang hidup zaman tu tahu cerita tu, itupun kalau mereka mampu berfikir. BMF sebelum zaman Tun M, tak ada kaitan dgn kerajaan. Perwaja tak ada kes songlap pun. Bisness Steel berapa ramai yang boleh survive. IPP tengok balik sejarah kegelapan 1997. PKFZ tak ada komen, tanya sama MCA. Yang pasti RM2.6 kes songlap duit hutang yang perlu ditanggung oleh anak cucu kita. Kalau 22 tahun pun ko kata banyak kepincangan, bukankah itu juga UMNO. Jadi UMNO patut dihapuskanlah. Jangan nanti lepas 20 tahun baru ko kata, 1MDB, membiarkan PM songlap duitnya. Bagi komen guna otak bukan emosi semata-mata. Kalau IPP hanya untuk untungkan kroni, kenapa tarif elektrik sekarang melambung bagai nak gila walaupun harga minyak jatuh merudum. Kenapa GST dikutip dari rakyat sedangkan kos sara hidup meningkat mendadak? Negara yang ada GST memberi subsidi kepada barang keperluan asas, tapi kita harini perlukan pendapatan RM5K baru dapat hidup selesa.

Anonymous said...

mengapa umno perlu d hapuskam sedangkan yg buat onar org dalamnya begitu juga parti2 lain. semua rakyat msia tahu apa itu party dap. ada dorang kesah si komunis ni. limkomunis jadi ketua komunis di msia semua org d cni tahu ada dia kesah nak hapuskan party dia. begitu mereka united dan selama sudah sampai tahun 2016 mereka sudah tergelak tergolek ketawakan org melayu umno atau pas betapanya mudah mereka nak pecahbelahkan kita. tak belajar2 ke kita nih. sebab dah terkena penyakit wahan sampai dah jadi pekak dan buta dan memilih melacurkan bangsa sendiri.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive