RAPID

Wednesday, November 9

MAHADIR SEPERTI DINOSOUR HILANG GIGI......


Seolah dinosour yang terlepas dari kandang, Tyrannousaurus semalam membuat kemunculan kembali di parlimen bersama  Velociraptor, Dilophosaurus dan Brachiosaurus.

Menariknya Presiden Parti Pencen Bersara Malaysia (PPBM) semalam tidak diberikan peluang langsung oleh Tyrannosaurus.

Itulah yang berlaku dalam politik Malaysia. Bila Tyrannosaurus (T Rex) membuat kacau kerana sebab kuasa dan kroni.

Salah satu perkara yang menarik dalam politik negara Malaysia adalah pemain politiknya yang datang dari pelbagai kategori dan jenis.

Satu perkara yang amat jelas dalam politik negara adalah pemain politik yang masih aktif adalah mereka yang sepatutnya sudah berundur dan berehat menikmati pencen dan menikmati sisa hidup nya.

Tapi di Malaysia , akibat amalan poltik yang sebenarnya terlalu bebas , maka orang orang yang sepatut sudah “phase out” atau “Fade away” enggan berbuat sedemikian.

Malah, merekalah yang masih berpaut pada politik secara total dan tanpa rasa segan dan malu.

Peranan sebagai memberi nasihat dan memberi pandangan tidak cukup bagi mereka, mereka sendiri mahu melakukan aksi dan “stunt” politik.

Semalam, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir telah menghadirkan diri ke Parlimen sebahai pemerhati. Ia jelas menunjukkan beliau belum puas lagi didalam dunia politik.

Cuba memasukkan petak segi ke dalam lubang bulat, itulah yang boleh dilihat dari kehadiran Mahathir. Pendek kata , tidak sesuai langsung.

Era dan zamannya sudah berlalu, dia seharusnya memainkan peranan yang lebih dihormati dan disanjungi , seharusnya juga sedar akan realiti politik hari ini.

Rakyat sudah berubah, zaman  berubah, apa yang cantik dan molek di zamannya sudah kelihatan jijik dan mual di zaman ini.

Seperti pengagihan projek dan konsensi yang dulunya didiamkan oleh rakyat, namun menjadi bahan ejekan dan kritikan pada hari ini, ini semua akibat “excessive” politik tanpa tahu batasan.

Inilah sebahagian masalah negara, orang tua tua dan senior enggan undur diri.

Jika dahulu sebuah buku telah menghentam Tun Mahathir sebagai “kepala taik” yang enggan keluar dari lubang dubur, maka taik taik lain tidak dapat keluar” kata penulis buku “Shit” Shanon Ahmad.

Maka kini kebenarannya jelas kelihatan.

Selain menjadi sebagai politikus tertua yang aktif tanpa jawatan, dia juga dilihat mengejar kepentingan peribadinya dengan berselindung di sebalik isu isu dan skandal yang dicipta untuk penggantinya.

Apa yang membuat keadaan lebih malang adalah pengikutnya yang hentam keromo menyokongnya secara membabi buta.

Sedang dirinya sendiri sudah berubah , menghalalkan yang dulunya dia sendiri haramkan, menyukai apa yang dulu dia sendiri benci, penyokongnya pula turut sama ikut pendiriannya.

Sedang yang dia ajarkan dahulu kepada penyokongnya berlawanan dengan apa yang dia lakukan sendiri pada hari ini.

Katanya jangan sokong tubuh badan seseorang tetapi , sokong pendirian dan prinsip orang itu.

Itu yang dia sendiri ceramah kepada ahli UMNO ketika mengajak ahli UMNO membenci Presiden mereka Abdullah Ahmad Badawi.

Tapi penyokongnya tetap menyokong tubuh badannya , yang sudah berubah pendirian,

Jika Soros itu dikatakan satu waktu dahulu sebagai pemusnah ekonomi negara, penyangak mata wang , namun kini sudah menjadi kawan baiknya, Pengikutnya turut akur sama.

Hal ini samalah dengan Anwar, Kit Siang dan DAP. Individu dan perkara yang dia didik suruh penyokongnya benci.

Kita juga boleh lihat bagaimana ada seorang veteren UMNO yang sentiasa aktif menyerang Presiden sendiri yang wujud di alam maya.  Ini salah satu bala kepada parti.

Orang yang sepatut nya menjadi contoh kepada ahli UMNO telah menjadi jaguh mencarut dan memaki hamun.

Ini semua kategori “Jurassic Politik” yang degil dan tidak sedar diri untuk undur.

Maka rakyat tentu dapat melihat bagaimana Malaysia dipenuhi oleh individu zaman “dinosour” yang enggan undur diri kerana ketagih habuan melalui politik.

Mungkin negara akan jadi sedikit tenang jika orang seperti Tun Mahathir, Kit Siang , dan individu yang  sewaktu dengannya memainkan peranan sebagai orang tua yang baik yang menegur, dan bukannya yang ada kepentingan dan menegur kerana tersekat habuan.

Umpama T Rex yang tidak pernah kenyang. Bilakah Tyrannosaurus ini hendak berhenti? Bukankah dahulu pernah dipesan agar berhenti sebelum kenyang.

Oh patutlah, Tyrannosaurus itu mudah lupa rupanya.

5 comments:

Cik Minah said...

Hilang gigi takpa, jangan hilang maruah sampai
sanggup jual negara kepada CINA KOMINIS.

Anonymous said...

Kenyataan 'sanggup jual negara kepada CINA' adalah kenyataan tidak beretika, dungu serta tidak berasas sekali. Nyata awak tidak mengkaji serta merujuk sumber2 yang sahih sebelum membuat kenyataan sedemikian.

Anonymous said...

Bodoh mana yang dok puja NAjib bodoh ni lagi? Wei, minyak masak 5KG dah naik dari RM13.35 kepada RM23.80 (Jenama Knife). Belum ada dalam sejarah negara, PM sebodoh Najib ni. Ko ni orak kat lutut kot, tak nampak negara bukan makin bagus tapi makin jahanam. Taulah ko seronok dapat habuan duit haram Najib tu. Tapi janganlah dok bodohkan orang sangat.

Anonymous said...

Kami ore siye thai lamo doh dok make minyok 25ria. Minyok muto 3ria seliter. Utongnyer dok maley bare muroh...

Anonymous said...

Minah bapok kau ingat limkomunis datang dari mana apa niat dia dan terang2 dia siapa? Jgn byk sgt jual diri d blkg chowkit sbb fikiran kamu betul2 seperti bapok2 berasal dari sana.

Org kg baru.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive