Showing posts with label Neelofa. Show all posts
Showing posts with label Neelofa. Show all posts

Thursday, June 14

Tak Perlulah Nak Saman-Menyaman.


Terkejut dengan respon Neelofa yang mengadakan sidang akhbar semalam untuk menuntut penjelasan dan bukti dari Anzalna mengenai artikel yang disiarkan oleh sebuah tabloid tempatan Ahad lepas, Anzalna dalam kenyataan terbarunya kepada Utusan Malaysia, menyatakan bahawa dia mahu selesaikan isu ini secara baik.

“Benda ini perkara kecil sahaja. Boleh dibawa berbincang. Tak perlulah nak saman menyaman. “Saya hairan juga kenapa saya seorang yang ingin disaman. Kenapa tak saman akhbar yang terbitkan cerita itu sekali?” – dipetik dari Utusan Malaysia.

Seperti yang sudah kita ketahui dalam artikel OHBULAN! semalam bertajuk “Kenyataan Anzalna 100% Fitnah” – Neelofa, Neelofa telah melantik peguam untuk menyelesaikan perkara ini. Namun menurut Rotikaya, Anzalna juga telah melantik peguamnya sendiri selepas mendapat tahu isu ini semakin berpanjangan.

“Oleh kerana perkara ini sudah melibatkan badan guaman, saya juga telah pun melantik peguam saya sendiri untuk melihat notis tuntutan Neelofa & tindakan selanjutnya.” – Anzalna Nasir, dipetik dari Rotikaya.

Namun apa yang lebih mengejutkan ialah, Anzalna sebenarnya kecewa dan terkejut dengan wartawan yang menulis artikel tersebut. Menurut Anzalna, dia sebenarnya tidak mahu cerita itu disiarkan untuk menjaga hati semua pihak.

“Seperkara lagi, saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali kali saya pesan & minta supaya tidak di’keluarkan untuk menjaga hati semua pihak.” – dipetik dari Rotikaya.

kita sambung bab politik skit Nizar mula nak saman Utusan dan TV3.Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman TV3 dan Utusan Malaysia kerana memfitnahnya dalam isu nombor pendaftaran WWW1.


PESANAN TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) KEPADA AHLI POLITIK





Monday, May 21

Video & Gambar Hot: 18SX Sahaja - Aktres Neelofa Yang Jelita Hanya Dengan Pakaian Seksi Dan Berkemban?


Siapa tidak kenal Neelofa.. Artis yg mempunyai wajah yang cantik dan menawan...


Neelofa dikatakan berpakaian seksi dalam sebuah video klip 
MTV Tilu dengan lagu yang bertajuk "Ku Bukan Aku"

Jom tengok video ini dan bagi pendapat anda...



Tapi jangan pulak salahkan orang lain jika gambaq macam nie tersebar.Puak PKR salahkan penyebar gambaq nie akan tetapi pemimpin terkutuk mereka pulak diagungkan dan dipertahankan oleh al jumud serta penjilat tegar der?Kalau pemimpin macam nie nak jadi PM malulah Malaysia dimata dunia,Selama ini pemimpin UMNO/BN dah buat bermacam-macam untuk menaikan nama Malaysia dimata dunia.....hayati lagu dari Ella nie der.,,,,,


Monday, April 30

JIWA TENGAH KACAU NAK RASA PENAMPAQ SILA BUAT GILA


Kita nie manusia biasa dan jahil dari segala-galanya akan tetapi bak kata pepatah bumi mana yang tidak dilanda hujan walaupun sangkaan dan tekaan inginkan panas hingga kepetang.Apa nak buat ini semua mungkin ada hikmah sebaliknya...........Dugaan demi dugaan yang perlu ditempuh didalam perjuangan...Tempuhan dugaan itu boleh diibaratkan sebagai asam garam dalam perjuangan.Orang luar boleh cakap bersabar dan bersabar akan tetapi yang menanggung kita sendiri.Kalau luka dibadan nampak darahnya menyembur keluar akan tetapi luka dihati siapa tahu,Nescaya luka dibadan akan sembuh dalam beberapa hati dan darah yang mengalir akan reda apabila ubat sudah disapu.....Helai ketawa kita dihadapan kawan-kawan seperjuangan menampakkan gembira dihati akan tetapi gundah-gelana dihati disimpan demi menjaga hati dan perasaan rakan-rakan takut tersinggung apabila ditegur secara direct.


Bermula dari Langkawi hingga ke Janda Baik.Bukan sekali berjanji akan tetapi dah tiga kali beb.Perumpaan MKP boleh katakan kali nie ibarat menanam tebu dibibir kote,bila berjanji lembut lidah dari gigi , sehingga jika itu semua boleh dianggap bangun tidur lupakan kisah semalam dan bukalah buku baru apa saja janji semalam usah dikenang apabila dikenang kelak meranalah jiwa....MKP dah letih dengan janji yang ditabur almaklum kita nie jenis yang suka mengiyakan saja apa saja perbuatan mereka walaupun hati ini berat menerima kenyataan,Bukan takut akan tetapi rasa hormat menebal didalam hati, akan tetapi kini itu semua sudah hilang bak pasir membadai pantai lama-kelamaan akan terhakis jua pantai yang setia kepada ombak....Apakan daya jika itu sudah takdirnya.


Berbalik kata pepatah yang menikam kalbu yang telah disebut oleh Lisa Surihani didalam Filem terhebat Ombak Rindu "Pasrah itu menyerah-Redha itu Ikhlas" banyak maksud yang boleh disimpulkan jika hanya menyerah tanpa berbuat sesuatu itu bacul namanya akan tetapi redha itu lebih baik kerana berbuat dengan niat kerana ALLAH.Benar jualah apa yang telah dibicarakan oleh sahabat seperjuangan MKP ketika berada di Terangganu dahulu.Jangan selalu mengiyakan sangat nanti takut dipermainkan......


MKP Ayat Sempoi : Kenapa gambaq neelofa????Jawapannya ini sajalah membuatkan hatiku cair dan tenang melihatnya walaupun tak bermimpi memilikinya hanya sekadar peminat yang setia.....

Friday, April 20

NEELOFA PULAK KAT SABAH,DENGAN SHAFIE APDAL KE?


Cuba perhatikan betul-betul kat belakang tue gambar siapa yang ada kat majlis nie,,,,,bukan Shafie Apdal ke?MKP masih lagi tertunggu jawapan dari beliau mengenai skandal dengan artis Zahida Rafik akan tetapi firasat hati MKP menyatakan seperti berikut:

Takkan cerita pemandu yang dah songlap RM200,000 kita boleh percaya bulat-bulat. Jangan juga lupa cerita ni hanya dari pihak pembangkang, corak serangan yang sama seperti kes dakwaan Balasubramaniam, RPK, wartawan Perancis terhadap keluarga DSN dan Rosmah sebelum ni. Sekarang ni mana dia mereka-mereka yang dulu gempar kononnya membongkarkan keburukan dan jenayah yang dilakukan DSN dan isteri terhadap pembunuhan Altantuya??? Hilang terus dari pandangan, hanya dengar khabar dari London je mangkuk-mangkuk tu....

Sekarang timbul pula fitnah terhadap menteri kanan yang kononnya menyimpan perempuan simpanan dan diberi kemewahan beribu-ribu ringgit tiap-tiap bulan. dari aman kita dapat cerita ni?? Dari bekas PEMANDU yang telah SONGLAP RM200,000 dari Zahida.

Kenapa kita nak percaya bulat dakwaan puak pembangkang tu tetapi mereka sendiri tidak boleh percaya cerita dari bekas PEMANDU Wan Azizah dan shamsidar yang mengaitkan skandal liwat dan kecurangan bini Assmin bersama Anwar, pemimpin utama mereka??? 

Kalau setakat penyata bank yang mereka boleh buktikan, kenapa pula bukti-bukti pembelian saham dan kemewahan Shamsidar yang pernah dipaparkan oleh blogger pro-kerajaan tidak pula puak pembangkang ambil peduli???

Jika betul bekas PEMANDU tu berada dipihak yang benar dan tak pernah melarikan duit RM200,000 seperti yang Zahida dakwa, jalan yang terbaik saya rasa ialah melakukan sumpah laknat sahaja. Begitu juga dengan yang orang kena dakwa. Berani ke puak PR nak buat majlis sebegitu??? Mesti akan ada pelbagai alasan punya......


Wednesday, April 4

GAMBAQ SIAPAKAH INI? @Neelofa


Ini adalah gambaq family kepada Neelofa.Jika kakaknya dah cantik mesti adiknya begitu jua......Artis nie tengah meletup sekarang nie apa nak buat bila mai tengah malam nie cerita nie yang ada peminat nak baca..... 

Ibu dan atuknya 

Family bahagia.....

Sape tak kenal pelakon comel molek berdarah Kelantan nie... Neelofa... Dikatakan rupa parasnya yang anggun dan cantik menjadi pakej utama dalam peningkatan mendadak populariti dirinya... Selain tu jugak.... bakatnya dalam lakonan tidak dilupakan..... Nie ler dier Biodata Neelofa yang sempat aku simpulkan.... 

BIODATA PENUH NEELOFA

Nama Penuh: Noor Neelofa Binti Mohd Noor
Nama Manja: Neelofa (bermaksud cahaya bunga biru)
Asal: Pasir Mas, Kelantan 
Tarikh Lahir: 10 Feb 1989
Tinggi: 158cm
Berat: 47kg (berubah mengikut keadaan semasa)
Pendidikan: 5A (UPSR), 8A (PMR), 10A (SPM), A Level (Kolej Damansara Utama), Bachelor Of Business in International Trade & Marketing (Sunway University College, PJ)
Anak ke Berapa: Ke-3 dari 9 adik beradik ( enam perempuan dan dua lelaki)
Iklan: Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree
Klip Video: Kau Bukan Aku nyanyian Tilu
Filem: Azura (versi baru), Lemak Kampung Santan, Pak Pong, Saya Amat Mencintaimu (SAM)
Drama: Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, Lara & Jiwa.
Pengacaraan: Paparazzi, Sekolahku Hebat, Nona
Pencapaian: Juara Dewi Remaja 2010, Pelakon Paling popular 20??

Monday, April 2

INI YANG MEMBUATKAN NEELOFA LEBIH ANGGUN?



Dasyat sungguh dugaan yang diterima oleh neelofa nie,Apa tidaknya dugaan yang diterima pulak agak mencabar minda serta kekuatan iman seseorang,Zaman la nie bukan senang nak cari artis macam nie.Kalau yang bermasalah nie belambak rasanya nak kira dengan jari pun tak cukup.MKP cukup tabik spring la dengan neelofa nie kalau betul macam nie.MKP nie ada la jugak menaruh tapi tak nak bermimpi macam pungguk rindukan bulan......Buat Neelofa cantik bukan sekadar dari ;uaran akan tetapi dar dalaman juga......



Di bawah ialah ulasan penuh daripada Neelofa di dalam Metro Ahad:-
Siapa yang mahu perkara sebegini (gangguan seksual) berlaku dalam industri seni negara. Namun, itulah hakikatnya dan ia berlaku sejak dulu lagi. Saya banyak melalui pengalaman dan diganggu secara peribadi oleh golongan VIP daripada seseorang bergelar Datuk sehinggalah Tan Sri.
Mereka ada pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan saya – ada yang tawarkan kemewahan dengan memberikan peluang perniagaan, ada juga yang mahu memberikan wang. Ada juga yang menghubungi semata-mata untuk mengajak saya keluar makan.
Bayangkan, mereka sanggup memberikan saya peluang perniagaan serta wang tetapi saya percaya mereka tidak ikhlas dan ada maksud tersirat di sebaliknya. Tidak perlu saya jelaskan siapa mereka, cuma yang boleh saya beritahu, mereka bukan orang biasa tetapi dalam golongan elit.
Begitupun, saya ada pendirian dan tak mahu terjebak dengan perkara negatif begini. Malaysia ini kecil, apa lagi Kuala Lumpur, lambat laun orang akan tahu apa yang kita lakukan, lebih-lebih jika bergelar artis, kisah peribadi bukan rahsia.
Untuk jangka masa panjang, saya tidak mahu perkara sebegitu merosakkan reputasi dan imej saya. Biasanya jika berdepan dengan situasi sebegini, saya ada cara untuk memberi maklum balas dan reaksi. Saya tolak secara berhemah, sama ada menghubungi melalui telefon atau melalui khidmat SMS.
Bila ada Datuk atau Tan Sri pelawa ajak makan, saya akan jawab apa yang sepatutnya. Saya tidak pandai hendak bermanja-manja menjawab panggilan merka. Pernah juga apabila bersua dan bertentang mata, VIP mempelawa saya untuk meraikan majlis tertentu. Tidak ada masalah untuk saya penuhi permintaan itu, tetapi saya hanya akan pergi jika ada kenalan saya.
Selepas majlis selesai, saya tidak akan terima apa-apa ajakan lain, walaupun sekadar nak minum kopi bersama. Namun, pada masa yang sama saya juga tidak mahu mereka sakit hati hingga menimbulkan rasa benci apabila menolak pelawaan mereka. Saya bimbang nanti mereka boleh bertindak lebih buruk. Macam-macam yang mereka boleh lakukan.
Setakat ini belum ada berani pergunakan saya atau ajak sehingga ke bilik tidur. Ada rakan artis yang berdepan pengalaman sebegitu. Mungkin kerana karekter saya juga. Mereka (golongan VIP) mungkin cuba dekati artis yang mereka temui di kelab malam, saya pula tidak ke kelab malam, apatah lagi minum arak.
Saya juga tidak akan keluar bersendirian, sebaliknya sentiasa bersama orang yang rapat dengan saya (terutama keluarga). Nak jumpa sesiapa pun, saya tidak keluar sendiri, pasti ada orang temankan saya. Itu isyarat saya bukan jenis mudah didekati, apatah lagi hendak mengajak saya keluar bersendirian.
MKP Ayat Sempoi ; Diharap Neelofa akan terus berpendirian sebegini dan tidak terperangkap di dalam jerangkap samar golongan-golongan VIP.

Tuesday, March 13

NEELOFA DAH SOKONG BN?


Biaq betul apa yang dikatakan sekarang nie,pulak dah pastinya peminat dari sebelah sana akan buat spekulasi bermacam-macam lepas nie.

Siapakah artis yang paling popular masa sekarang ni? Tentulah jawapannya ialah Neelofa, anak kelahiran Kelantan mana tidak glamour rupanya saja dah buat ramai cair.

Kat mana-mana sekalipun kalau cerita pasal Neelofa, mesti orang akan tertarik untuk dengar dengan lebih lanjut.

Bercerita pasal Neelofa ni.., korang tahu tak yang keluarga dorang tu ada sebuah restoran Village Park di Damansara Utama, Selangor?

Yang menariknya, restoran milik ayah Neelofa selalu dikunjungi oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ramai rakyat warga kelantan berniaga.

So.., bagi sesapa yang admire kat Neelofa tu, bolehlah berkunjung ke restoran ni.. Manalah tahu kot-kot terserempak dengan artis pujaan korang tu..

Untung-untung boleh bersarapan dengan Tun Mahathir macam Neelofa.. Bukan senang nak duduk semeja dengan pemimpin bertaraf dunia tu tau..




Sunday, March 11

NEELOFA DAN AMALINA CHE BAKRI.



Amboi seksi sudah Nur Amalina Che Bakri nie?Sampai berkarat sudah rambut nie,Pada suattu masa dahulu Amalina nie pernah mencetuskan kontroversi, Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM 2005 yang telah mengejutkan ramai orang tentang kecemerlangannya mendapat 17A1. Belajar UK membuat A-Level sebelum memasuki University of Edinburgh, Scotland dalam bidang perubatan.



Kini telah berubah dan kembali insaf diatas perbuatannya,baguslah jika begitu.harap semuanya berkekalan........walaupun jauh diperantauan masih lagi kena kekal budaya timur jugak ,Almaklum sekarang zaman dah berubah setiap benda bergerak dan disebarkan dengan pantas tambahan yang tak elok.kita tinggalkan kisah neelofa dan amalina dan berita nie lagi gempaq nak habaq mula tengok gambaq dibawah,



Nampaknya,PKR kini sedang rancak mempromosikan khidmat kaunseling bersama Ust Dr. Badrul Amin untuk isteri-isteri yang mempunyai masalah dengan suami.Yang paling menariknya,hanya diadakan di sebuah hotel pada jam 3 pagi shj.

Ia tidak terbuka kepada umum ,terhad kepada pencacai dan penyokong Pakatan Rakyat yang bertaraf isteri orang sahaja.Kalau ada janda yang berminat pun boleh ikut serta.Sesi kaunseling ini percuma sahaja,tidak dikenakan bayaran satu sen pun.Pemurah betul kaunselor tue ye...

MKP Ayat Sempoi ; Heboh satu malaya dek kerana Badrul nie?

Thursday, March 1

NEELOFA OH NEELOFA.


Banyak sangat la al kisah politik rilek sekejap la layan awek Neelofa lagi baguih.Banyak sangat temberang dari Badrul Amin nie.Pandai kona sana dan sini kisah kena tangkap khlawat tue.Dah salah tak mengaku pulak. 

Ini adalah gambaq dari rakan neelofa semasa road BH baru nie..cun gila nie patutlah ramai peminat termasuk MKP.heeee jangan marah.

Saman Jangan tak Saman.

Peguam bela Dr Badrulamin Bahrom mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap tindakan saman diambil terhadap sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu serta stesen televisyen tempatan dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz kerana mengeluarkan kenyataan babitkan kes khalwat pemimpin PKR berkenaan.

Mohamed Sazali Abdul Aziz berkata perkembangan ketika ini masih belum lagi mendesak kerana siasatan sedang dijalankan dan dakwaan samada Pengarah Penerangan Selangor itu disabitkan bersalah atau tidak belum diputuskan.   

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan selanjutnya yang bakal diambil terhadap pihak berkenaan

"Tiada apa lagi sebab kami tak buat surat lagi untuk minta penjelasan kerana (Badrul) belum didakwa lagi. Kes itu masih lagi dalam proses siasatan, jadi kami belum (merancang) untuk ambil tindakan apa-apa lagilah." 

Minggu lalu Badrul Amin ditangkap khalwat di sebuah hotel awal pagi tetapi beliau menafikannya dan menjadi mangsa serangan sekumpulan lelaki. 
 
Beliau menyifatkan penahanannya oleh JAIP sebagai rancangan untuk 'memerangkap dan memalukan' beliau.

Dua hari selepas tangkapan itu, Badrul Amin telah memberi keterangan terhadap dakwaan khalwat yang dihadapinya.

Sazali turut menegaskan meskipun anak guamnya bebas daripada mengahadapi tuduhan khalwat itu, beliau tetap mahukan penjelasan daripada timbalan JAIP berhubung kenyataan media yang dikeluarkan pihaknya.

"Kalau tak dituduh sekalipun kita mahu minta penjelasan tentang kenyataan timbalan JAIP dan jika ia tidak memuaskan Badrul, kita akan tunggu arahan selanjutnya daripada Badrul." ujarnya lagi.






Saturday, February 25

GANDINGAN NEELOFA DENGAN SHAHRIZAL GAGAL



Itulah yang berlaku pada filem “Azura 2012″ arahan oleh Aziz M. Osman, dengan belanja pembikinan filem mencecah RM1.8 juta, kutipan yang dibuat hanyalah RM0.61 juta, 3 kali lebih rendah dari kos produksi. Siapa yang tidak tahu filem asal “Azura” lakonan Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud? Filem lakonan mereka berdua ini suatu masa dahulu pernah meletup dan sehingga kini OST filem tersebut masih lagi boleh didengari di radio-radio tempatan.
Faktor utama kutipan “Azura 2012″ rendah adalah disebabkan oleh pelakonnya sendiri. Walaupun Neelofa dan Shahrizal mempunyai peminat mereka yang tersendiri, namun ini tidak bermaksud filem lakonan mereka boleh mendapat sambutan hangat. Antara komen yang diberikan oleh penonton selepas menonton di pawagam, boleh dilihat di laman Youtube.
“aku baru jer lepas tgk filem ni semalam. maaf cakap lah yer. filem ni “hampeh” !!. sungguh kecewa dng kualiti nya. buang duit tgk cerita ni.!! masa aku keluar dari panggung, ramai yg dok kutuk filem ni. — jalan cerita “kosong” . kalau setakat nak cerita org kaya, org miskin. dah bayk kat drama2 tV. kekuatan cerita nya HANYA TERLETAK PADA PELAKON DAN PENGAMBARAN DI LUAR NEGARA. itu sahaja. maaf yerr.. kalau terkasar bahasa. kalau nak lebih pasti korang p laa tgk cerita ni.” –rocklaundry

Ini memberikan satu tamparan hebat kepada Aziz M. Osman yang suatu masa dahulu memang terkenal dengan filem-filemnya. Kemungkinan besar Aziz sudah tidak mempunyai sentuhan ajaibnya lagi, atau sudah tiada aura seperti dahulu.




Apa pun, jangan mudah terpengaruh terhadap komen orang-orang yang sudah menonton filem, pastikan anda tonton sendiri filem buatan Malaysia sebelum memberi komen anda.


Petikan dari Facebooker: Aminuddin Muhamad
SALAH SEORANG DARIPADANYA ADALAH ANAK AZMIN ALI …… YB PKR YANG DISOKONG PAS ……..

CHECK This Out..! Sorang Anak Dara Yb Azmin Ali Masuk PAS…?
Orang PAS tak nasihatkan Azmin Ali ke suruh anaknya tutup aurat. Ataupun kalu dalam PAS tak tutup aurat tak berdosa …….???


Friday, February 24

18SX JANGAN TENGOK KALAU KURANG UMOQ,NEELOFA.....?



Sekarang ni artis yang paling ngetop di Malaysia sudah tentu Neelofa.. Ramai dikalangan lelaki yang sudah gila bayang pada anak dara Kelantan ni sampaikan sanggup lekat poster dia di dinding bilik.. (bukan gua aaa...)

Sebab apa ramai yang minat pada Neelofa? Sudah tentu lah pasal kecantikan yang Tuhan anugerah pada dia.. Kira spesis manusia anugerah Tuhan jugak laa Neelofa ni.. (Tak ada kena mengena dengan Anwar Ibrahim punnn...)

Bagi gua.., walaupun gua mengaku Neelofa tu cantik, tapi taklah se-ayu Maya Karin.. Neelofa memang cantik, tapi Maya Karin tu cantikkk bangettt... Jangan jeles aaa...

So.., selalunya korang tengok gambar Neelofa yang sudah siap 'diconteng-conteng' mukanya dengan pelbagai kaler..., sekarang ni jom kita tengok Neelofa yang asli tanpa makeup.. Lagi asyikkk gua cakap luu...

Pompuan ni kalau dah cun.., tak payah makeup pun tetap cun beb.. Cuma yang tak cun je tepek bedak sekilo kat muka pasal nak bagi cun.. Dorang tak tahu tuu.., banyak lelaki yang tak suka pompuan makeup tebal-tebal... Dah macam tepung gomak kekadang tu nampak..

Sebenarnya bukan susah kalau pompuan nak jadi cantik ni beb.., gua ada satu petua untuk bagi cantik selalu...

Tak susahhhh...., letak je nama 'cantik' kat belakang nama kita tu.. Confirm orang akan panggil cantik sentiasa..

Sebagai contoh.., kalau nama Minah.., tambah je nama 'cantik' kat belakang.. Nanti orang panggil 'Minah cantik'.. Kan dah cantik tuuu.... Hahahaha... Jom layan gambar Neelofa dulu...





Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive