Tambang MRT bermula RM1, bayaran tunai atau Kad TnG sahaja sehingga Julai 2017
Rapid Rail Sdn Bhd, yang akan mengendalikan perkhidmatan MRT Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK) dibawah jenama perkhidmatan Rapid KL, Pada 15 november 2015 telah diumumkan struktur penuh tambang, yang bermula dengan tambang nominal RM1 untuk perjalanan satu hentian berdasarkan kepada struktur tambang tanpa tunai.
Fasa 1 Laluan MRT SBK dijangka beroperasi dari 16 Disember 2016; meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan.
Fasa 2 Laluan MRT SBK, meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang,dijadualkan untuk beroperasi pada pertengahan Julai tahun depan.
“Struktur tambang sudah diluluskan oleh Kerajaan dan adalah berdasarkan kepada bayaran masuk nominal atau „nominal flag fall‟ dengan kadarmenurun untuk setiap empat hingga lima kilometer perjalanan – sama seperti struktur tambang untuk perkhidmatan LRT dan monorel yang dikendalikan oleh Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad.
“Seperti yang diamalkan untuk perkhidmatan LRT, monorel, dan bas RapidKL, kami memberikan diskaun 50 peratus untuk tambang tunai kepada warga emas, pelajar dan golongan orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan MRT dan bas pengantara MRT.
“Kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun boleh naik percuma,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato‟ Ir Zohari Sulaiman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Oleh kerana Fasa 1 Laluan MRT SBK akan beroperasi secara sendirian, tanpa integrasi dengan rangkaian LRT dan monorel sekarang, Zohari berkata para pengguna MRT akan melalui pintu masuk dengan menggunakan token tunai ataupun Kad Touch n‟ Go sahaja.“Warga emas, pelajar dan golongan OKU boleh membeli token konsesi berwarna merah daripada Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di setiap stesen MRT,” kata Zohari.
Zohari menambah kata warga emas, pelajar dan golongan OKU hanya perlu menunjukkan Kad Pengenalan, kad pelajar (sekiranya tidak memakai uniform), atau Kad OKU ketika menaiki bas-bas pengantara MRT untuk menikmati diskaun 50 peratus.
“Tambang nominal untuk perkhidmatan bas pengantara MRT adalah RM1 untuk satu perjalanan,” kata Zohari, sambil menambah kata bahawa sebanyak 120 bas pengantara MRT akan beroperasi untuk memberi perkhidmatan kepada 26 laluan bagi semua 12 stesen MRT yang dibuka dibawah Fasa 1.
Zohari menambah kata Kad-kad MyRapid, yang kini digunakan untuk perkhidmatan LRT, monorel dan bas Rapid KL, akan dinaikkan taraf secara berperingkat sebelum pembukaan Fasa 2 Laluan MRT SBK pada Julai depan.
“Kami akan memberi makluman terkini secara progresif pada masa akan datang,” kata Zohari, sambil menambah kata bahawa persiapan akhir sedang dibuat untuk 12 stesen pertama yang bakal dibuka pertengahan Disember.
Mengenai Rapid Rail Sdn Bhd
Anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad, Rapid Rail Sdn Bhd bertanggungjawab untuk mengawasi operasi rel Prasarana Malaysia Berhad(Prasarana) – LRT Laluan Sri Petaling, LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Monorel dan perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang,
yang akan mula beroperasi Disember 2016.
Setakat ini,perkhidmatan LRT dan monorel mengendalikan lebih daripada setengah juta penumpang sehari; sekali gus menjadikan Rapid Rail Sdn Bhd adalah penyumbang utama untuk hasil Kumpulan.
Mengenai Rapid KL
Rapid KL adalah jenama perkhidmatan rel dan bas yang dikendalikan oleh dua anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad. Sementara Rapid Rail Sdn Bhd menjadi operator kepada perkhidmatan LRT dan monorel, perkhidmatan bas Rapid KL dikendalikan oleh Rapid Bus Sdn Bhd. Selain perkhidmatan bas
Rapid KL, Rapid Bus turut mengendalikan operasi bas Rapid Penang, Rapid Kuantan dan Rapid Kamunting.
No comments:
Post a Comment