RAPID

Monday, August 1

SIKAP MUHYIDDIN YASIN YANG PERLU RAKYAT TAHU.....

Selepas digelar Raja Pembohong dan Bapak Pembohong Nombor Satu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2012.

Persoalan diutarakan Anwar, siapa yang membayar sewa rumah Muhyiddin Yassin tatkala menjadi Menteri di Kuala Lumpur?

Mungkin Muhyiddin Yassin ada jawapannya.

Itukah erti 'sahabat' yang dinyatakan Muhyiddin.




Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan menasihatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar belajar mengenang jasa parti yang suatu ketika dahulu pernah didokong mereka.

Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu tidak wajar menuding jari mencari kesalahan parti dan kepimpinan sekarang hanya kerana berasa kecewa disebabkan tidak mendapat apa yang diimpikan.

“Sebagai anak muda dalam parti ini, saya ingin menasihatkan orang-orang seperti ini agar cuba belajar mengenang jasa-jasa UMNO. Apatah lagi ucapan ini kerap kita dengari dari mulut mereka semasa berada di atas pentas.

“Sekiranya mahu bertanding melawan UMNO, bertandinglah dengan sihat. Jika mahukan kemenangan, tunjukkan apa yang diperjuangkan dan apa yang hendak diberikan kepada rakyat Malaysia, bukan berjuang dengan mencari kesalahan orang,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin pada sidang media bersama Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Subang semalam, yang menyamakan UMNO sekarang seperti kereta buruk yang perlu ditukar.

Menurut Mohd Razlan, Pemuda Wilayah Persekutuan sedih dengan kenyataan itu, yang disifatkan sebagai mengeji parti yang telah banyak berjasa kepada dirinya sendiri sebelum ini.

Ujar beliau, bekas Timbalan Presiden UMNO itu dan Tun Dr. Mahathir adalah pemimpin tertinggi parti suatu ketika dahulu dan merek lahir serta mencipta nama melalui UMNO.

“Inilah manusia yang gagal dalam mendidik dan memimpin, lalu menyatakan kesalahan terhadap parti yang memberikan kedudukan, jawatan dan kemewahan yang diangkat oleh tiga juta ahli UMNO sebelum ini.

“Muhyiddin perlu ingat, beliau seorang anak kampung dan sudah berapa ramai anak-anak luar bandar yang telah menikmati hasil keringat perjuangan UMNO selama ini. Begitu juga nelayan dan petani yang terus dibantu tanpa henti. Termasuk juga anak-anak dalam bandar yang tidak dilupakan untuk dibantu,” tegas beliau.

Kata Mohd Razlan, Muhyiddin dan Tun Dr. Mahathir tidak akan hidup selesa serta disambut berbentangkan karpet merah sekiranya tidak mempunyai jawatan penting dalam UMNO sebelum ini.

Bahkan, ujar beliau, seluruh keturunannya menikmati hasil daripada perjuangan UMNO, yang barangkali mungkin sehingga tujuh keturunan tidak akan habis dibelanjakan hasil yang mereka miliki ketika berjawatan dalam parti.

“Kemenangan mencari kesalahan tanpa ada dasar perjuangan ibarat tin kosong. Menghasut orang membenci tanpa ada formula untuk mentadbir dengan baik adalah kegagalan diri sendiri.

“Kalau ada formula yang hebat dalam dasar urus tadbir Malaysia dengan lebih baik, bentangkan dan jangan hanya pandai menyalak dan menuding jari sahaja.

“Saya ingin ingatkan kepada Muhyiddin dan sekutunya yang telah hidup mewah hasil dari memegang jawatan dalam UMNO suatu ketika dahulu, buat keputusan yang lebih matang atau sekurang-kurangnya cubalah 'berlakon' menjadi bijak,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Assalam Bro,kita bercakap mengenai hutang yang ditanggung oleh negara kerana kecuaian dan ketamakan Najib.Ini melibatkan soal negara dan rakyat.Kita tahu semua pemimpin UMNO setiap peringkat memang dah kaya raya.....Ini soal hutang yang bakal ditanggung oleh anak cucu kita...

Anonymous said...

Aku pon banyak hutang....dpt aku byr bulan2.
Ko ada semak ker brapa sebenar hutang kerajaan?Yang disebut oleh fuckatoon adalah semua jenis hutang termasuk hutang2 syarikat2 di malaysia.
Setakat ini kerajaan belum lagi guna wang rakyat utk bailout syarikat2 waris dan kroni berbillion2 ringgit spt mahdey yg anggaran nilai skrg hampir rm100b.
Belum lagi perjanjian2 bodoh dan bangang era mahdey yg terpaksa ditanggung oleh rakyat hingga skrg.Perjanjian yg menguntungkan dan memewahkan waris dan kroni2 mahdey.Aset kereta salah sorg anak mahdey jer dianggarkan rm40juta.Rumah2 agam mahdey dikatakan ada 8 buah serata dunia dan ada yg bernilai melebihi rm20juta sebuah.
Nie yg macai inginkan legasi 22 tahun berulang kembali.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive